i-Face

20
6:26 PM
Niat awal cuma nak tengok-tengok je. Tapi memandangkan aku adalah manusia normal yang belum sampai taraf maksum daripada hasutan syaitan, maka dengan sengajanya aku pun tewas dalam pelukan dan pujuk rayu si penjual. Tawar-menawar berlaku dalam masa beberapa minit, yang akhirnya keputusan tidak begitu memihak kepada aku. Harga muktamad, RM25.

Bila dibelek-belek, kira orait jugak la. Design yang solid, bentuk yang menggiurkan dengan alunan agak ramping di pinggang. Memudahkan pegangan terutamanya ketika berlari. Tambahan pulak ada wajah satu watak fiksyen yang tengah naik sekarang kat permukaan belakang. Garang pulak tu. Power, memang power dan gempak aku rasa.

Sampai aje kat rumah, cepat-cepat aku snap gambar dari perbagai sudut. Dan dengan bongkaknya, memuatnaik satu gambar ke dalam akaun Instagram.


Tak berapa lama kemudian, baru la aku terfikir.

Eh, apahal bijak sangat aku ni? Benda macam ni pun suka sangat ke. Setakat gambar Ironman yang tertepek kat belakang casing tu tak membawa makna apa pun. Bukannya sepanjang masa orang nampak pun. Telefon bijak aku ni lebih banyak habiskan masa duduk kat dalam poket seluar. Kalau letak atas meja pun, tetap jugak tak nampak. Takkan la aku nak letak secara terlungkup kot, semata-mata nak menunjuk casing power ni.

Jadi, berbaloi ke pelaburan RM25 aku ni? Ya, berbaloi. Tapi hanya untuk seketika.

Puiii...!

*Pengajaran untuk diri sendiri, kalau ada duit lebih dalam wallet tu, baik masuk kedai kek je lagi bagus. Biasanya amoi kedai kek pun mari jugak...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

20 comments:

  1. Hahaha bila terlalu excited biasa la tu.benda minat kan.puas sekejap pun memadai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat masa membeli je sebab jurujual pandai bodek...

      Delete
  2. mmg payah melawan nafsu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nafsu membeli? mujur aku bukan orang berduit...

      Delete
  3. Replies
    1. lebih kurang social network jugak, tapi semua gambar...

      Delete
    2. Ha.. ha.. kalau gitu, tak relevan dengan IM yang lebih suka menulis dan tidak pandai lansung tidak reti ambil gambar.

      Delete
    3. hahaa. tak pandai takpe, yang penting cerita dalam gambar tu...

      Delete
  4. Bila sudah suka semua indah belaka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah kurang indah. biasa-biasa je...

      Delete
  5. Kan kan..masuk secret recipe dah dpt 3@4 potong kek :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jenis sedap, dapat la jugak 2 slices...

      Delete
  6. Dpt kepuasan peribadi...okla tu. happy2 kan diri sendiri..

    ReplyDelete
  7. rm25..agak mahal utk benda mcm tu hehe....
    kesimpulannya..jgn terpedaya dgn jurujual...:)
    manis mulutnya akan berjaya menarik keluar rm dari poket kita

    ReplyDelete
  8. haha.. kau mudah tergoda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. hati rapuh macam potato chips...

      Delete
  9. aiyakkk...tapi okay laa bro..nampak menarik gak tu..mungkin sebab minat tu kau beli..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dua tiga hari, rasa biasa pulak...

      Delete