Jerebu Yang Buat Aku Nampak Hensem

20
7:47 AM


  • Hari ni sekolah kat Selangor dan KL diisytiharkan cuti. Bukti yang menunjukkan paru-paru orang dewasa lebih bardaya tahan melawan jerebu berbanding kanak-kanak. Tapi yang cikgu-cikgu ni jangan suka sangat, tu cuti berganti tau!
  • Kalau aku pakai macam ni masuk town, ada kebarangkalian kena soal dengan pak polisi. Yela, kan baru-baru ni KPN bagitau yang majoriti penjenayah tu adalah penunggang motosikal. Sebab tu timbul cadangan nak larang penunggang motosikal yang hensem macam aku ni masuk kawasan tertentu kat town sana. Abis tu perogol dengan orang yang main rasuah tu ramai naik moto jugak ke?
  • On the way pergi kerja tadi, ada sorang penunggang kurang hensem berhenti tepi jalan. Tak tau sebab apa, takkan sebab letih kot. Tapi yang bijaknya, dia lepak tepi highway tu sambil kat tangannya ada rokok. Terbaik bos! Nak hisap rokok kat luar time macam ni, tak payah nyala. Bukak mulut luas-luas pun dah rasa macam hisap keretek.
  • Malam tadi Arab bagitau, tengah jerebu macam ni pun ada jugak golfer yang turun kat tempat dia kerja. Diorang ni spesis alien ke apa?
  • Alamak, hari ni brader yang jual sarapan kat sebelah Petronas (lokasi sebenar dirahsiakan sebab sedap dan banyak) tak berniaga pulak. Nampak tak permainannya kat situ...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

20 comments:

  1. - Maybe org dewasa nak2 perokok dah imun dgn bau2 asap kot? Klu cuti, lemaklah!
    - Town mane tu? Ye ke? Aku tatau pun. Klu mcm tu, aku suh laki aku berjaga-jaga sbb die pun penunggang kerengga gak.
    - Bukan terbaik tapi terbodoh. Maybe dia frust bercinta. Tu yg nak mati cpt kot?
    - Yg ni pun, spesis nak mati cpt. Frust gaklah tu kot?
    - Aku rs, selagi ko berahsia. Selagi tulah bro tu tutup kedai. Hahahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa! Rugi la dia, aku ni rutin seminggu paling kurang sekali berhenti situ...

      Delete
  2. Benda baik jangan dirahsiakan.... Mari kongsikan bersama dimanakah lokasinya itu? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata orang, "ikan boleh bagi, lubuk mintak maaf." Hehee...

      Delete
  3. yang kelakarnya cikgu tak tau selangor cuti, kelakar betul laa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih gigih. Ada harapan dapat cemerlang ni...

      Delete
  4. Ceh..main rahsia2 pulok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ingat, lain kali aku cerita...

      Delete
  5. Ironi kalau perokok tegar komplen pasal jerebu kan...
    apa maksud kau ada 'permainan' oleh brader jual sarapan tu?
    Naik motor ke bro time2 jerebu ni...naik kereta la bro...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Permainan..." tu kira macam tag line la. Naik kereta sakit jiwa pulak...

      Delete
  6. yer betul, ada jugak yg main golf time macam ni.. tak pahammm.. tak pahammm....

    ReplyDelete
  7. klu camtu kena jerebu selalu la ye, baru leh nampak encem..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya kalau terlebih hensem ni, iman tipis...

      Delete
  8. Hari ini jerebu mulai memenuhi ruang angkasa Pulau Pinang. Harap-harap taak sampai ke tahap dharurat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca berita semalam, sebahagian perak ada terjejas sikit...

      Delete
  9. blog lama sudah berkubur???

    bro perokok tegar kalau dah sanggap tak kira cuaca. asal bulih aje janji dapat sedut asap berbayar tanpa mengira faktor persekitaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asap free tu, untung. Rokok pun baru naik harga...

      Delete
  10. musim jerebu, semua orang nampak henskem.

    :p

    ReplyDelete