Tinggalan Perang

10
3:21 PM
Entri sekadar untuk mengisi masa lapang, sementara menunggu masa nak balik. Aku target nak balik awal sikit petang ni. Nak pergi bercukur memandangkan kepala aku dah mulai ditumbuhi bulu-bulu halus sehingga beberapa milimeter, yang dinamakan rambut.


Gambar kat atas adalah bom lama kesan dari tinggalan Perang Dunia Kedua. Aku tangkap gambar ni kat Pulau Manukan, Kota Kinabalu lebih kurang setahun yang lepas. Satu pemandangan yang begitu kontra.

Jauh ke arah laut sana, mata kita disaji dengan bentangan air laut berwarna biru dan pasir pantai yang putih dan halus sehalus kulit aku. Manakala di bawah teduhan pokok di sebelah darat sini iaitu beberapa puluh meter dari kedai cenderamata, elok tersusun beberapa bom lama.

Tak pasti pulak bom ni dari pihak mana sebab masa aku belek tu, takde pulak tertulis `Made in Japan' atau `Go die fucking Japs!' kat bom tu. Lepas tu kat sekitar tu pun takde pulak didirikan tugu atau batu tanda mencatatkan sejarah dan perkara yang ada kaitan dengan bom-bom tu. Kalau ada, mungkin aku yang tak perasan kot.

Biasa la, macamana nak perasan kalau kat depan mata ada banyak lagi hidangan mata yang lebih memukau...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. kah kah kah..
    mata kau dah asyik tertumpu kat dugong bersantai aja...

    kepala kau mmg sentiasa botak?

    ReplyDelete
  2. apa nak panggil kau, eh.
    smbotak, adik aku pun pantang rambut tumbuh, mesti dia licinkan balik. err..dia sektor gomen. tetibe teringat entry kau yg pasal etika pemakaian tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. member study panggil botak, kat ofis panggil nama betul. aku pasti adik kau pun kacak, bergaya, menawan, bijak, bersopan. orang botak memang macam tu...

      Delete
  3. Masa g p.manukan tak perasan pulak menda ni.

    Utk tak terganggu pandangan, saya ajak suami g tempat yg takde mereka..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu kebanyakan tempat memang ada...

      Delete
  4. rezeki mata. eh eh.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, sekali imbas memang la rezeki...

      Delete
  5. Teringat kunjungan ke Langkawi 2 tahun lepas. Tiba2 ternampak 2 mek salih tak pakai baju. Jln depan kita selamba aje. Anak2 lelaki pejam mata (buat2 pejam mata aje kot). Mcm la ini negara depa....

    ReplyDelete
  6. masa ke manukan haritu pon ada nampak benda ni..nak amek gambar tak sempat sebab dugong2 berpeleseran di tepian bom2 ini..so tengok jer la..hihihi

    ReplyDelete