Pencuri Kantoi

17
12:08 AM
Aku sebenarnya tak tau macamana nak mula. Dah dua tiga kali aku menaip, lepas tu tekan kekunci backspace. Taip, padam. Bila taip semula, lepas tu aku padam balik. Ni semua gara-gara dua gambar aku dari entri ni yang aku dapati dah digunakan tanpa izin oleh sebuah page kat Facebook.

Ceritanya macam ni...

Semalam, macam biasa la kalau aku tak dapat tidur tapi mata mengantuk, aku akan selak-selak helaian Facebook untuk tau apa update temberang dari dunia maya. Dengan tak semena-mena, aku terpandang satu update bergambar dari satu page yang baru je beberapa minggu aku like. Bila sekali tengok, macam familiar je gambar tu. Dan bila aku tengok untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya barulah aku pasti yang gambar yang digunakan memang milik aku.

Gambar yang aku snap kat Pandan Uptown masa malam menjelang pilihanraya tempohari.


Pergh, takkan la ada orang yang sudi guna gambar buruk aku ni. Untuk double comfirm, aku semak balik entri aku yang bertarikh 16 Mei tu. Aku baca semua teks dan teliti semua gambar yang ada, kemudian aku bandingkan sekali dengan gambar dalam page tu. Hasilnya, memang sah! Gambar itu adalah milik aku.

Tapi aku masih rilek lagi. Mungkin dia ada kreditkan sumber dari mana gambar tu dicilok. Untuk triple confirm pulak, aku pun tap jari mulus aku kat gambar dalam page tu.


Nah..! Aku dapati, gambar ni dah di`crop' kat bahagian atas sehingga nama blog aku yang dalam tulisan jawi tu (atas kiri) turut dihilangkan. Wei, ni apa punya kerja da. Dah la tak mintak izin, gambar yang aku ambik dengan kamera henset cabuk pun nak edit ke? Adui, di manakah rasa segan anda wahai pengendali page? Kot ye pun berkenan dengan gambar aku yang ni cantik, tak perlu la berpura-pura macam anda yang snap gambar tu dan berada kat situ. Kalau zoom, memang jelas dalam gambar tu ada deretan bendera dacing dengan kanopi yang masih terpacak. Menandakan ada program khas sempena pilihanraya. Takkan la benda-benda tu semua tak cabut lagi. Puuii... Tak senonoh betul la buat kerja.

Beberapa minit kemudiannya, aku pun tergerak untuk meninggalkan komen teguran yang mengatakan gambar ini datangnya dari sumber lain dan telah diambil tanpa izin. Ada dua komen yang aku tinggalkan. Selain komen, aku pun ada hantar mesej kat page ni.

Tapi jangankan nak balas, dua-dua komen aku tu pun kena delete! Tambah malang lagi, aku dah tak boleh nak komen kat gambar ni dan posting yang lain-lain.


Ha, nampak tak permainan diorang kat situ? Aku langsung dah tak boleh nak komen lagi! Kesian betul kat aku yang teraniaya ni. Dah la hasil kena ciplak, kena block pulak tu... Aduyai.

Tak puas hati, aku pun scroll la ke bawah lagi kat dinding page ni. Tiba-tiba...


Damn! Rupa-rupanya gambar yang aku snap kat bazaar karat pun kena cilok jugak! Cuma bezanya kat sini, pengendali blog ni buat cerita seolah-olah dia pergi bazaar karat dulu kemudian baru la pergi uptown tu, berbanding aku yang pergi ke bazaar karat sebagai destinasi akhir sebelum gerak balik rumah. Cheit...!!!

Dan ini adalah satu tindakan yang aku buat untuk mempertahankan hak aku. Buat report la, apa lagi...


Biar je la orang-orang upahan Mark Zuckenberg yang buat kerja. Kalau nak marah lebih-lebih pun tak guna sebab aku sedar yang setiap apa yang kita naikkan ke dunia maya sama ada gambar, lukisan, rekaan grafik, teks, sajak, cerpen atau apa sahaja bukan lagi menjadi milik kita seratus peratus. Kita cuma boleh berbangga sedikit sahaja sekiranya hasil kerja kita itu digunakan oleh orang lain. Tak kira la secara curi atau dengan izin.

Jadi, hati aku yang suci ni pun merelakan je la sambil berbangga dalam diam. Hmm, kalau ada orang sanggup cilok gambar aku, ini bermakna gambar-gambar yang aku snap selama ni memang bernilai tinggi rupanya. Hahahaaaa!!!

Sekian...

*Terkini, tadi aku semak balik. Kedua-dua gambar tu dah dikeluarkan dari timeline mereka. Terima kasih kerana prihatin dan belajar makna perkataan ETIKA.

*Update, kalau entri ni aku naikkan semalam, mesti berguni perkataan makian dan carutan yang keluar. Mujur hati aku ni mudah sejuk...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

17 comments:

  1. kannn..kot ye pon, kasi la kredit ke hape...bajet sendiri punya gambar pulak...haih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik hati hati siot aku tengok... hahahaa!

      Delete
  2. apa motif mamat FB tu? x paham... klu dia pergi kenapa dia tak snap sendiri gambar, kan senang dan tak kontroversi.
    atau adakah dia tak pergi pun tempat tu tapi bercerita update kat FB macam dia pergi.


    ishhh...mental ke mamat tu?
    orang pelik macam ni pun ada :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia baca entri aku sambil imagine kot. Takpe, terima kasih jugak sebab dia berminat...

      Delete
  3. Dlm dunia fana ni macam2 boleh jadi. Saya pernah tengok satu blog beralamat di Indonesia yang memuatkan entri2 saya, tapi dialih bahasakan ke bahasa Indonesia. Saya rasa kelakar, dlm hati rasa bangga juga kerana rupanya ada juga saudara di seberang yg rasa entri saya hebat...hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, ini plagiarisme tahap international. Betul, kita patut rasa bangga...

      Delete
  4. err.. aku pun selalu amik gambar dari google image sebenarnya. Tapi kat belah side kanan memang aku dah nyatakan amik dari sumber google image. cuma, kdg2 tak kreditkan ke blog empunya gambar sebab aku tak pergi pun blog sumber gambar. aku amik dari capaian google dan crop. mm..bila jadi cam situasi kau ni. aku pun taktau nak respon sebab, kdg2 kita cari kat google image dan kebetulan, google capai gambar kau, dan kita tak berapa rajin nak buka blog kau ke dan hanya print screen dari google image shj.
    tapi aku pun sokong kata-kata kau. Bila dah publishkan gambar tu, dah jadi bukan hakmilik kita sahaja.. jadi hakmilik pengguna alamaya.. chill

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya aku tak berapa nak kisah sangat kalau ada orang nak ambik walau pun tanpa kebenaran/pengetahuan. tapi aku sedikit terkilan sebab (1) gambar tu di`crop' untuk menghilangkan tulisan jawi tu. (2) dia bercerita seolah dia berada dan memiliki gambar tu, bukan ke itu suatu yang tak jujur? (3) aku kena block dan komen sebelumnya di`delete'.

      apa pun, rasa bangga mesti ada beb...

      Delete
  5. warghhhh!! bagus!
    keje keje pencilok ni memang perlu diatasi segera!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau untuk kerja berfaedah tu, boleh la aku maafkan dalam masa seminit...

      Delete
  6. Hahaha..penciplak yg PSIKO bro..
    Kenapa aku kata PSIKO?

    Sebab dia gunakan gambar kau, utk IMAGINE dia berada di sana...dan share dgn orang lain...tak ke gila namanya tu...

    Kena tepek watermarks sebesar besar alam kat centre of picture la lepas ni bro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...dan dia ada tahap imaginasi yang tinggi!

      Delete
  7. Tak sangka le pulak ada orang jenis ambil gambar orang kemudian karang cerita sendiri buat macam dia yang ambil gambar tu... ini satu pengajaran buat saya juga nampaknya... agar jangan buat macam tu, kecik hati tuan punya gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah sangat kalau nak ambik tanpa izin, lepas tu crop gambar dan karang cerita sendiri. tapi kenapa nak block saya? why? why? why......?

      Delete
  8. Gamba pandan uptown n bazar karat pun nak curik. Hahaha
    Pegi la kejap jln2 amik gamba sendiri..
    Bgus sbb menreport! 👍

    ReplyDelete
  9. Gamba pandan uptown n bazar karat pun nak curik. Hahaha
    Pegi la kejap jln2 amik gamba sendiri..
    Bgus sbb menreport! 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee. takpe la, harap mereka sedar...

      Delete