Perempuan Syaitan?

10
4:06 PM
Dua minggu lepas, dalam minggu budak-budak sekolah sibuk bercuti, aku pun ikut menyibukkan diri kat i-City semata-mata nak bawak pakcik aku sekeluarga membuang masa kat situ. Ya, i-City. Salah satu tempat yang tak berapa gemar aku nak pergi. Jalan masuk yang sesak satu hal, nak masuk parking yang berbayar dua hal, ramai orang tiga hal, kena ada duit dalam poket empat hal. Tambahan pulak musim cuti sekolah. Hal-hal yang tak berapa aku gemar tu dah berkali-kali ganda menyerabutkan kepala botak aku.

Walau apa pun, sebagai anak buah yang macho, aku pun layankan aje la famili yang datang dari jauh tu. Sementara diorang masuk dalam dunia sejuk artificial, aku pulak berhajat nak melayan ferris wheel. Ferris wheel yang tak berapa nak wheel sangat sebab aku terpaksa beratur dalam barisan yang agak bercelaru. Entah yang mana ekor, mana badannya.

Tiba ke satu cabang barisan yang bercantum menuju ke platform, aku terdengar satu pertengkaran kecil antara seorang lelaki cina dengan ssorang perempuan tomboy. Puncanya, perempuan tomboy tu mendakwa lelaki cina tu (dengan dua orang lagi kawan perempuannya) memotong barisan. Pada aku dua-dua betul, dua-dua salah. Benda sikit punya hal pun nak kecoh. Kalau salah sorang mengalah, tak sampai 15 minit dah sampai platform.

Dan dalam pertengkaran kecil tu aku tertarik dengan satu ungkapan dari mulut lelaki cina tu iaitu "perempuan syaitan". Hahahaaa! Memang aku tak sangka pulak yang perkataan tu boleh tubik dari mulut seorang yang bukan melayu. Fasih pulak tu. Tepat sebutannya, jitu dan tak teragak-agak.

Sampai hari ni, aku akan tersengih tiap kali teringatkan pertelingkahan kecil yang berlaku depan mata aku tu.

~Maaf, mungkin tajuk entri agak provokatif. Tapi ini la tajuk yang paling sesuai aku dapat fikir.
~Aku tak bermaksudkan salah seorang mereka tu betul, sebab kedua-duanya memang bersalah!
~Salam Jumaat semua...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Tapi Malaysian mmg tipikal, tak geti nak beratur. Aku kena dulu masa kat tesco..mmg org lain gigih beratur panjang, tau tau ada ahsoo ni selamba cut line aku. Memang aku sound la...Lepas aku sound, org2 lain di belakang aku pun join sama sound sekali...wakakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kena secara berjemaah tu yang syok...

      Delete
  2. haha haritu ada 1 perempuan cina cuba membuat aksi memotong line masa kat kfc one utama. ku jeling-jeling dia lalu masuk line balik...masaalah betul dengan manusia yang suka potong line ni....haih!

    ReplyDelete
  3. bes ke botak? aku baru nak gi esok..
    sila beri pandangan di twitter takut aku tak sempat belek blog kau balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa aku pergi, serupa hell. Traffic jam!

      Delete
  4. hal kecik pun tak nak mengalah ke..ish ish

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela, sikit punya hal ma...

      Delete
  5. Teringat panggilan Hizbut Syaitan kepada puak yang mengaku Hizbullah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menggelarkan orang lain dengan nama tak elok menunjukkan siapa kita sebenarnya...

      Delete