Lontong Tak Lodoh

13
8:14 AM
Pagi Jumaat hari tu, sebelum sampai ofis sempat jugak aku melencong sekejap ke area Bukit Angkasa semata-mata nak usha-usha kalau ada benda yang menarik untuk aku buat sarapan. Ini gara-gara aku tak puas hati dengan lontong yang aku beli kat Dengkil dua hari sebelumnya. Lontong kat Dengkil tu walau pun harganya memang standard untuk orang tak kaya macam aku (RM3 sebungkus), tapi rasa sangat-sangat kureng. Tak puas hati aku.

Selepas menyusur jalan naik bukit dari Petronas (simpang Jalan Bukit Angkasa - Lebuhraya Pantai Baru), aku sampai ke traffic light pertama. Macam biasa dan seperti dijangka, trafik agak sibuk jugak tapi tak la sampai sesak. Sesedap rasa orang kabor. Kat situ, gerak hati aku bagitau aku perlu membelok kiri ke arah deretan kedai-kedai yang kebanyakannya belum bukak. Huh, dasar peniaga!

Sebaik aku membelok, aku pun terus mengikut gerak hati aku yang suci lagi bersih ni. Sesuci titisan embun di kaki Gunung Kinabalu, tanpa dicemari zarah-zarah jerebu dari negara jiran.

Beberapa saat berselang, ternyata hati aku telah membisik dengan tepat sekali. Di penghujung jalan sebelum selekoh kanan yang aku tak tau ke mana arah perginya, ada satu lagi simpang ke kanan yang aku pun tak pasti jugak ke mana. Ada satu kedai makan betul-betul terletak kat simpang tu. Nama kedai aku dah lupa. Tapi apa yang aku ingat, ada tiga buah kereta diparkir di kiri jalan (bertentangan dengan kedai tu) dan jugak deretan motosikal yang setara dengan belalang tempur aku.

Aku pun ikut parking di celah-celah motosikal tu. Bila masuk, aku dah terbau satu hidangan yang aku kenal sangat-sangat. Tu dia!

"Dik, lontong ada? Kalau ada, bungkuskan satu..." Tanya aku dengan muka macho kat minah yang jaga bahagian mee goreng, nasi lemak dengan lontong.

Peta dari Google Map. Koordinate, aku malas nak bagi. Kalau berminat, cari la sendiri kat mana tempat ni.

Harga tu kira ok jugak la. RM3.50 sebungkus. Kalau makan situ mesti lebih sebab kena order air sekali. Takkan nak makan je taknak minum pulak. Ohya, mamat yang jaga kaunter bayaran ni muka dia sebijik macam Sazali Samad. Cuma badan je yang tak cukup kilogram. Tapi muscle sesedap rasa la, cukup kalau nak buatkan awek-awek menoleh untuk kali ketiga.

Sampai kat ofis, dengan rasa bangga aku pun bukak bungkusan lontong tu dan tuang ke dalam mangkuk. Bangga beb sebab aku sorang je kat situ yang bawak bekalan sarapan yang lain daripada orang lain.

Sila jangan terpedaya dengan warna kuah lontong ni.

Dengan lafas Bismillah dan doa makan tanpa ucapan makna dalam Bahasa Melayu, aku pun suap ke dalam mulut. Perasaan bangga masih terasa di dalam sanubari tatkala ketulan nasi bersalut kuah menyentuh hujung lidah aku. Pergh...!!!

Komen ikhlas:
-Saiz hidangan yang cukup mengenyangkan perut aku sampai petang, berbaloi dengan harga. Satu bintang.
-Sambal kacang kurang syok sebab tak pedas, tapi kepekatannya sederhana. Setengah bintang.
-Kandungan sayur lodeh tidak keterlaluan jumlah variasinya. Aku rasa dalam empat jenis je kot. Satu bintang.

Tetapi:
-Kuahnya walau pun kuning berkilauan, tapi tak kaw! Kuah lodeh ni berjaya menipu aku secara visual. Tiada Bintang.
-Sayur kacang dan kobis masih segar, macam baru lepas dipetik. Agak raw. Sepatutnya sayur dalam hidangan yang dinamakan lontong ni mestilah lodoh. Dan itulah yang membuatkan lontong ni sedap pada aku. Tetapi lodoh yang tidak keterlaluan.

Kesimpulan:
-Nah, ambik la dua setengah bintang.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

13 comments:

  1. ya Allah..
    kelaparannyee..

    lontong fav..!

    tak suka lontong dgn kuah kacang..
    prefer sambal tumis kot..!

    slurp..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, pada aku pun lebih suka dilawankan dengan sambal tumis...

      Delete
  2. Amat amat sukar nak cari kedai di luar Johor yg menjual lontong yang sedap/5 bintang..

    Kau pernah makan lontong kering?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lontong kering adalah fav ai! Sesapa org Johor tatau n x makan, mmg bukan org Johor le....hehehehe!

      Delete
    2. lontong kering? badan aku pun dah kurus kering. jadi tak berapa nak `into' sangat. lebih suka berkuah...

      Delete
  3. Kesian sambal kcg...dpt setengah bintang je.

    Mujur dekat area rumah saya ni jumpa kedai yg sdp2 masakan dia...agak teringin tapi malas masak bolehla cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setengah bintang sebab nak ambik hati je...

      Delete
  4. sepanjang hidup, rasanya macam belum pernah jumpak lontong yang amatlah sedap. paling sedap pun, masih ada kekurangan rasanya..
    lodoh tu apa? adakah layu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda simple, tapi bukan senang nak bagi balance semua. haah. layu, overcooked dan yang seangkatan dengannya...

      Delete
  5. Beb, aku masih berpuasa. Tapi sejak akhir2 ni, ko suke benor tayang gamba makanan kan? Arghhhh! Ni yg bt aku nak cri lontong bt berbuka t tp ade ke beb? Ade ke? Arghhhhhhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. puasa? sebab tu la aku saje nak tayang. lontong ni pagi senang la nak cari. tapi kalau petang baik buat sendiri je...

      Delete
  6. I LIKE LONTONG.. HEHEHE

    ReplyDelete