SMTTP

10
5:46 PM
Eh, 16 haribulan Mei tu hari guru ke? Pergh, boleh lupa pulak. Padahal masa sekolah dulu aku la pelajar paling disayangi cikgu. Tiap-tiap pagi sebelum mula kelas cikgu akan usap kepala aku, tengahari sebelum balik pun diorang akan usap jugak. Sebagai tanda aku ni satu-satunya pelajar yang patut dicontohi.

Bila waktu dalam kelas, cikgu belum habis tulis soalan lagi aku dah bangun dan angkat tangan nak jawab. Tak sabar-sabar nak meringankan beban cikgu aku daripada terus menulis kat papan hitam (hijau?). Lepas tu, setiap kali cikgu nak pulangkan kertas ujian atau peperiksaan, kertas aku yang akan keluar dulu. Memang jadi tradisi, kertas jawapan dengan markah tertinggi akan diberikan terlebih dahulu. Dan menjadi tradisi tak rasmi jugak, nama aku la yang selalu dinaikkan di papan kenyataan sebagai pelajar cemerlang.

Itu baru dalam bidang akademik, belum cerita aktiviti luar lagi tu. Hampir semua jenis sukan aku la yang jadi tulang belakang. Jadi star, top scorer dalam hoki, bolasepak, ragbi. Kalau aku letih, aku mintak kat coach nak jadi goalie je. Tu pun tetap jadi penyelamat juga. Tapi aku tak masuk acara balapan, malas. Bagi la peluang orang lain jadi hero pulak.

Lain-lain kerja, kalau bukan aku yang naikkan nama sekolah memang tak sah. Pidato, coral speaking, pertandingan pantun, silat, sampai la ke pakaian seragam. Habis aku pukul. Sampaikan aku pernah salam dengan (Tun) Dr. Mahathir sebanyak dua kali sebab jadi pelajar cemerlang dalam rekacipta dua tahun berturut-turut. Masa tu Tun masih lagi jadi PM. Aduuii... Pendek kata, malas la nak cerita.

..........TIPU!

Aku bukan orang macam tu. Pada aku, sekolah bukan la tempat yang menggembirakan. Kecuali dua kali dalam lima hari iaitu dalam subjek Lukisan Kejuruteraan. Yang ni memang aku power. Lain-lain subjek, aku bungkus awal-awal dan sumbat dalam bakul sampah.


Macamana, feminin tak nama sekolah aku? Yang bertanda merah tu. Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. Sebelum dinaiktaraf jadi teknik, sekolah ini adalah aliran vokasional sepenuhnya. Tahun, rahsia...

Letak betul-betul atas Bukit Senyum, asrama (dorm aku) pulak betul-betul berjirankan dengan pusat pemindahan sementara pesalah juvana dan remaja bermasalah. Kalau bosan-bosan, aku boleh duduk kat hujung balkoni sambil melihat negara jiran. Tapi punya la malang, aku cuma nampak serombong merah putih yang entah apa fungsinya kat seberang selat.

Dan kat asrama ni la aku pernah kena tempeleng dengan warden asrama sampai berdarah bibir sebab ponteng aktiviti maulud, lepak kat belakang bengkel dengan AS (nama betul dia Hasrul, budak Batu Pahat). Cilake betul cikgu tu, sampai sekarang aku dendam tau!

Dendam bukan sebab bibir aku yang pecah dan kepala biol sekejap, tapi sebab dia mengamalkan diskriminasi dalam pemerintahan. Pelajar yang dia suka, selalu terlepas daripada hukuman walau pun melakukan kesalahan yang sama.

Lepas ni, kalau jumpa dengan cikgu ni siap la kau! Aku nak genggam tangan dia dan cium dengan penuh adab. Terima kasih cikgu... (saya lupa nama cikgu).

*entri ini bukan sempena Hari Guru yang lepas, tapi aku `up'kan sebab aku tiba-tiba teringat pulak kat sekolah lama masa tengah Google peta JB hari tu...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Hahahahaha..sekolah kau ni area Stulang ke? boleh nampak serombong merah putih kat Singapore tu...

    Kau ponteng nasyid Maulud eh? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, dekat je. kalau keluar malam, jalan kaki je pergi minum kat stulang tu...

      Delete
  2. kenangan saya di sekolah dulu begitu pahit hingga yang manis itu sukar sungguh nak diingat semula.....saya tak pernah kena tempeleng, tapi "stalat" adalah memang berkenan sungguh di dahiku ini tanpa segan silu...jaga cikgu tu kat padang masyar! hahahahha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda macam ni memang rasa pahit masa kena. tapi makin lama makin manis pulak bila dikenang...

      Delete
  3. kalau bosan-bosan, keluar tgk bapuk.. hehe..
    iye2 aku baca perenggan terawal.. tertipu tipah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak usha bapuk, kena keluar petang naik bas. overnight kat dataran. pagi baru balik...

      Delete
  4. Saya pernah kena rotan oleh guru besar depan assembly. Sebabnya...rahsia, hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rahsia? harap ceritakan untuk edisi hari guru akan datang ya. hehee...

      Delete
  5. Citer zaman sekolah IM cerita biasa biasa saja. sebab IM seorang yang baik... heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya orang yang mengaku baik ni la nakal...

      Delete