Aaarghhh...!!!!

18
4:45 PM
Cilakak betul la! Dalam pada nak membersihkan sampah-sarap yang ada dalam draft, tiba-tiba tanpa sengaja aku dah ter`delete' dua entri aku untuk bulan lepas. Aaarrrgghhh!!!

Rasa macam nak gigit tumit kaki sendiri pun ada.

Tapi mujur, kepala botak aku berjaya mengeluarkan cecair bijak (peluh) yang akhirnya diterjemahkan menjadi kejayaan dalam masa hampir sejam. Dapat la jugak aku recover balik dan post semula dua entri yang ghaib tu.

Cuma apa yang belum selesai kat sini, aku masih lagi gagal memanggil semula semua komen yang berkaitan dengan entri-entri tu. Aku rasa ini perlu sebab pada aku semua komen tu adalah sangat berharga.

Takpe, sabar. Sebagai lelaki botak yang beriman, kesabaran aku masih lagi tebal menguliti tubuh kurus kering aku ni. Nanti bila ada masa (atau teringat dan rajin) aku akan repair balik entri-entri tu sampai boleh tubik semula semua komen tu. Buat sementara ni, entri bertajuk Beautiful World dan Rabun/buta boleh dibaca berserta dengan komen-komennya kat sini dan sini. Itu pun dalam bentuk cached je.

Ok la tu, daripada takde langsung..

Aaaarrrgggghhh...!!!!!!!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. Dah terdelete pun boleh recover? Terer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang botak memang biasanya power...

      Delete
  2. buat tutorial mcmn boleh recover balik.., boleh..? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tunjuk benda yang aku tak mahir, karang sesat ke gaung pulak. aku pun tak khatam lagi. ni salah satu link
      http://www.badscientist.net/2012/07/how-to-recover-deleted-post-in-blogger.html

      Delete
  3. Saya kalau dah terdelete mcm dah terhanyutkan barang dlm Sungai Pahanglah, tak kan dpt ditemui lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang kena cari balik bang, sayang pulak kalau hilang...

      Delete
  4. siap boleh terbitkan balik....kagum nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tanya encik google je...

      Delete
  5. laju sgt tekan delete tuuuu, slow2 skit :-)

    ReplyDelete
  6. Biasala tu bro. IM dah banyak kali hilang entri yang berharga. hilang terus, tak reti nak cari balik!
    Reda ajelah...

    ReplyDelete
  7. xpernah lg terdelete ..., saja2 delete tu ada..tu mmg niat aku nak buag terus..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu baru la kerja pembersihan namanya...

      Delete
  8. hahahhaa..gigit tumit kaki! make sure dah basuh bersih2! :P

    aku kalau jadi macam tu, jawapannya mmg habis macam tu aja la...hahaha..aku tak geti nak recover balik..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa bro, cari kat google...

      Delete
  9. dah terdelete..terhilang la jawabnya...termenyesal sbb gatal tgn pun dah tak guna hehe

    ReplyDelete