Kanibal Otak

12
8:17 AM
Terkandas di tengah pulau, tanpa bekalan air tawar selain daripada titisan-titisan hujan (kalau ada). Dua lelaki pertengahan umur, hampir sebaya. Keletihan, kebingungan, tiada upaya, tiada punca, keputusan harapan untuk menjejakkan kaki kembali di tanah besar.

Salah seorang daripada mereka bersuara, setelah beberapa jam sunyi tanpa sebarang komunikasi oral. Garisan ufuk yang menjadi pembahagi antara langit dan bentangan laut pada petang hari ke seratus tujuh puluh enam itu ditenungnya.

"Bagaimana jika suatu waktu nanti ditakdirkan kita terpaksa memakan daging sesama kita? Dek kerana kehabisan makanan. Jika aku yang mati dulu, bahagian manakah di badan aku yang kau akan makan terlebih dahulu?" Tak pasti sama ada pertanyaan itu benar-benar ikhlas atau sekadar menguji.

"Otak. Ya, mungkin otak engkau yang aku jamah dahulu." Dijawab sahabatnya dengan ringkas.

"Kenapa, ada apa dengan otak aku?" Tingkahnya pula seakan mencari alasan.

"Pertama, aku berjanji akan mengebumikan engkau dengan sesempurna yang mungkin. Jika otak kau telah tiada, maka jasad kau tidak akan kelihatan terjejas dengan ketara.

Kedua, antara kenalan aku, engkau adalah yang paling bijak. Aku ingin sekali mewarisi kecerdikan engkau itu. Mana tahu jika aku berpeluang kembali ke pangkuan masyarakat, boleh juga kebijaksanaan engkau itu memberikan manfaat kepada orang lain pula," jelas sahabatnya tanpa menoleh. "Bagai mana dengan engkau? Bahagian mana pada tubuh aku yang engkau akan jamah terlebih dahulu?" Soalan yang hampir sama juga diajukan kepadanya.

"Tidak, aku sudah kenyang. Kenyang hingga kiamat," jawabnya perlahan.

"Kenapa, dan apa maksud kau kenyang sedangkan kau tidak menjamah apa-apa pun..." Kali ini sahabatnya menoleh.

"Aku sudah kenyang kerana makan hati. Sebenarnya aku mengharapkan jawapan yang lain daripada engkau sebentar tadi..." Balasnya sambil tersenyum kelat, dan seketika kemudian suasana kembali sunyi...

*Ini kisah rekaan.
*Persoalan daripada kisah ini, sejauh mana kesetiaan kita sebagai seorang sahabat itu boleh diuji?

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Bila dia sanggup membuat pengorbanan demi kita, dialah sahabat sejati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang sanggup berkorban atas sebab tertentu je...

      Delete
  2. Kalau dalam bahasa perak, makan hati sama dengan ghenyang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenyang makan hati = kenyang ghenyang

      Delete
  3. wah..mendalam sungguh makna cerita nie..mana laa dorang dapat idea untuk reka cerita macam nie.....hurm...

    Regards,
    -Strider

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas aku tengok perbualan antara cody lundin dengan joe teti (dual survival) malam sebelumnya. hahahaa!

      Delete
  4. awk pernah baca kisah 2 sahabat yg terdampar disebuah pulau tak? cerita tentang "doa seorg kawan"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerpen? buku? apa tajuknya...

      Delete
    2. ni link dia. http://tehsecawan.blogspot.com/2012/03/erti-doa-seorang-sahabat.html

      Delete
    3. eh, hampir sama pulak cerita ni. blog yang hebat, tapi sayangnya blog tu dah tak aktif lagi...

      Delete
  5. Benarlah seperti kata pepatah sahabat ketawa mudah dicari, sahabat menangis boleh dibilang dgn jari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang rasa macam nak nangis pun ada...

      Delete