Pantai Timur Sabah

14
4:08 PM
Sekembalinya dari Bintulu, aku sedikit sibuk dalam dua hari ni. Menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh sepanjang ketiadaan aku di sini. Dengan kerja terbengkalai, rumah bersepah, bilik tak berkemas (atas meja depan monitor dah macam dalam kebuk insinerator pulak).

Tapi sepanjang seminggu di sana, aku tetap tak lepas mengetahui apa yang sedang berlaku di Lahad Datu melalui page-page di Facebook, laman portal berita dan jugak beberapa blog terpilih. Rasanya kalau sedikit je aku terleka, banyak yang aku terlepas. Sehinggakan aku dah sampai KLIA (petang Jumaat) barulah aku tahu ada anggota kita yang tertewas di sana.

Buat masa ni, ketepikan dulu persoalan macamana mereka dapat menceroboh sempadan negara kita dengan mudah (bersenjata!), walau pun aku tau ramai rakyat Filipina yang berniaga di pasar-pasar pagi di pekan Lahad Datu, Tawau, Semporna dan Sandakan. Dan kebanyakan daripada mereka tu semua akan pulang ke rumah (di negara jiran) sebaik habis berniaga.

Ketepikan juga teori konspirasi yang membuatkan kita semua saling tuduh-menuduh dan memburukkan satu sama lain. Itu semua mengarut! Lebih-lebih lagi kalau kita berpendirian sehala iaitu hanya menyokong sebelah pihak (parti politik) sahaja.

Dan lupakan buat sementara waktu mata pelajaran sejarah yang cuma menyentuh sedikit sahaja catatan yang berkaitan dengan Kesultanan Sulu, kerajaan Filipina dan syarikat korporat British sebagai wakil imperial dari barat. Mungkin kalau berjumpa dengan cikgu Jalal (cikgu sejarah), aku akan bertanyakan dengan lebih mendalam lagi.

Dan lupakanlah kontroversi Projek IC yang dikaitkan dengan pendudukan pendatang asing secara sah di negeri Sabah sana. Bukannya kita yang patut menjadi hakim untuk mengadili perkara ini. Kita cuma pemerhati dan kadang-kala terpanggil untuk membuat komen dan mengeluarkan pandangan peribadi (termasuk aku).

Cuma, petang minggu ni aku terpanggil untuk mengetuk jejari runcing aku di mata papan kekunci ni setelah terdetiknya dua perkara di dalam kepala botak aku ni.

Pertama, kebolehpercayaan media yang menyalurkan maklumat.

Dengan adanya konflik yang meragut anggota keselamatan kita, bukannya seorang, malah lima (sesetengahnya menyebut tujuh) setakat ini, kita semua sangat-sangat memerlukan maklumat-maklumat terkini dari sana. Pendek kata, kita mahukan maklumat yang tepat seolah-olah kita dapat mengira setiap butir peluru yang keluar dari muncung raifal dan mesingan. Maklumat-maklumat tu semua pulak boleh datang dari pelbagai sumber.

Entahkan betul, entahkan tidak. Sampaikan ramai yang percaya keadaan di Lahad Datu dan Semporna (mungkin termasuk Tawau dan Kunak) sudah semakin buruk hingga perintah berkurung dan darurat terpaksa diisytiharkan.

Kata-kata daripada mulut Elphege Godomon ketika Buletin 1:30 yang menemuramah penduduk tempatan tengahari tadi pun ramai yang tak percaya. Takkan la orang beratur panjang beli barang kat supermarket tu cuma nak suka-suka je?

Dalam bab ni, aku menyokong tindakan pihak berkuasa (walau pun aku bukan penyokong kerajaan pemerintah) yang berhati-hati dalam menapis berita. Tidak semua perincian perlu dihebahkan untuk pendengaran dan tatapan dunia. Perkongsian maklumat juga ada batasnya. Tugas kita yang penting di sini adalah berdoa agar semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik mungkin. Bukan saling berkelahi dan berebut-rebutkan maklumat yang belum tentu sahih. Harap bersabar dan fahamilah kenapa tak semudah itu pihak media arus perdana memberikan maklumat. Mereka terikat dengan protokol dan kepentingan awam, kerana mereka mempunyai fungsi dan pengaruh yang kuat untuk membentuk persepsi masyarakat dalam sesuatu isu. Termasuk yang membabitkan keselamatan negara.

Kedua, tahap kita mengambil peduli tentang apa yang sedang berlaku.

Kita ni ada tiga jenis. Sama ada yang terlalu mengambil berat hingga rajin klik `like' dan `share', mengambil tahu serba sedikit sambil bergelak ketawa keluar tengok wayang, atau langsung tak tau apa-apa pun.

Jenis yang ke tiga tu buat aku pelik sangat. Takkan la zaman sekarang ni, dengan kelebihan telefon pintar yang ada kat tangan, masih lagi tak tau perkembangan semasa? Hairan aku nih!!! Betul, aku tak tipu. Kalau orang utara semenanjung tu takpe la jugak. Ni aku jumpa mamat yang tak tau apa-apa masa dia hantar aku ke airport kat Bintulu hari tu. Ceh!

Apa pun, aku sedikit bersyukur sebab krisis ni tak melibatkan aku sebab baru bulan September tahun lepas aku ditugaskan ke Sandakan selama seminggu. Kalau tak, mesti terkena tempiasnya jugak. Dan lagi, pejabat tempat aku bekerja juga mempunyai beberapa projek di Lahad Datu, Tawau dan Kunak dan aku tak terlibat dengan semua projek tu.

Harap supaya staf yang akan pergi ke sana tu lebih cekal dan berani lagi berbanding sebelumnya. Bukan setakat merungut susah nak dapat makanan halal atau suasana bandar yang mati (sunyi sepi) selepas jam 6 petang. Nak layan karaoke la tu...

Bandar lama Bintulu, kurang hidup pada waktu malam oleh kerana dah terdapat bandar-bandar baru di sekitarnya. Selama seminggu, aku perhatikan majoritinya adalah premis rumah urut (jenis betul atau bengkok) dan hotel-hotel pelbagai jenis bintang. Mungkin sebab Bintulu ni ramai orang luar, jadi bisnes jenis ni yang banyak.

Nota kaki cagu : Tadi mak aku call dari kampung semata-mata nak bagitau jangan undi pembangkang masa PRU13 karang, sebab takutkan banyak perkara. Aku cakap, "Ha, tu la banyak sangat tengok Buletin Utama. Orang yang jadi rakyat Selangor ni takde apa pun..."

Nota mulut busuk : Aku nak minta maaf jika ada yang tak senang dengan entri ini. Ini adalah pandangan peribadi aku semada-mata, tidak berniat untuk menyentuh sensiviti mana-mana pihak.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. Nampaknya isu keselamatan di pantai timur Sabah ini dah jadi isu politik pula: puak A tuduh puak B ada hubungan dgn penceroboh, puak B pula tuduh puak A sengaja berdrama. Tapi kadang2 berita yg kita baca termasuk tuduh menuduh ini pun bukan betul sangat, lain yg dituduh, lain yg dilapor akhbar dan TV. Alangkah baiknya jika isu keselamatan yg melibatkan anggota keselamatan kita ini tidak dipolitikkan oleh mana2 pihak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang jadi kerisauan, manipulasi pihak berkepentingan yang bertanggungjawab membawakan berita/maklumat. sedangkan kita semua risaukan keselamatan rakyat dan anggota polis/tentera kat sana. sama-sama la kita doakan...

      Delete
  2. sangat beeharap benda mcm ni diselesaikan dengan segera... tapi isu ni sangat sensitif, berlaku dekat2 tarikh pilihanraya pulak tu, mesti ada yg cuba mengaitkan kedua duanya..


    entahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sangat spekulasi dan teori...

      Delete
  3. eh, awk sebut psl sejarah kan..?
    betulla, dia tak sentuh byk psl sabah. sy pun duk study gak sejarah penubuhan sabah dan byk kekeliruan disitu. tu yg rs menyesal tak study betul2 dulu boleh tanya cikgu sejarah dulu2..
    sy ingat pasal borneo hanya tentang KHTI(kompeni hindia timur je), lelain, terus blur..

    tula, pasal media pun satu hal.
    bila yg terpilih(artikel yg tak berapa nak 'risau') saja yg keluar di berita rasa mcm kena cari alternatif berita lain utk tau perkembangan semasa.

    mm.. lahad datu tak pernah sampai lagi.
    semporna pernah,la. tapi agak jauh dari lahad datu kalau ikut peta.
    td awk pun sebut tentang peniaga(warga asing mungkin filipina yg dtg meniaga), haah, setahu sy, dekat pekan semporna pun dipenuhi warga filipina yg jadi penduduk bermukim kat situ..

    err.. sebenarnya dah lama tak tgk buletin utama. Berita harian pun dah malas baca. =.=' .boikot kot.. hehe..

    ReplyDelete
  4. pihak media ni kalau menapis/mengawal berita secara keterlaluan pun bahaya jugak. semua nak selindung. ada sesetengah perkara perlu telus untuk dikongsi supaya maklumat palsu (biasanya media altternatif) tak ambik kesempatan atas ruang kosong yang ada...

    ReplyDelete
  5. salam smbotak....
    biasalah tu smbotak.....
    tapi kita boleh mencari sumber yang benarkan.....
    Thanks sudi lapangkan masa di tempat TiranaAduka ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sepatutnya kita mencari sumber, cuma perlu berhati-hati supaya tak mudah percayakan semua...

      Delete
  6. sebenarnya aku sokong tentang keboleh percayaan terhadap media..for example, ketika mula2 serangan dilancarkan media kita lambat untuk menyiarkan sumber rasmi..apabila sumber rasmi lambat dikeluarkan pelbagai spekulasi yang tercetus..tapi bab had perkongsian maklumat pun aku rasa perlu...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedua-duanya ada pro dan kontra...

      Delete
  7. Aku rs, entri ko ni mcm playsafe. Klu org nak tersentap gak, err....libas je perut mereka dgn sabit. Huahuahuahuahua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma pandangan peribadi. mungkin betul, mungkin salah. jadi aku kena minta maaf kepada yang berkaitan...

      Delete
  8. lucu la nota kaki cagu tu..Kirim salam assalamualaikum dekat mak awak ok?heheheheh.....
    macam first time pulak sy ke blog ni..heheh...ok,insyaAllah akan selalu melawat.
    pasai LD ni,sy betul2 harap semua pejuang yg ke sana kembali ke pangkuan keluarg amasing2 dengan selamat.itu ja sy yg nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk semua...

      Delete