Kisah Beruk

18
10:27 AM
Karim bagitau : Kau tau, aku dah ada lima ekor beruk sekarang. Masing-masing ada tugas sendiri.

Sudin menyahut : Oh, iye ke?

Karim jawab : Iye la. Beruk yang paling senior tu aku lantik dia jadi leader. Sekarang kerja aku dah mudah sikit. Pantau dari jauh je. Si senior tu pulak yang jadi tukang arah dari bawah, pilih mana-mana kelapa yang sesuai. Kalau client nak kelapa muda atau kelapa tua untuk santan, aku cuma bagi isyarat je kat leader tu. Power tak aku ni?

Sudin jawab balik : Power, memang power. Macam bukak sekolah latihan. Anak didik kau tu semua makan apa? Nasi arab ke sampai jadi power macam tu.

Karim pulak menjawab : Takde la diorang ni jenis makan tak demand sangat. Tiap-tiap hari aku bagi makan pisang. Tapi ada variasi la. Kalau hari ni pisang emas, esok pisang awak, lusa pisang nipah, tulat pisang abu. Baru la diorang suka. Tapi si leader tu special sikit. Aku `upgrade'kan sikit makanan dia.

Sudin tanya lagi : Apa benda kau bagi?

Karim jawab selamba : Pisang goreng, pengat pisang, banana split, tak pun jemput-jemput pisang.

Sudin cakap dalam hati : Kalau dah beruk tu, beruk la jugak...

*Moral cerita, kita takkan pergi ke mana selagi kita relakan diri sendiri hidup di bawah telunjuk orang lain.
*Maaf, ini cuma kisah rekaan. Tak ditujukan kepada sesiapa.
*Pagi ni aku amalkan konsep bekerja dari rumah...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. beruk makan banana split...hurmmm...hebat!

    ReplyDelete
  2. ada org kerja Ikhlas kerana Allah, asalkan ada sumber rezeki yg Halal selalu kena mcmtu. takpelah, esok2, Allah balas pada kejayaan anak2 dan menantunya. (sumber cerita dr ustaz noh gadut)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ustaz noh gadut ni idola mak aku...

      Delete
  3. leader kena bagi special..biar terus tunduk dan patuh. tak mampu angkat kepala utk bantah lagi dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, sebab dapat mengesan maksud yang lebih tersirat...

      Delete
  4. Cerita ni mcm ade kena mengena dgn masalah sakit hati aku. Tapi mujur, aku ada superior yg bijak berfikir. Lebih bijak dr exec director yg suke bt hal tu. Hmmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar, layan dulu biskut dalam bekas bentuk hati tu...

      Delete
  5. aaa.. aaaaaaaaaaa....

    agak bijak jugala cite ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita alter daripada orang lain...

      Delete
  6. kalau ada kes beruk yang suka mengadu camne?hahaha...beruk ni kata ada supervisor kacau kerja dia..suruh panjat pokok yang tinggi tinggi..lastnyer beruk lain lak susah...kena upah ungka, siamang dan cerpelai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beruk berpolitik, ini satu proses evolusi yang terlampau muktamad...

      Delete
  7. Antara manusia dan beruk banyak persamaan: ada kaki dan jari kaki, ada tangan dan jari tangan, ada kepala dan leher, ada telinga di kiri kanan kepala. Tapi manusia berpakaian dan beruk berbogel. Sebab manusia di anugerahkan akal oleh Allah tapi beruk tidak. Jika ada manusia yg hanya menjadi pak turut tanpa gunakan akal manusiawinya..apa bezanya sangat dia dengan beruk (selain dia berpakaian?)

    ReplyDelete
  8. macam lirik lagu awie. monyet campur monyet jadi monyet, orang campur orang jadi monyet...

    ReplyDelete
  9. mana dpt idea ni?
    Smbotak tq sudi singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Olahan daripada kisah lain. Apa cerita burger...

      Delete
  10. hmm... so, dah tiba masa untuk beruk2 tu gulingkan pemerintahan karim.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa, adui. Ini memang real, buat pemberontakan atas kekejaman dalam diam si karim tu...

      Delete