Solat Pertama Dan Terakhir?

13
8:02 AM
 
Macam biasa, lokasi rahsia. Kalau rajin, cari la sendiri.

"Dah berapa puluh tahun umur surau ni?" aku tanya.

"Eh, sejak sebelum aku lahir lagi la..." jawab dia dengan yakin. Aku pun ikut yakin jugak walau pun sedar tak mungkin kita semua ingat apa yang berlaku masa umur kita nak masuk empat atau lima bulan. Umur dia sekarang dalam pertengahan 50-an. Dan mengikut kiraan kasar kami, mungkin jugak surau ni berusia dalam lingkungan 70 hingga 80 tahun kot. Kot...

Sebelum balik semalam, sempat jugak aku solat zuhur kat dalam surau yang 90% binaannya diperbuat daripada kayu ni. Selesai solat, aku pun tinjau-tinjau la keadaan sekeliling. Dari bucu mihrab sampai la ke celah-celah tiang kayu.

"Ha, kau tengok tu. Ambik gambar dari sini, baru nampak tiang yang condong ni. Nak katakan, semua la tiang ni condong." arah dia sambil menunjukkan jari telunjuk ke sana ke mari. Aku buat-buat sengih, menambahkan lagi kehenseman dan kesucian yang jelas terpancar kesan daripada wudhu' yang masih berbaki, usai solat zuhur berjemaah dengannya.

Ni bukan sebab kamera. Tapi memangg tiang tu yang condong.

Memang betul pun. Kalau nak diikutkan, surau ni pada aku memang dah patut dirobohkan. Bahaya tu, sana-sini dah dimakan anai-anai. Lantai pun dah ada yang berongga. Silap haribulan, belum sempat angkat takbir pertama solat sunat Aidilfitri, dah roboh. Tak ke naya?

 Satu daripada lapan tiang asal. Terpaksa disokong dengan tiang tambahan.

 Tiang asal jugak.

Jangan pelik, memang hampir semua tiang pernah jadi tempat permukiman anai-anai.

Mujur cat yang meliputi dinding bahagian luar dan dalam masih lagi sempurna. Ini sebab masih ramai lagi ahli qariah kat sini yang sudi ambik port pasal suaru ni.

Sekarang, ahli-ahli jawatankuasa surau ni sedang dalam usaha mengumpul dana untuk membina bangunan surau yang baru. Seratus peratus baru, di atas tapak surau yang asal ni. "Agak-agak, berapa anggaran kasar kos nak bikin surau baru ni ikut pada design yang dah terbayang dalam kepala?" tanya aku.

"Mungkin tak lebih 300 ribu la. Tu pun banyak buat sendiri je." jawab dia lagi. Aku cuma mampu mengangkat kening sambil dalam hati berdoa supaya cepat la masalah dana ni selesai. Kalau takde halangan, mungkin semalam adalah kali pertama dan terakhir aku bersolat kat surau tu.

Dan satu masa nanti, bila aku lalu atau singgah lagi sambil beriqtikaf dalam surau (yang baru) ni, aku akan terbayangkan surau berdinding kayu, berwarna hijau luar dan dalam. Hmm, kenangan tu.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

13 comments:

  1. pernah solat di surau lama lebih kurang cam gini..terasa lain perasaannya bila solat tu. Moga usaha mereka dipermudahkan-Nya.

    *ayat takleh kalah..'hensem..suci..kesan wudhuk'. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la, dia punya dingin lain macam je...

      Delete
  2. Hehehe..... Yer lah... Suci kesan wuduk ye... Anita sarawak sangat tau... Kih kih kih....

    ReplyDelete
  3. Hehehe..... Yer lah... Suci kesan wuduk ye... Anita sarawak sangat tau... Kih kih kih....

    ReplyDelete
  4. Surau di taman perumahan aku, kos nak bina tahun lepas aja makan 1.3 juta...tu surau tu...ber-aircond, glass wall...Utk surau yg uzur ni, elok la dipercepat pembinaannya..Dan mungkin kau boleh uar uar kan di blog ni, sumbangan utk pembinaan surau ni...boleh la bloggers masukkan sumbangan ke akaun pembinaannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surau ni kecik je, atas wakaf 70'x60'. Sesiapa yang berminat, sila bagitau. Akan aku majukan kepada kawan aku, orang kuat kampung tu.

      Delete
  5. bahaya tu kalai tiang dah dimakan anai anai.... luar maybe nampak ok tapi bhgn dalam takut dah rapuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal, kawan aku pun tak yakin dapat ke tidak tampung jemaah solat raya karang...

      Delete
  6. memang bahaya dah tu...sekali budak2 sepak tiang tu mau runtuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 kat sini tertib kot...

      Delete
  7. AMAT BAHAYA.. ANAI-ANAI MAKAN DI DALAM.. TAHU2 ROBOH JE NANTI.. MINTA DIJAUHKAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap takde yang buruk berlaku...

      Delete