SEL vs JDT, Ulasan Berat Sebelah

14
8:10 AM
Maaf. Ini adalah ulasan ringkas perlawanan suku akhir Piala FA antara Selangor menentang Johor Darul Ta'zim yang aku tonton kat Shah Alam malam tadi. Harap para pembaca tidak berkecil hati kerana aku cuba meluahkan dengan cara yang paling jujur.

Separuh Masa Pertama.

Aku tak berapa nak masuk lagi dengan feel perlawanan malam tadi. Entah mungkin sebab aku duduk lima minit lepas wisel permulaan ditiup, sebab aku gagal menawar jersi Merah Kuning pada harga terbaik sebelum melangkah masuk stadium atau pun sebab aku risau dengan kereta buatan Malaysia yang jauh aku parking. Hampir beberapa puluh meter dari jalan masuk. Kononnya sebab senang nak keluar...

Macam biasa, pasukan hebat macam Selangor jarang sekali menampakkan taring sebenar seawal babak permainan dimulakan. Cuma tiga atau empat sahaja percubaan dilepaskan ke arah pintu gol JDT. Walau pun hampir 60% penguasaan bola berada di kaki pemain JDT yang sombong tu, tapi aku tengok pemain Selangor yang power tetap tenang menampan segala asakan ke gawang. Sehinggakan aku mereka seakan-akan baru bangun tidur pukul 11 pagi.

Nampak sangat taraf permainan JDT yang dibarisi bintang digeruni tu belum mampu menyaingi mood permainan ala mengantuk oleh pemain pasukan Selangor.

Tak lama kemudian, mungkin disebabkan para pemain Selangor dah bosan tengok gelagat anak-anak harimau dari selatan ni, maka mereka mula mengajar anak-anak buah Fandi Ahmad bermain bola cara Majlis Sukan Daerah bawah 12 tahun. Itu pun segala aksi cemerlang dan ganas gergasi-gergasi berjersi merah biru cuma bermula pada minit ke-26, hasil hantaran kemas pemain entah siapa nama dari sudut kiri padang ke arah penyerang yang sedang menunggu di depan gawang sambil mencungkil gigi bernama entah siapa.

Tapi, tendangan dengan hujung ibu jari kaki itu hanya beberapa jengkal melepasi palang gol JDT. Ha, tu baru pakai hujung ibu jari kaki. Belum pakai dagu lagi.

Namun begitu, aku sangkakan hujan di tengahari, tapi ribut di awal pagi. Gol yang para penyokong malas nak tunggu akhirnya muncul pada minit ke-29 hasil gerakan cantik antara entah siapa nama pemain tu kepada entah siapa nama pemain yang lagi satu tu. Berdesup bola menujah jaring gol, meninggalkan percikan api di atas padang.

Ternyata, kelakuan perancang utama iaitu Amri Yahyah yang dibantu oleh pemain import bertopengkan watak predator yang amat selamba di atas padang, hanyalah lakonan semata-mata. Baki permainan babak pertama banyak dihabiskan di dalam kawasan pasukan Selangor. Sepanjang masa itu, dapat dilihat bagaimana rantai ghaib telah berjaya membelenggu kedua-dua pergelangan kaki penyerang tak hensem Norshahrul Idlan Talaha.

Pergerakannya sentiasa tersekat oleh aksi memukau barisan pertahanan Selangor, bagaikan deretan kereta kebal Soviet Union yang menepis peluru penabur dari muncung senapang patah pemburu khinzir hutan. Langsung tidak memberikan kesan.

Keputusan separuh masa:
Selangor Yang Power Tak Ingat Akhirat 1 - 0 Johor Darul Ta'zim.

Separuh Masa Kedua.

Masa hadapan bagaikan sudah terbayang di ruang langit stadium apabila si predator Forkey Doe telah dikeluarkan akibat terkena serangan kancing gigi yang serius. Tinggal la Amri Yahyah terkontang-kanting seorang diri walau pun dia sekali-sekala menunjukkan asas kemahiran yang tinggi dalam bab menanduk, menendang, menggentel bola dan sekali dua menunjukkan kepada penonton apa yang dimaksudkan dengan offside.

Ditambah pula dengan perbuatan Mahali Jasuli yang berpura-pura tak reti bermain bola, lakonan mereka memang menjadi, langsung berjaya menipu para pemain dan penyokong pihak lawan, yang konon-kononnya permainan Selangor kian goyah.

Tapi, aku dapat jangka ini semua tidak bertahan lama apabila anak-anak harimau dari selatan mula menggunakan taktik keji. Keji bukan setakat kerap menjatuhkan pihak lawan, malahan juga disyaki mereka ini telah mengadakan pakatan sulit dengan pengadil malam tu. Keji tak?

Sepanjang pengiraan aku, beberapa pemain JDT telah mensasarkan `buku lima' ke arah dagu, perut, dada dan alat sulit para pemain Selangor yang kacak tak kurang daripada tiga kali. Sehinggakan aku yang duduk dengan sopan sambil mengepit kaki sejak mula tadi turut bangun dan menunjukkan isyarat lucah ke arah pengadil.

Pada ketika itu, aku harap kamera tidak memfokuskan ke arah aku.

Kesudahannya, berbekalkan taktik kotor dan jijik, pasukan yang dengan tak malunya menggelarkan diri mereka sebagai Harimau Selatan, yang mempunyai tiga bintang pada logonya telah berjaya meletakkan bola ke dalam gawang Selangor sebanyak dua kali. Sekaligus memadam kelebihan gol yang dimiliki oleh pasukan legend merah kuning sebelum itu.

Celaka punya ref. Kalau dia nak rasa tapak Fipper saiz 9, mari la jumpa aku kat luar stadium. Memang habis lubang hidung dia aku korek!

Keputusan selepas separuh masa kedua:
Selangor Yang Power Tak Ingat Akhirat 1 - 2 Johor Darul Ta'zim.
(Agg 3-3)

Pada ketika itu, kepala botak aku dah makin berasap. Kekejian pengadil dalam mengadili perlawan makin terserlah dan berlarutan hingga tamatnya masa tambahan 30 minit, membuatkan aku pun dah malas nak taip panjang-panjang lagi. Tengok je la gambar dengan kesimpulan aku kat bawah ni.

Ini separuh masa kedua. Daripada gambar statik ni pun kita dapat tengok kejahatan yang telah dirancang antara pengadil dengan para pemain JDT.

Mamat rambut panjang tu adalah hero aku malam tadi. Sepanjang perlawanan dia cuma duduk atas palang besi je. Bersorak tak ingat kubur. Jersi yang dia pakai tu pun aku rasa memang rare habis.

Tengok score board ni pun aku jadi panas hati. Kalau kalah secara adil tu takpe la, boleh terima lagi.

Beberapa saat lepas gambar ni diambil, aku pun terus blah keluar stadium. Ini adalah sepakan penalti ketiga Selangor dan juga kedua yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang JDT yang bermulut busuk jika tak gosok gigi.

Kesimpulan ikhlas tak berbelah bahagi

  • Amri Yahyah boleh dianggap sebagai hantu kerana dia banyak terlibat dengan kebanyakan serangan.
  • Dia juga seorang yang amat berkemahiran tinggi berbanding 21 orang pemain yang lain.
  • Gol pertama JDT memang cantik. Aku terpana seketika.
  • Dua aksi kekasaran berturut-turut termasuk perbuatan memakan rumput oleh pemain Selangor pada minit ke-54 (kalau tak silap) langsung tidak diendahkan oleh pengadil, bukti berlakunya komplot di atas padang.
  • Dua kali bola terkena tangan pemain JDT hingga menghasilkan bunyi `pang', tetapi pengadil pun buat pekak (dan buta) jugak.
  • Aku memang respek kat TMJ sebelum ni atas isu kritikan terhadap FAM, tapi kalau dia bersuara lagi pasal mutu pengadilan malam tadi, aku akan sepuluh kali ganda respek.
  • JDT memang layak menang.
  • Sama ada Fandi Ahmad yang buat strategi menyerang dan lebih agresif masa second half atau pun Irfan Bakti yang memilih strategi bertahan sebab ada kelebihan satu gol dan bermain di tempat sendiri, aku kurang senang dengan corak permainan Selangor.
  • Berbeza dengan Harimau  malaya, penyokong sejati merah kuning memang ramai. Buktinya majoriti mereka lebih menumpukan kepada perlawanan dan latihan melontar grenade menggunakan cawan kertas berisi ais, berbanding mengambil gambar untuk di`upload' ke dalam facebook (atau instagram etc).
  • Cikaro-cikaro malam tadi semuanya muka tak boleh blah. Kaki bola Selangor memang takde bakat dalam seni mencari jodoh macam fan Harimau Malaya.
  • Separuh masa kedua, banyak cawan kertas berisi ais dibaling ke arah padang tanda penyokong Selangor yang tak berpuas hati. Eleh, dasar jantan pengecut. Kalau berani, baling la burger pulak!!!

Sekian sahaja buat masa ini. Sebelum aku menjawab soalan `kenapa aku duduk di bangku penyokong Selangor sedangkan aku adalah anak kelahiran Johor', ingin sekali aku mengutarakan soalan ini:

Adakah anda telah sedia menyokong sejak mereka mula merangkak bertongkat dagu, atau hanya bersorak bersama-sama tatkala mereka sedang mendabik dada di puncak mercu? Khas untuk penyokong Johor Darul Ta'zim yang kononnya tegar.

Maaf jika ada terkasar bahasa dan berkecil hati...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. kemasukan leonel nunez mengubah segala galanya... walaupun mamat ni tak fit tapi dia bijak gunakan peluang terhad yg ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok cara dia tersengih pun aku dah tau...

      Delete
  2. keji keji kejisssss........

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak huruf S, plural tu...

      Delete
  3. aku anak jati Johor..mula sokong Johor sejak kecil, paling igt memori zaman kegemilangan ervin boban, alistair edwards tu semua...lepas habis zaman tu, Johor melingkup. aku tetap setia dgn Johor. Cuma tak gi stadium. Sedih. Belasan tahun Johor merudum. Aku menumpang kasih Man United yg aku mula kenal sejak sekolah menengah..hahaha. So, mana mana yg nak kata aku mula sapot Johor sejak TMJ ambik alih JDT, aku sangkal. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. supporter macam ni yang kita cari. pergh, jangan lupa abbas saad. zaman gemilang johor tu. ingat lagi `the professor'?

      Delete
  4. aku antara yg mencampakan granade tersebut... choiiiii betul...

    Aku lepak kt pintu 9..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, burger mana...

      Delete
    2. x beli burger pun.. x sdp burger situ

      Delete
    3. Kalau dah geram, boleh buat grenade...

      Delete
  5. Sekarang dah tak minat bola tempatan, dulu sokong Kedah, sekarang Kedah dah turun klas B, dah la turun kelas B, main masih mcm tak ada kelas....prghhhh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lumrah. ada masa turun, ada masa naik. sikit masa lagi naik la tu...

      Delete