Satu Malam Di Johor Bahru (entri banyak power)

10
12:05 PM
Sabtu, malam Ahad. Sehari sebelum PRU13 hari tu aku dah siap sedia berada di kampung halaman, demi membantu menyemarakkan kemeriahan pilihanraya yang dianggap paling senget dalam sejarah. Senget atau sengit, itu belakang kira. Yang penting aku nak merasa jari runcing aku dicalit dengat dakwat buat pertama kali.

Petang tu, aku memang takde apa-apa aktiviti kat rumah selain daripada membutakan diri atas sofa. Mujur adik aku yang memang rakyat sejati Johor, pemastautin di daerah Johor Bahru ajak aku jalan round bandar JB dengan adik ipar aku sekali. Aku sangkakan, kat JB ni dah takde perkara lain yang menarik selain daripada JPO dan Legoland. Tapi kelihatan jelas kat sini yang aku macam dah tak layak dipanggil orang Johor. Hahahaaa....

Apakan tidak, Kampung Melayu Majidee yang pernah jadi tempat aku biasa mengeteh dulu pun aku tak tau wujudnya mee bandung yang power. Aku kata power sebab ini pertama kali aku tau mee bandung ni ada banyak jenis. Ada mee bandung biasa, mee bandung ayam, mee bandung seafood dan bla bla bla. Lain-lain tu aku tak ingat. Tambah-tambah power lagi bukan sebab nama menu tu je, mangkuk mee bandung ni pun power jugak Tak percaya? Ini dia...

Mangkuk dia bapak la besar. Dekat sama besar dengan mangkuk jamban kat tandas R&R!

Ha, nampak tu. Siapa yang pernah tengok mee bandung siap ada bubuh kupang sila angkat tangan. Korang pun power jugak macam aku. Untuk menghabiskan hidangan bersaiz mega ni bukan satu masalah pada aku, yang secara yakin bahawa benda ni bakal masuk ke dalam perut aku secara percuma. Sama ada adik aku (atau laki dia) yang belanja, atau akak aku (yang juga balik Johor untuk mengundi) akan bayarkan. Aku cuma ambik bahagian top up duit syiling je.

Jadi dengan gaya penuh keyakinan, aku pun menjalankan tugas sebagai orang yang dibelanja secara ikhlas. Inilah dia hasilnya...


Selesai sudah kewajipan aku. Walau tak dapat menandingi kesedapan mee bandung tepi sungai kat Simpang Renggam hari tu, benda ni tetap layak aku berikan tiga bintang. Kuahnya agak pedas sedikit, hingga menghilangkan rasa perencah kat kuah tu dan jugak kemanisan isi kupang serta isi ketam. Udangnya pulak dah tak berapa segar. Yang tak segar ni bukan aku yang komen, tapi adik ipar aku. Aku bantai percaya je sebab dia berasal dari keluarga nelayan. Rumah pun dekat je dengan laut.

Jadi, sesiapa yang merasakan dirinya adalah seorang peminat mee bandung tegar, boleh la datang ke sebuah kedai makan yang betul-betul terletak kat belakang stesen minyak Esso Kampung Melayu Majidee (Jalan Tebrau menghala ke Pandan). Sebelah stesen minyak tu ada pejabat pos. Kalau dapat cari, memang kalian ni power! Koordinat GPS; Lat: 1º30’50”, Long: 103 º 45’27”. Power siot!!!

~~~~~~~~~~

Lepas makan, aktiviti kedua adalah melihat orang berbelanja. Satu lagi tempat yang tak begitu asing pada aku. Tak begitu asing kalau beberapa tahun dulu, masa aku dok menyewa kat Johor Jaya. Tapi sekarang dah jadi macam orang asing pulak bila aku jejakkan kaki ke sini. Perhatian, terma `orang asing' itu berbeza dengan `pendatang asing' atau `makhluk asing'.

Manakan tidak. Tempat yang dulu cuma ada satu bangunan pasar borong dan satu bangunan hypermart sekarang dah jadi lebih happening. Kalau dulu, kat sini la tempat aku dapatkan bekalan dvd pirate (aku beli Band Of Brothers kat sini) sekarang dah ada jual macam-macam jenis barang. Lepas tu, nak cari parking pun boleh tahan perit jugak. Tak macam dulu. Datang la pukul berapa pun, mesti boleh dapat parking punya.

Dulu aku panggil Pasar Borong Pandan je, tapi sekarang dah lagi komersil namanya. Pandan Uptown. Cewah!

Ohya, dari Kampung Melayu nak ke sini aku cuma follow adik ipar aku dari belakang je. Bukan sebab aku dah buta jalan kat sekitar bandaraya ni, cuma tak berapa pasti je. Nak guna GPS, nampak macam mengarut pulak. Tempat jatuh, bangun, bermain dan tergolek semua tu bai! (koordinat GPS tempat ni, Lat: 1º31’28”, Long: 103 º 45’55”)

Tujuan memang nak tengok orang berbelanja, tapi bila sampai kat sini mata aku lebih terarah kepada deretan pakaian bundle dan jugak puluhan premis yang jual rokok elektronik tu. Pergh, aku ingatkan scene sedut menyedut ni cuma tengah naik kat KL je, tapi kat JB ni pun sama jugak garangnya. Macam-macam aksesori ada jual. Ni la yang buat aku jakun sikit bile tengok ada filter bentuk muncung itik!

Pergh, power siot orang JB ni...

Ohya, malam tu ada program oleh orang-orang parti dacing. Datang situ secara konvoi sambil buat bising, bunyikan hon sampai pundi kencing aku pun terkejut. Spoiled betul la. Nasib baik aku pun dah nak blah... Yang ni tak power langsung!

~~~~~~~~~~

Gagal. Kerja-kerja mencari jersi Harimau Selatan oleh adik ipar aku untuk disarungkan ke badan anak lelakinya gagal. Aku tak pasti kenapa. Sama ada takde saiz yang ngam atau harga yang tak berapa nak boleh blah kot. Walau pun aku tengok bersepah-sepah orang jual jersi tu. Macam la ada satu team je yang main kat Malaysia ni.

Jadi, plan B pun diajukan. Lokasinya adalah bazaar karat. Ha? Ada ke tempat macam tu kat JB ni.

Punya la kokak aku ni. Tempat yang tengah naik sekarang ni pun aku tak tau. Bila diberitahu ada bazaar karat kat bandar oleh adik ipar aku melalui walkie-talkie (cara kami berkomunikasi semasa berkereta), barulah aku akur. Akur dengan ke`kokak'an diri sendiri.

Ok, ini adalah masa untuk aku `keep calm, watch and learn'. Lokasinya betul-betul di tengah bandaraya Johor Bahru (Lat: 1º27’27”, Long: 103 º 45’55”). Pada aku, elok jugak bazaar karat ni diwujudkan. Jadi tak la bandar ni jadi bandar mati bila waktu malam.

Bermula dari hadapan Bank OCBC di bahagian selatan hingga ke hadapan bangunan Perkim di utara, dan menyusur pulak ke Jalan Dhobi di sebelah barat. Tempat ni agak besar jugak kalau betul-betul nak belek barangnya.

Fuh, Jalan Dhobi tu! Jalan yang dulu terkenal sebagai port bapuk. Dulu masa stay asrama teknik, pernah jugak aku fly tengah malam semata-mata nak usha bapuk. Tapi sekarang kegemilangan bapuk ni dah ditenggelami oleh deretan gerai menjual jersi Harimau Selatan, alat permainan dan bla bla bla jugak.

Legaran Segget yang dulu pernah terkenal sebagai landskap dan mercu tanda yang dibuat semata-mata nak cover Sungai Segget tu pun mengalami nasib yang sama. Sampaikan aku sendiri pun keliru, di mana sebenar letaknya Legaran Segget tu. Gerai penuh. Tapi sayangnya, variasi kurang. Balik-balik jual benda yang sama. Toleh kanan jersi, toleh kiri pun jersi jugak. Patut la adik ipar aku beria ajak datang sini.

Amacam, ramai tak orang. Malangnya, dalam ramai-ramai ni agak susah nak cari cika yang betul-betul mari. Tak macam kat Kuala Terengganu hari tu.

Apa pun, yang paling menarik tertarik kau memang tembam kat sini pada aku dan layak diberikan lima bintang atas batu jemala adalah ini...


Kehadiran seorang artis* yang bermain gitar secara akustik. Ditemani seorang perempuan yang aku yakin itu adalah isterinya berserta dengan dua anak kecil. Seorang sedang lena di atas pangkuan perempuan tu dan seorang lagi yang lebih kecil sedang mencomelkan dirinya di dalam stroller.

Kenapa hati aku rasa semacam je bila tengok situasi ni? Entah, mungkin sebab perfomance brader ni yang sangat power (aku sempat dengar satu lagu Soul Asylum), atau pun kehadiran pasangannya dengan anak-anak kecil ke tempat macam ni yang aku kira sesuatu yang janggal, atau rasa tersentuh dengan dua anak kecil yang lena tu, atau... Argh, aku kira ini adalah sesuatu yang perlu aku angkat sebagai situasi yang sangat-sangat bermakna.

Kalau diberikan pilihan, aku sangggup tukarkan tiga keping kaset Ramlah Ram semata-mata nak duduk bersila tengok perfomance brader ni sampai subuh.

Bingkas bangun (sebab aku pun datang sini ikut orang), aku pun berjalan lagi menghala ke aras barat. Sampai ke satu pintu gerbang, aku pun masuk ke satu lorong yang seakan-akan Chinatown.


Kat bawah pintu gerbang ni telinga aku macam terdengar je ada satu suara ghaib dan halus berbisik. Lebih lunak daripada suara Siti Nurhaliza bergwiyomi. Mungkin ada sesuatu yang super hebat kat sini. Jadi, aku pun ikut la dari mana arah datangnya suara tu.

Tiba-tiba, aku terpandang satu benda. Benda yang semestinya wajib aku beli kalau tak nak kena belasah ramai-ramai dalam stadium. Harga asal RM30, bila aku tawar cuma dapat RM25 je. Kira ok la tu, Bukan senang nak cari benda ni jual kat JB. Tak gitu?

Ha, power tak? Aku beli jersi Selangor kat Johor Bahru!!!

Bila aku sarung benda ni masa tengok game Selangor nanti, baru la aku boleh sorak macam orang kena sawan. Tak salah punya, dan orang pun takkan syak yang aku ni kelahiran Johor. Dan lebih bangga lagi bila aku cerita aku beli benda ni bukan kat pasar malam Jalan TAR...

Power siot aku ni!!!

~~~~~~~~~~
*Terkini, ada pencuri terkantoi. Klik sini.

*Artis pada aku adalah mereka yang menyelamkan diri mereka di dalam dunia seni. Tak kira apa pun yang mereka lakukan, asalkan seni. Bukan sekadar berlakon drama bodoh satu episod atau menyanyi satu single lemau, tapi ramai orang gelarkan sebagai artis...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. ok, kerana ia pjg. mlm karang aku sambung baca. zzz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh. aku mcm tak percaya aku berjaya habiskan bacaan entry ni.
      mula-mula nak komen;

      1. pasal mee bandung. kat PJ Newtown ni dpn balai polis ada kedai mee bandung muo(masuk JJCM) yg specialnya mee bandung tulang. pasal mee bandung kat atas tu, aku baru nak cuba ingat cmne rasanya terus lari selera bila ko sebut mangkuknya sebesar mangkuk jamban..

      2. pasar karat. masa aku outstation kat JB ritu, ada juga budak hotel tu suh jenjalan kat pasar karat sbb dah dekat sgt ngan hotel. tapi tahap ketakutan jalan sensorg mlm2 kat pasar yg byk foreigner(eh, byk ke sporean, situ?), mematikan semangat nak tinjau apa yg ada.
      dan.
      last sekali.

      err.. ko masa sekolah, kenapa tgk bapuk? apa yg bes? ekekeke..

      Delete
    2. 1. pj newtown? 10 minit dari rumah aku kalau kayuh basikal laju2. ok, aku guna analogi yang lain (tapi tak jumpa).

      Delete
    3. 2. aku tak perasan kalau ada foreigner (bangla, nepal etc). tapi kalau singaporean tu mungkin ada...

      Delete
  2. Beli jersi Selangor kat JB. Nanti bila balik Selangor beli jersi Johor DT pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, kena setia pada yang satu...

      Delete
  3. hahaha... bru tau ni kt johor ada jual jersey selangor.. terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam banyak2, cuma satu tu je yang ada jual...

      Delete
  4. beberapa hari sebelum pihanraya aku ade singgah di jb jap untuk satu hari...(bukan kempen pilihanraya) tapi tak tahu pulak ade uptown yang meriah camnie..at the end aku melangut jer kt danga bay..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. danga bay? hahahaa, apa barang!

      Delete