Kuasa Cinta?

20
7:53 AM
Yang berlaku macam ni:

"Bai, tolong aku setelkan elevation ni. Lain macam pulak aku tengok bumbung ni. Dapat layout berserabut, bumbung dah rupa kepala naga aku tengok."

"Aku sibuk ar.."

Sepatutnya begini:

"Jom pekena teh sekejap. Rokok tak payah bawak, biar aku payung semua. Tapi lepas tu kau kena tolong setelkan aku punya elevation ni."

"Orait!"

**********

Aku percaya kuasa mutlak dalam dunia ni dipegang oleh duit, bukan cinta. Ayat `cinta adalah segalanya' atau `tiada apa yang lebih penting daripada cinta' macam dah tak boleh pakai. Cuba bayangkan apa akan jadi kalau aku cakap macam ni:

"Bro, kalau kau sayang kat aku, kau kena tolong aku setelkan problem ni. Sebagai seorang sahabat, aku pun sangat sayangkan kau dengan sepenuh hati. Tolong la. Please...."

Silap haribulan, belum sempat aku bersandar kat partition, dagu aku pulak kena cedok...

Sekian, selamat memakai baju batik kepada penjawat awam semua. Nampak kacak bergaya...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

20 comments:

  1. haha, aku selalu dapat tawaran seperti dailog atas sekali tu.. sekali tolong xpe dah banyak kali ..paham2 jer lah ikut dialog no 2 tu...terbaik ! lumrah dunia kehidupan..manusia tak sama tp nampak serupa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time ni la nak ambik kesempatan. dapat pekena dengan roti canai pun dah orait...

      Delete
  2. "sepatutnya begini" tu bagus. kalau satu office. tapi ianya start tak bagus kalau melibatkan kontraktor untuk releasekan mana-mana projek atau segerakan projek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi songsang pulak tujuan...

      Delete
  3. tolong ada makna tu...cinta sungguh!

    ReplyDelete
  4. skill komunikasi kena mantap klu nk mintak tolong orang ni kan.... silap gaya boleh kena cop 'pemalas'

    ReplyDelete
  5. Ko keje gomen eh?

    Aku suke ape yg ko ckp tu. Dunia ni mmg dipegang duit. Manusia pulak mudah dijualbeli. Malang, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. malang bagi yang cintanya boleh diurusniagakan...

      Delete
  6. khamis kelas amali jadi beruniform dapur lah aku. x berapa nak batik sangat lah. khamis hari berbatik jumaat harus hari berkapan.

    ReplyDelete
  7. sbb x berduit la aku x ramai kawan.. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan dunia, memang kena ada duit...

      Delete
  8. Ada dollar di balik flower, ada duit di balik cinta....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kena pulak pantun ni...

      Delete
  9. nk cinta pun skrg kira duit.. kan..? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bertahan lama, mahal sikit la kot...

      Delete
  10. Musim PRU ni, kuasa duit makin bermaharaja lela

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pun kira cinta jugak tu...

      Delete