Ketemu Tuhan Di Tombot

8
8:02 AM
Masa aku kecik-kecik dulu, antara tempat yang jadi topik perbualan kami adalah tombot. Dikhabarkan, kita boleh jumpa macam-macam benda kat situ.  Macam-macam tu maksud aku bukan la seperti kita nak mengadap dengan jin lampu ajaib. Apa yang terlintas dalam kepala, petik je terus tubik depan mata. Bukan, bukan gitu.

Macam-macam tu kebanyakannya adalah benda-benda yang kita tak jangka langsung. Contohnya kalau basikal kita dah rosak dan kita pergi tombot tu dengan harapan dapat la jumpa spare part basikal atau palig koman pun dapat jumpa sebijik basikal terus. Tapi berkemungkinan kita cuma jumpa set pinggan mangkuk yang dah sompek sana-sini. Memandangkan kita mungkin datang bukan pada masa yang sesuai.

Yang paling best aku pernah dengar, ada kawan aku cerita dia jumpa kereta control yang dalam keadaan baik. Tak tau la sama ada dia kencingkan semua orang sebab nak nama naik atau pun memang betul-betul.

Aku pun pernah pergi sekali, tapi apa yang pasti aku tak jumpa apa-apa. Yang aku dapat cuma haruman menusuk hidung sejak beberapa kilometer jauhnya...

~~~~~


Setelah aku selesai menonton dokumentari terbitan BBC ni, pandangan aku mengenai tempat yang kami panggil tombot satu ketika dulu sedikit berubah. Berubah kerana aku dapat rasakan yang sememangnya tombot ni bukan sahaja menjadi tempat penjarah nafsu macam kami dulu, tapi jugak tempat sebilangan manusia kerdil meneruskan survival diri sendiri dan keluarga.

Begitu juga dengan Wilder. Kerjaya yang dia miliki di UK sana sama sahaja dengan apa yang dijawat oleh Eiman di kota Jakarta tetapi atas banyak sebab, segala-galanya tampak jauh berbeza.

Apa yang Wilder kecapi hasil kerjanya mengutip sampah dengan trak serba canggih dan selesa adalah keluarga yang dapat meneruskan hidup serba sederhana dan selesa. Tetapi tidak bagi Eiman. Eiman terpaksa melakukan berkali ganda lebih daripada itu hanya untuk memperolehi sesuatu yang amat kurang dan terbatas.

Jadi, apa sebenarnya yang telah dia temui di atas longgokan sampah warga kota Jakarta itu? Tuhan. Dia telah menemui Tuhan di sana...

~Faham tak maksud aku ni?
~Dah, aku nak cuci kereta. Hari ni dan esok ada jemputan walimah. Kereta mau berkilat, wajah mau manis...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. Betul tu, tuan.

    Wajah mau berseri walaupum tembam. Hati mau bersih.

    Walau di tombot atau Jalan Pintal Tali ( agaknya kalau di Penang ) atau Memory Lane ( kalau di Ipoh ), rezeki halal.

    Di pejabat besar dan mewah, belum tentu gaji pekerjanya sebersih mereka di Tombot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa, tak hensem pun takpe janji manis mau ada...

      Delete
  2. Tombot ni bahasa apa sebenarnya bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti. tapi zaman budak2 dulu perkataan ni memang biasa...

      Delete
  3. Dari pemahaman saya..tombot tu tempat buang sampah ya?
    Tak penah dengar.

    ReplyDelete
  4. Itulah namanya suci dalam debu....
    Dalam debu ada kesucian, sedang yg nampak suci dan tulus mulus mungkin dipenuhi debu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada kaitan dengan lagu iklim tu kot...

      Delete