Signboard

16
9:22 AM
Malam tu, saya naik kereta berdua dengan Nuwon (kakak) nak balik rumah. Baru lepas hantar barang kat rumah PPR yang kat dalam sana, sebelah dengan tasik tu. Awal lagi. Rasanya baru pukul 9 lebih.

Bila tiba kat traffic light simpang tiga Jalan Puchong tu kan ada satu construction. Seingatnya, jalan bawah untuk belok ke kiri memang tutup. Jadi kalau nak belok kiri, kena ambik lane tengah sama-sama dengan kenderaan yang nak belok ke kanan.

Tapi sebelum sampai simpang tu, saya perasan signboard anak panah ke kiri tu masih ada lagi. Diorang belum ubah. Saya pun suruh la si Nuwon (yang drive malam tu) ikut jalan bawah tu, untuk belok ke kiri. Mungkin kalau takde kerja construction waktu malam, jalan tu dibuka la kot.

Tiba-tiba, bila dah sampai simpang tu kami tengok jalan tu dah tutup. Pelik. Jalan tutup, tapi signboard tak ubah. Kami pun reverse la.

Sampai semula kat signboard tu, bulu roma saya jadi meremang. Rasa seram. Eh, kenapa signboard anak panah ke kiri tadi dah takde? Cuma ada anak panah ke kanan je! Saya pandang Nuwon, Nuwon pun pandang saya. Masing-masing diam. Saya tengok muka Nuwon dah pucat.

Saya tanya la Nuwon, betul ke tadi anak panah tu tunjuk ke kiri, takut-takut saya sorang je yang salah tengok. Tapi Nuwon bagitau, dia pun ada nampak anak panah tu memang tunjuk ke kiri. Memang tak silap lagi.

Dah Nuwon, cepat jalan ikut jalan atas tu. Saya cepat-cepat suruh Nuwon jalan, jangan toleh ke mana-mana lagi dah.

Sepanjang jalan tu, kami dua orang langsung tak cakap apa-apa pun. Seriau rasa. Seolah-olah macam ada benda perhati dan ikut kami sampai rumah.

Ish, tiap kali teringat malam tu mesti meremang je bulu roma...

********************

Aku cerita balik mengikut apa yang diberitahu kepada aku, dengan setepat mungkin.

Peristiwa pelik (atau seram) ni diceritakan kepada aku oleh Arab, ketika dia datang bertandang ke rumah aku malam kelmarin. Hajat nak bersembang lama-lama tak kesampaian bila Arab terus nak balik awal. Mungkin dia tak berani nak balik lambat malam tu kot.

Atau pun dia memang dah rasa tak sedap hati. Lebih-lebih lagi bila aku menafikan yang jalan short cut ke rumah aku tak ditutup. Baru je setengah jam sebelum si Arab ni datang, aku sampai rumah. Takde pulak aku tengok jalan tu tutup. Elok je aku lalu.

Tapi dia yang biasanya memang lalu situ, bagitau malam tu jalan tu dah ditutup dengan kon.

Hmmm, pelik. Aku tak tergamak pulak nak cakap "mungkin ada benda ikut kau kot..." kat dia. Karang tak pasal-pasal dia nak stay rumah aku malam tu. Dah la datang naik moto je. Bising pulak mak dia karang...

********************
  • Lokasi kejadian yang diceritakan adalah di sini, koordinat Google Map: 3.070163,101.656438, Simpang tiga Jalan Puchong ke PPR Kampung Muhibbah.

Gambar tiada kaitan dengan cerita. Diambil di Jalan Tuanku Abdul Rahman sekitar jam 11:30 malam beberapa bulan lalu. Tetapi, perhatikan objek putih berbunjut di seat belakang tu.
  • Aku ingat nak up entri ni malam tadi, tapi tiba-tiba ada objek ghaib bergayut kat kelopak mata aku pulak.
  • Ini adalah entri ke-17 untuk bulan ni. Jadi selama empat bulan berturut-turut aku naikkan 17 entri dalam sebulan. Adakah ini...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. mak aiii... nama tmpt pun dah puchong

    ReplyDelete
  2. Mujur puchong bukan tempat laluan saya...seram haihhhhhjj

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tempat jin bertendang ni. 6:30 pagi boleh nampak anak harimau lintas jalan...

      Delete
    2. eh yeke..?
      hui.. area puchong pernah sampai pun dekat IOI Mall..
      patutla takde rezeki menyewa kat perdana putra, puchong..
      err.. kenapalah duk perhati gambar tu lama-lama, kan dah teringat.. adoi..

      Delete
    3. itu tempat orang ada-ada tu...

      Delete
  3. Hahahaha...saya dah banyak kali lalui misteri2 pelik yg tak dpt dijawab dgn akal waras. Tapi bila terpikir bukan saja manusia yg menghuni planet ini, hati berkata biarlah...yg penting jgn sampai mereka mengacau dan mebahayakan hidup kita....

    ReplyDelete
  4. Takpe la kalau 'dia' setakat nak gurau manja...

    ReplyDelete
  5. Muga IM tak mengalami peristiwa seperti ini. IM ni bukan berani sangat!

    ReplyDelete
  6. hurm.... saya yang baca pun meremang bulu tengkuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu baru yang baca, entah macamana rupa arab masa tu...

      Delete
  7. apakah? pocong dlm kereta? ilusi optik? photoshop?

    ReplyDelete
  8. Byk yg misteri dlm entri ni...termasuklah ayat last tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya sekarang tengah sibuk kejar dunia. update pun biasanya malam je...

      Delete