Pesanan

8
9:30 PM
Di antara kita, terdapat pelbagai cara untuk meluahkan atau menyampaikan apa-apa yang kita tak puas hati. Ada yang berkumpul ramai-ramai sambil memegang banner cantik bercetak yang entah siapa yang sponsor sambil menjerit-jerit. Ada yang hantar surat layang kepada pihak tertentu agar orang yang dia tak puas hati tu mendapat akibat. Dan ada jugak yang lebih senang menyatakan apa yang terbuku tu di dinding laman-laman sosial.

Tapi aku ada cara tersendiri untuk meluahkan pendirian atas sesuatu isu tertentu. Inilah dia! Aku tak harap pendirian aku ini dipedulikan oleh sekian orang yang melihat. Cukuplah sekadar mesej yang nak aku sampaikan ni tersebar di merata tempat.

Stiker ni aku dapat dari sini.

Aku harap sesiapa kat luar sana kalau nampak brader kacak yang pakai helmet ni, tak payah la nak langgar dari belakang. Lebih afdhal kalau bagi ucapan salam. Dan kepada para gadis ayu yang rasa yakin diri tu rupawan, tak payah nak tegur lebih-lebih. Jeles pulak `saudari' aku karang!

*Entri sempena Earth Hour
*Maaf, apa yang aku tulis ini tak berkaitan langsung dengan politik.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. Patutnya semua saluran TV jangan bersiaran dari 8.30-9.30 pm, barulah kempen itu nampak berkesan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee, nasib baik. Sebab 10:30 ni rasanya ada transformers kat tv2.

      Delete
  2. Falsafah..falsafah...

    IM ada terbaca mangsa anak kelahiran yang cacat di Bukit Merah kesan jangka panjang dari kumbahan sisa radioaktif itu.

    Kalau benar di Gebeng juga sama, kemanalah hati perut pemerintah kita yang meluluskan projek gila ini, ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau cuma rakyat je yang main peranan, memang tak cukup...

      Delete
    2. sy pon nak tampal sticker R kat kereta jugak. Royalti minyak Kelantan. Tapi, takut org 'aim'.. grr

      Delete
    3. kalau nak selamat tampal dua-dua stiker `R' dengan `T' sekali...

      Delete
  3. Helmet ko ke tu? Aku x cam td...hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, kalau terserempak tengah jalan, sila la bagi salam...

      Delete