Semuanya Nak Muslimah...

10
12:04 AM
Nak buatkan produk atau servis kita laku, kena la peka dengan perkembangan dan kehendak semasa golongan sasaran. Cuma kalau boleh jangan terkeliru antara kehendak pengguna dengan tuntutan agama.

Terkini, ada satu salun muslimah baru bukak kat area rumah aku. Yang mana aku anggap ini adalah sesuatu yang baik. Baru la selesa sikit wanita muslim nak mendandan diri. Takde la baru bukak tudung nak setting rambut, tiba-tiba ada pulak mamat entah dari mana masuk. Bagi wanita muslim yang jenis tak pakai tudung tu memang la takde masalah (walau pun bakal bermasalah kat akhirat), tapi bagi wanita yang sentiasa menjaga tertib dalam menutup aurat, haru jugak nak cover balik kepala tu.

Aku memang sokong benda-benda macam ni. Ini bukan setakat mengikut perkembangan atau trend semasa semata-mata, tapi juga salah satu cara nak menggalakkan masyarakat supaya serius dalam menjaga dan memenuhi tuntutan agama. Semoga dengan wujudnya salun muslimah atau apa-apa yang berteraskan `muslimah' (asalkan atas tujuan baik) dapat menyedarkan kepada kita betapa pentingnya soal penjagaan aurat, khususnya.

Tak kira la awak tu lelaki ke perempuan...

*Ini pun boleh dikira promosi percuma jugak ke?
*Pergh, dah lajak pukul 12 ni tapi aku tak tidur lagi. Kerja kat dunia sampai bila pun tak habis bai...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Kat mane tu beb? Aku mmg cri salun muslimah ni. Susahlah nak ptg rmbt. Aritu g ptg, mmglah ade bilik khas utk pompuan muslimah.....tapi tetiba staff laki die g kua msk situ lak...hampehhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat area rumah aku, rahsia. nanti tau pulak rumah aku kat mana...

      Delete
  2. kat bangi ada. org umah saya sokmo pegi demi suami. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk mata memandang, sejuk hati mengenang...

      Delete
  3. Baguslah bila banyak produk Muslimah di pasaran, asalkan jgn cuma berorientasikan komersial. Sebab sekarang ni nampak ramai yg cuma membalut aurat dan bukan menutup aurat, semua yg tertonjol, ditonjol2kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la, kalau dah bercampur-aduk...

      Delete
  4. Berdasarkan cerita, nampaknya pengusaha cuma ikut trend tanpa betul2 nak penuhi tuntutan syariah.

    Kalau kat bangi ni, agak senang cari...dah pernah pergi mmg takde langsung lelaki masuk sbb perempuan je boleh masuk premis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat premis ni, bahagian dalam pun agak privasi jugak. ada langsir penghalang...

      Delete
  5. mana tuh?

    kongsi lar....

    blh gak berkunjung kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahsia jugak sebab dalam radius 750m dari rumah...

      Delete