Berdiri Di Atas Jongkang-jongkit

10
4:33 PM

Tajuk : Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang
Penulis : Zul Fikri Amir
Penerbit : Dubook Press & Publication
Jumlah Muka Surat : 210
Cetakan kedua April 2013

Sedikit butiran berkenaan penulis, Zul Fikri Zamir adalah pengasas sebuah badan bukan kerajaan Teach For The Need (TFTN) yang berasal dari Jerantut. Ketika ini beliau sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang pendidikan setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Keguruan dari Institut Pendidikan Guru, Ipoh (2009) selain menjadi tengaga pengajar di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan seorang intelek muda yang giat berdiskusi di ruang-ruang forum terbuka selain aktif menulis dalam beberapa naskhah bercetak dan maya.

Buku ini sebenarnya menghimpunkan hasil tulisan Zul Fikri Zamir sepanjang beberapa tahun ini yang pernah tersiar di Malaysian Insider (MI), Malaysia Kini (MK), serta hasil kajian beliau bersama-sama beberapa orang lagi yang telah dibentangkan di beberapa konvensyen pendidikan (juga dimuatkan di dalam MI dan MK).

Kenapa aku rasa aku perlu ketengahkan buku ni? Sebab penulis buku ni secara jelas tidak berdiri di dalam mana-mana pihak. Bukan menjadi lidah di pihak pemerintah, bukan sebagai tukang cakap golongan pendidik, bukan hero pelajar, bukan sebagai wakil masyarakat, bukan... Semuanya bukan. Beliau menulis sebagai satu entiti suara yang seolah-olahnya sedang berdiri dengan seimbang di tengah-tengah permainan jongkang-jongkit. Tidak memberat ke kiri atau ke kanan. Itu yang aku suka.

Benda ni aku dapat lihat dengan jelas apabila beliau menulis mengenai kes sensasi menurunkan bendera oleh Adam Adli, panglima ludah, Sharifah Zohra dengan Bawani, demonstrasi jalanan dan juga pengadilan mahkamah terhadap siswa yang dituduh terlibat dalam aktiviti politik semasa kempen satu pilihanraya kecil sedikit masa dahulu. Sesekali beliau mengkritik secara sederhana akan corak pemerintahan ala kuku besi di institusi pendidikan yang dicerminkan oleh tragedi di UUM tersebut, dan tidak lupa juga beliau ada mempersoalkan cara Bawani membawa diri sendiri ke hadapan. Selain itu, beliau juga ada berkongsi rasa yang sama dengan aku terhadap tindakan segolongan besar pelajar yang bertepuk tangan tatkala Bawani dimalukan di tengah khalayak, bukti betapa tebalnya dinding halangan yang melapisi pemikiran siswa masa kini, hasil proses doktrinisasi sejak sekian lama.

Dan apa yang pasti, beliau seringkali meletakkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagai pesalah yang telah membawa kepada pembinaan tembok penjara di sekolah-sekolah serta susunan `assembly lines' di pusat pengajian tinggi. Begitu juga dengan aku, turut menyalahkan perkara yang sama.

Selain menyentuh isu semasa, Zul Fikri Zamir juga turut mengetengahkan hasil kajian beliau terhadap kemerosotan prestasi pendidikan di Malaysia dari pelbagai sudut terjemahan pandangan dan ambilan fakta, walau pun pada masa yang sama keputusan peperiksan di peringkat nasional menunjukkan peningkatan saban tahun. Inilah yang menjadi antara intipati kritikan dan gagasan beliau lewat penulisan ini.

Apa yang aku harapkan daripada penerbitan buku ini adalah, semoga buku yang tak seberapa ini dapat muncul di atas meja Menteri Pendidikan supaya golongan pembuat dasar tidak terus-terusan menjadikan anak-anak kita seperti bekas banduan apabila tamat peperiksaan SPM atau pekerja kilang yang turun dari bas sebaik tamat pelajaran di institut pengajian tinggi.

*Macamana, ok tak aku punya ulasan buku kali ni? Rasa-rasanya dah nyaris nak menyamai taraf pengkritik profesional ni... Kalau editor majalah Mangga baca, mau berbuih hidung!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. penyampaian yang seimbang.. buku mcm ni lah yg kita cari.

    ReplyDelete
  2. Susah nak cari keseimbangan masa kini. Tontan berita TV1 hingga 9, Astro, nampakkah keseimbangannya?
    Baca Utusan Malaysia, Berita Harian, NST nampakkah keseimbanganya?
    Baca Harakah, Suara Keadilan, Roket, nampakkah keseimbangannya (tapi mungkin mereka boleh dimaafkan, sebab ia akhbar parti, mestilah memuji parti).

    Bila baca atau tonton berita ketidak seimbangan ini rasa minda sangat terhina. Sia2 saja mak bapa hantar anak mengaji tinggi2 utk dihina tahap intilek mereka....

    Sebab itu saya pilih Sinar Harian, ia lebih seimbang, walaupun bukan 50:50, tapi 65 (pemerintah): 35 (pembangkang), sekurang2 nya ia lebih baik dari 98:2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh. kalau dah nisbah 98:2 tu bukan tak seimbang lagi, tapi dah sampai tergolek...

      Delete
  3. aku bukan kaki baca buku tapi baca ulasan dia macam menarik jer...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun bukan kaki. seminggu lebih baru habis baca...

      Delete
  4. Buku UAI yang IM beli awal tahun ini pun tak habis baca lagi...

    ReplyDelete
  5. Lama gila aku tak jenguk blog ko. Blog sendiri pun terabai. Kuikuikuikuik...

    Ulasan kau. Aku kena baca 2 kali untuk faham. Bila aku tengok je kulit buku tu, aku tahu buku ni dlm kategori bacaan berat, hitam, pekat, likat. Kau pun dah terpengaruh dgn genre hitam tu. Hehehehe...actually, aku tak bape suke baca buku aliran yg semacam ni. Tapi aku suka amik tau. Dari bayang2 interpretasi yg ko bg tu, bt aku nak tau apa dlm isi buku tu. Haih....

    ReplyDelete