Usahawan

10
11:10 AM

Apa perbezaan antara peniaga dengan usahawan?

Pada aku : peniaga adalah orang yang mempunyai modal sama ada dalam bentuk kewangan, material, tenaga atau idea untuk diberikan kepada pihak lain, bertujuan mendapatkan keuntungan. Itu sahaja...

Pada aku lagi : usahawan pulak adalah mereka yang mempunyai apa yang peniaga ada untuk ditukarkan menjadi keuntungan tetapi tidak berhenti setakat itu sahaja. Bukan sekadar keluar modal, berniaga, dapat untung. Kemudian keluarkan modal daripada keuntungan, berniaga lagi dan dapat untung lagi. Mereka ini juga mempunyai otak ligat yang menjadikan mereka manusia kreatif  yang sentiasa berfikir bagaimana mahu melangkah sepuluh tapak ke hadapan. Tak kira dalam apa bidang sekali pun.

Selain daripada kreatif? Inovatif dan sanggup menghadapi risiko...

Salah satu contoh pemikiran kreatif yang aku maksudkan adalah seperti ini:


Ini adalah kali pertama aku tengok kaedah pembungkusan keropok lekor yang sebegini rupa. Dengan pek vakum. Lebih tahan lama tanpa menghilangkan rasa dengan ketara.

Lokasi kedai, Kampung Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu. Tapi aku lupa pulak nak save koordinat GPS, lain kali tak payah tercari-cari lagi...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Dan yang paling bagus, ialah Penjihad Bisnes.

    Dia berniaga sebagai usahawan, dan dia bantu manusia lain nikmati kesenangan dunia & akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu paling susah nak cari ..

      Delete
  2. Kepok lekor tok beng! Mmg sdp.
    Biasa suami saya kalau ke tganu mmg beli kat situ, sbb ada pek vacum..mudah le nk bwk dlm flight.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku naik flight sebab tu beli yang ni. Tapi kalau drive pun elok jugak yang ni.

      Delete
  3. aku pun tak terpikir keropok lekor leh buat camtu..hehehe..tapi bagus gak kalau packing macam tu..takde laa berbau kan??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai untuk perjalanan jauh...

      Delete
  4. sangat inovatif... kalau dah bungkus mcm ni juga lebih bersih sebab tak kena udara dan angin dari jalan raya, maklumlah kebanyakkan kedai diorg ni kat tepi jalan je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tempat packing pun kat dalam kedai. Bila datang cuma bagitau jumlah dan tarikh/masa kutipan je...

      Delete
  5. Kreatif dan inovatif.....

    ReplyDelete