Nasi Lemak Punch Card

12
12:09 PM
Dulu, dalam tempoh sebulan ada la sekali atau dua kali aku ditawarkan oleh Tuhan dengan peluang keemasan. Peluang yang jarang sekali semua orang dapat, walau pun bagi golongan pekerja pejabat tegar...

...iaitu makan percuma waktu pagi mengikut selera sendiri. Cuma kat sini aku menolak sedikit kelebihan dengan hanya memilih satu jenis makanan sahaja, nasi lemak lauk paru. Tak kisah la sama ada sambal paru atau yang goreng. Asalkan paru. Bukan selalu pun dapat makan free macam ni. Dan apa yang aku suka, seboleh-bolehnya dia akan mencarikan aku nasi lemak yang terbaik. Terbaik bagi aku dari segi kuantiti (besar) dan kualiti (sedap).

Namun, sesuatu nikmat itu tidak datang dengan percuma, Pasti akan ada ganjaran atas sesuatu yang aku kerjakan.

Sms "Tolong ketuk" akan aku reply dengan "Orait, macam biasa ha..."

...tapi tu dulu. Sekarang dia dah pindah ke cawangan lain. Jadi, dah takde lagi la orang yang nak sponsor aku nasi lemak percuma pagi-pagi. Sigh!

~Wei Mail, apa cerita ofis baru?

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Tolong ketuk atau tolong ketik...? Hahahaha nasi lemak = punch card rupanya. Tapi tak apalah sesekali buat cam tu..kalau selalu risau jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini kami sebut `ketuk' je...

      Delete
  2. Kalau dah nak hampir2 merah, boleh la demand nasi lemak lauk paru, rendang ayam ..bungkus teh tarik sekali...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah mintak nasi ayam, tapi dekat tengahari baru sampai!

      Delete
  3. hehehe...saya masih tak berani nak wat cenggitu....sebab tempat punch card dipasang camera..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cctv dummy je kot. saje nak menakut-nakutkan...

      Delete
  4. assalamualaikum,

    selamat pagi semua...

    nasi lemak biasa satu, teh tarik kurang manis satu...

    ReplyDelete
  5. amboi.. kalau dah banyak kali, kena nasi lemak lauk sotong dengan ayam la.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru terfikir, dia dah pindah ofis lain pulak...

      Delete
  6. InsyaAllah, esok pagi IM pi riadah kat Tasik Mengkuang. Balik singgah kat restoran Semarak pekena roti canai dan Radix...

    Nasi lemak? Jarang makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau agak2 tengahari tak makan, memang patut pekena nasi lemak ni...

      Delete