Ketiduran

16
6:04 PM
Duduk semeja dengan dia, orang yang dah lama aku kenal sejak zaman belajar dulu. Ketika itu kami berada di sebuah kedai nasi ayam yang aku tak berapa ingat kat mana. Sama ada aku ni seorang pelupa atau pun nasi ayam kat situ memang tak sedap. Jadi, tak payah la aku nak ingat.

Sementara menanti pesanan tiba di atas meja, dia memulakan bicara. "Aku sebenarnya tak berapa suka makan kat sini. Sebab dia punya tempat serve tu kat dalam. Tak nampak, tak tau macamana cara diorang sediakan makanan dengan air minum".

Memang, dia yang aku kenal adalah seorang lelaki awal 30-an, berasal dari Kuantan. Agak cerewet dalam sesetengah perkara seperti soal kualiti makanan (kesedapan dan kebersihan) dan kerja. Pernah dia menitikkan air minuman dari straw ke atas meja semata-mata nak menunjukkan air sirap yang dipesannya itu terlalu pekat. Dan menjadi kebiasan jugak kerja yang aku submit kepada dia terpaksa aku amend beberapa kali semata-mata untuk memuaskan hatinya.

"Ha, tu dia. Dah siap pun nasi ayam kita..." Kata aku seakan membalas.

*
*
*
*
*

Bila aku bukak mata, rupa-rupanya dah dekat setengah jam aku terlelap. Si Syed kawan aku tu pun entah-entah tengah sibuk kat Temerloh sana. Nasi ayam yang sebentar tadinya ada kat depan mata, kabur entah ke mana. Yang ada cuma monitor 15", keyboard usang dan juga persekitaran yang setiap hari aku hadap.

Cis, natang. Aku mimpi rupanya...

Bingkas bangun, aku pun melangkah ke tandas untuk mengangkat wudhu'. Zohor dah masuk wei!

*tidur sebentar waktu tengahari kalau kat ofis adalah perkara biasa pada aku...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. Ofis saya adalah tempat pelalu lalang. Justeru, sementara tunggu Zohor, tidur di surau.

    Elok ke gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik. Itu pun antara port paling common. Sementara tunggu takpe, jangan terlajak terus sudah...

      Delete
  2. hehehe....saya pon selalu tidor sekejap tengahari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas bangun, lebih cergas...

      Delete
  3. Ketika di ofis waktu rehat 1-2 ptg, saya mesti cuba lelapkan mata dlm setengah jam...Rasa puas walaupun cuma terlelap seketika...

    ReplyDelete
  4. huhuhu~ seronok bce entri ni..bgui r keja opis

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lagi suka kerja luar...

      Delete
  5. Elokla tu..qailullah. Dpt pahala sunnah.

    ReplyDelete
  6. err..aku baru perasan bumi bukan sfera dah jadi jiwa merah jamb.. wow wee.. tu jgn lupa jemput aku. tak kira. jemput jugak!
    maaf, tuan blog, tak komen ikut entry..

    oo..patutla, aku asyik dgr org berdengkur sebelah cubicle aku. ko rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, jemput? (garu kepala)

      Delete
  7. Menjadi insan yg terlalu cerewet ni, kadangkala susah ...Itu salah, ini salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia antara orang paling cerewet aku pernah kenal... (walau pun ada positifnya)

      Delete