Chinatown

21
6:30 AM

"Wei, penat ar.... Dah tiga hari kerja kat sini."

"So?" Aku tanya balik dengan hanya sepatah perkataan Inggeris.

"Aku nak pergi massage..."

"So?" Ayat yang sama keluar dari mulut aku buat kali kedua. Beberapa saat kemudian, soalan aku tak berbalas. Bila aku toleh, aku nampak dia macam cacing kena panggang padahal udara yang keluar dari corong blower air-con dah sejuk mengalahkan teh ais. "Jom kita usha line kalau-kalau ada tempat urut kaki..."

Sepanjang berada kat sana, aku tak berapa yakin yang negeri Darul Iman ni ada terdapat premis reflexology macam kat Sabah atau Sarawak hari tu. Kat negeri Borneo sana memang bersepah. Cakap je nak jenis yang macamana. Jenis lurus atau bengkok. China, Filipina atau Thai. Aku je yang tak berani masuk walau pun untuk urut kaki. Karang diorang offer urut lain, naya pulak. Cuma untuk kepastian, aku pun ajak la dia pergi merayau dulu. Tak salah mencuba, walau pun cuaca petang tu panas berdenting sampai ke kepala.

Destinasi kami petang tu adalah Kampung Cina yang terletak cuma tiga jam dari tangga hotel kalau merangkak. Dia pun tak banyak bunyi asalkan aku yang tanggung risiko kalau sesat. Jalan yang kami pasti takkan sesat cuma Pasar Payang. Tu pun sebab dah banyak kali lalu.

Jadi, lepas membeli baju kaftan dan pekena cendol kat situ, aku pun mengepalai rombongan dua orang lelaki macho ke Kampung Cina tu. Apa yang aku tau, tempat tu sekarang dah upgrade dan dah digazetkan sebagai warisan dunia. Nama pun dah jadi Chinatown. Tak sangka aku kat negeri ni ada tempat nama Chinatown. Lantak pi la. Yang penting bila dah jumpa benda yang kami cari tu, aku pun nak tumpang urut kaki jugak. Almaklum, kerja kuat...

Koma...

Tak aku sangka, cantik jugak tempat ni kalau kita lalu dengan kaki berbanding naik kereta. Walau pun ada beberapa premis yang sedang dalam proses renovasi, masih lagi tidak mencacatkan pemandangan. Antara perkara yang menarik pada pandangan mata bundar aku adalah...

Oh, ini Lorong Kenangan rupanya. Deretan plak yang memaparkan tokoh-tokoh dari masyarakat Cina yang pernah berkhidmat dengan kerajaan negeri. Aku tau dari sini.

Yang ni pulak Lorong Warisan Dunia. Ada tercatat maklumat-maklumat ringkas berkenaan tujuh benda ajaib dunia (yang baru). Cuma aku tak faham perkaitan kuat antara benda-benda ni dengan Chinatown. Agak kurang relevan.

Siap ada direction signage tu. Aku pun tak pasti sama ada betul atau tidak arah ni semua. Kalau yang tukang pasang ni main tibai je bukannya aku tau pun. Takde kerja aku pulak nak periksa guna GPS, peta atau kompas.

Sudahnya, sampai ke penghujung jalan kami tak jumpa tempat urut langsung. Bertambah penat lagi ada. Nasib baik kat sebelah bus stand sana ada tempat minum. Dapat jugak pekena roti tempayan berkuahkan kari daging. Sambil sekali-sekali mata melirik ke arah awek-awek yang balik kerja...

*Masa tu dah pukul 5, tapi panasnya cuaca macam pukul 1 bulan puasa.
*Awek-awek pantai timur ni ramai yang slim.
*Ini adalah entri terjadual.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

21 comments:

  1. Cantik gak chinatown tu ya..saya cuma g kat jambatan yg cantik. Tak masuk chinatown.

    *skrg mmg bahang...walau ada ujan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat area jambatan tu lagi la panas...

      Delete
  2. kat ganu pun ada chinatown? baru tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahla..baru tau.

      Delete
    2. sama-sama la kita semua baru tau...

      Delete
  3. Kat KT sekarang mmg tengah panas berdenting kata adik ipar aku yg baru pulang dari KT..

    Chinatown, satu dunia ada. Kat situ lah survival bangsa Cina ni, or ada yg nampak as ' betapa opportunist nya mereka'. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. `opportunist' tu memang perkataan yang sesuai...

      Delete
  4. Chinatown di KT? Baru ku tahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa! (aku gelakkan diri sendiri)

      Delete
  5. Ko boleh je tulis travelog. Aku dulu g Ganu, tak de intention pun nak sgh Chinatown ni. Huhuhuhu....teruk betul. Rugi sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. travelog? aku bukan selalu travel pun. tu pun sebab kerja...

      Delete
  6. chinatown nie kat mana-mana pun ade...satu benda yang boleh dicontohi ialah semangat mereka membantu bangsa mereka sendiri.. :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari timur sampai la ke barat...

      Delete
  7. China Town ada di mana2, seperti kata seorang kawan jika manusia boleh hidup di dalam pokok (seperti anai2), di situ juga pasti ada Chinatown....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita semua patut jadikan contoh...

      Delete
  8. salam smbotak
    I like this post and all comment at here..pekabar smbotak?

    ReplyDelete
  9. ingatkan chinadoll td... huhuhuhuh

    ReplyDelete
  10. haha, chinadoll tu kena ada censor...

    ReplyDelete
  11. terjadual, scheduled. entri sengaja diterbitkan masa aku di luar kawasan...

    ReplyDelete