Rama-rama

13
8:53 PM
Untuk berjaya dalam menjaga dan membesarkan seorang anak kecil sampai la dia dewasa ni adalah satu kerja seni yang bukan calang-calang orang boleh buat. Betapa cantiknya anak tu ketika dilahirkan seakan corak abstrak pada kedua-dua belah sayap seekor rama-rama. Begitu simetri dari jauh, tapi jika diteliti dari dekat akan dapat dipastikan paten-paten unik di setiap butir pikselnya.

Dalam proses menjaga, melindungi dan mendidik sehingga dia mampu terbang sendiri memerlukan genggaman tangan yang padu tetapi tidak terlalu kejap. Lembut tetapi tidak terlalu longgar. Ditatang dengan seimbang agar tidak tergelincir ke tanah. Ditutup dengan sekata oleh jari-jemari agar tidah melayang ditiup angin, sebelum sempat dia bersedia untuk meluncur sendiri di ruang udara.

Indah bukan?

(Gambar curi dari Google tanpa izin pemiliknya)

*Ini aku olah balik ayat orang lain, bukan aku yang kata...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

13 comments:

  1. memang payah membesarkan dan mendidik anak...tak boleh terlalu dekat dan tak boleh terlalu jauh...kata omputeh goes with the flow....

    ReplyDelete
  2. Kalau anak ramai seperti JR lagilah tinggi cabaran sebab setiap seorang dari 6 anak itu mempunyai sifat2 berbeza, kegemaran berbeza, kekuatan dan kelemahan berbeza. Apapun sebagai ayah selalu bersyukur punya anak yg sudi mewariskan nama kita di hujung namanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu respek dengan orang yang ramai anak. Berkali ganda cabarannya...

      Delete
  3. err.. persekitaran juga menjadi faktor penyumbang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetap juga kita (parents) juga yang kena bijak 'menggenggam'...

      Delete
  4. rama-rama terbang melayang, terbang melayang di waktu senja, kenapa orang bunuh orang??, sungguh jahat orang itu...

    p/s: pantun din beramboi

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa! Abang din, tiga rangkap pertama tu dah cantik...

      Delete
  5. salam smbotak
    Teringat pd lg ella.rama rama

    P/s terima kasih atas doa smbotak

    ReplyDelete
  6. kunjungan perdana gan..
    salam kenal dan sukses terus...

    ReplyDelete