Etika Pemakaian

16
3:17 PM
Gambar kat bawah ni adalah risalah panduan mengenai etika pemakaian secara rasmi untuk para penjawat awam, yang aku cilok dari salah satu bangunan tinggi di Presint 4, Putrajaya dua minggu lepas kalau tak silap. Sengaja tangan aku menggatal nak ambik gambar pulak. Lebih-lebih lagi bila terpandang satu muka surat yang langsung ada kaitan dengan aku, iaitu kepala.

Sepanjang aku belek-belek risalah panduan ni, sejuk je mata tengok awek-awek manis berbaju kurung dan formal, melangkah masuk ke ruang pejabat. Yang lelaki pulak, segak berbaju kemeja dan berbaju melayu lengkap dengan sampin dan songkoknya.

Cuma, yang aku pelik... Kenapa pulak tak boleh berkepala botak? Siap termasuk dalam perkara yang dilarang pulak tu. Jangan la macam tu kawan. Kecik hati aku yang memegang status `lelaki kepala botak berhati budiman dan berwajah kacak' ni...


Ha, satu lagi yang buat aku pelik. Kenapa pakai kopiah pun jadi perkara larangan? Kopiah ni bukannya melambangkan mana-mana kumpulan songsang, parti politik tertentu atau gerakan yang membahayakan pun. Kesian kat pakcik-pakcik yang dah pergi haji tu. Bukan ke kopiah ni satu trademark bagi mereka. Rasa janggal pulak kalau nak suruh mereka togelkan kepala tu atau gantikan dengan songkok tinggi dua jengkal.

Ala, susah-susah botakkan je kepala macam aku ni. Kalau dah hensem tu, kepala licin berkilat pun tetap menawan jugak. Tak gitu?

Sekian wassalam dan selamat Hari Pekerja untuk mereka yang bekerja pada hari ini sahaja...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. Masa dulu2 penjawat awam tak dibenarkan berambut panjang. Masa tu berambut botak tak apa pulak. Tapi sekarang kerana rambut panjang bukan lagi satu tren tapi rambut botak pula menjadi tren, lalu berambut botak tak dibenarkan. Ini kerana kerajaan tak mau melihat penjawat awam trendy dan fashionable...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, cuma rambut je. kalau padankan dengan seluar cerut, jaket penuh patching dan boot, baru la nampak skinhead.

      Delete
  2. hehe..tula aku pnjawat awam..mmg diorg x suggest berkepala botk..tp ade je org berkepala botk

    ReplyDelete
  3. Ek eleh..botak pun tak boleh..kopiah pun tak boleh.
    UBAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh botak takpe, kita paham. tapi, kopiah...

      Delete
  4. dah keje ctu diaorg terpaksa la ikut kan, klu tak nk ikut kena mintak keje kt tmpt lainlah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. leceh la botak dengan kopiah tak boleh...

      Delete
  5. Botak dgn kopiah pon nk berkira kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun nak berkira, kira kawtim ma. janji nampak hensem...

      Delete
  6. botak ok apa.. ada orang cam harith iskandar tu lagi sesuai botak kan.. hehe..berkilatt..

    ReplyDelete
  7. err..redha sajalah..
    kena ikut polisi kalau taknak kena tindakan tatatertib.
    err..tapi kau private kan..?takde hal kan?

    ReplyDelete
  8. Private? Government? Atau semi? Hahahaaa, rahsia. Apa pun, benda terlarang macam ni la yang aku gemar...

    ReplyDelete
  9. Mcm pelik je etika berpakaian tu...mmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik, ganjil. heran aku...

      Delete