Black Starvations

8
11:32 AM

Dengar cerita, hari ni ada yang pakai baju hitam sempena kempen blackout. Ok, itu adalah cara kalian untuk menyatakan pendirian dan pandangan. Aku tak kata salah, dan tidak juga menyokong 100%, walau pun pada hakikat aku amat menghormati cara kalian itu.
Cuma, hari ni aku pakai hitam ni bukan sebab aku pun nak join kempen black out tu. Tapi sebab baju ni aku baru je sekali pakai. Bau peluh belum melekat, jadi sayang la kalau aku campak kat mesin basuh. Membazir orang kabor.
*Baju dah warna hitam, pun nak snap guna mode black and white jugak. Aku punya suka...
Published with Blogger-droid v2.0.9

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. aku malas nak membaca lebih2 pasal isu blackout tu, tapi aku cenderung utk percaya bahawa blackout itu memang tidak terjadi pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru la demokrasi kan. Kita bebas menilai, tak perlu terus percaya.

      Delete
  2. kalau betul berlaku blackout, kita tengok nnti macm mana. skrg masih lagi dalam lingkungan 21 hari selepas keputusan pru13 keluar... kalau betul ada kes, tunjukkan bukti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada aku, isu ni menarik jugak kita follow. Apa pun, baju aku ni memang power sebab selesa abis!

      Delete
  3. Bukan senang nak meyakinkan Mahkamah bahawa ada blackout, walaupun ia disokong gambar dan video. Tapi sama ada wujud blackout atau tidak, sama ada SPR percaya atau tidak, t-shirt hitam tetap menjadi favouriteku...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la bro. Hitam itu menawan...

      Delete
  4. Psl kempen blackout tu saya pun tak join...

    Ada pulak kena tunggu bau peluh baru basuh ya..^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat, walau pun air percuma...

      Delete