Aku dan Udin

10
10:50 AM
Kami berdua cuma terkebil-kebil memerhatikan wajah Wak Nasiman bercerita. Tiga lapis batu-bata yang disusun menjajar dari pintu pagar menuju ke hadapan pintu masuk rumah Wak Nasiman bergoyang-goyang menerima beban dari punggung aku dan Udin. Sambil bercerita, tangan orang tua itu tak henti-henti mengagah-agah ke udara. Tak ubah seperti wayang kulit terpelanting ke udara.

Petang itu pulang dari sekolah agama, kami singgah sebentar untuk mendengar cerita Wak Nasiman. Veteran taman perumahan kami. Dia yang tinggal bersama dengan anak sulung dan menantu lelakinya adalah antara orang kuat di situ. Walau pun badannya kurus kering hingga menampakkan semua bilah-bilah tulang rusuknya, dia sering menjadi teraju utama dalam kebanyakan program surau atau kenduri-kendara.

Aku masih terkebil-kebil, dan Udin pulak lebih hodoh lagi. Duduk nongkrong sambil mulutnya terlopong luas...

"Pernah satu masa dulu kat dalam hutan Segamat sana, peluru wak dah habis. Kawan-kawan pulak ramai yang dah mati. Daripada dua belas orang, cuma tinggal lima ke enam orang je. Askar Jepun pulak makin ramai. Ada yang datang berlari, ada yang berjalan. Yang muncul dari celah-celah pokok pun ada. Ada yang badan kecik macam tikus, ada jugak yang besar macam beruang.

Tapi wak sikit pun tak takut. Daripada ramai-ramai yang datang tu, lebih separuh wak dapat kalahkan. Dengan tangan kosong je tau!" Cerita Wak Nasiman penuh keterujaan.

Esok paginya, dalam perjalanan menuju ke sekolah kebangsaan... "Udin, kau percaya tak cerita wak semalam?" Tanya aku pada Udin. Kawan baik aku sejak tadika sampai la masuk darjah empat.

"Tak." Jawabnya ringkas.

"Apasal pulak? Kan dia tu memang bekas askar." Aku cuba mendapatkan hujah Udin. Kadang-kala, otak si Udin ni bijak sikit daripada makcik kantin sekolah. Dia la yang ajar aku macamana nak makan dua bijik epok-epok tapi dengan bayaran sebijik je.

"Nak percaya macamana, tengok la dia tu. Umur dah ganyut. Badan kurus kering. Gigi dah banyak rongak. Nak berlari pun lutut menggigil. Tak logik la kalau lawan orang Jepun tangan kosong je. Kau tak tengok ke, kat Jepun sana diorang lawan raksasa besar bangunan selamba je..." Ringkas, padat dan padu hujah Udin kali ni. Tak sia-sia tiap-tiap hari aku pergi sekolah dengan dia.

"Betul jugak tu." Aku mengiakan sambil tersenyum bangga sepanjang perjalanan pulang.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. hahhahaha.. tak tahan nk gelak. kelakar giler si udin ni

    ReplyDelete
  2. WAK TU PAKAI ILMU GHAIB TU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah kat mana dia menuntut agaknya...

      Delete
  3. Hahahaha.... Itu pemikiran zaman dulu kan. Sekarang ni percaya dak cerita wak tu? Keh keh keh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang sekarang pun masih ramai yang percaya cerita2 mistik ni...

      Delete
  4. Teringat aruah ayah saya, badan kurus sekurus2nya, tapi makan nasi 3 pinggan baru kenyang. Walau badan kurus tapi tenaganya sangat hebat, boleh angkat seguni padi 70 kilo dgn selamba saja, sedang saya yg bertubuh 2 kali lebih besar darinya termengah2 bila buat kerja berat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat kampung2 saya masih dapat tengok trend macam ni. makan pagi yang berat2, nasi putih yang berlauk, sama macam orang bandar punya makan tengahari. mungkin sebab kerja mereka yang banyak gunakan tenaga.

      Delete
  5. bukan mustahil cerita wak itu benar. di zaman mudanya mugkin dia seorang yang hebat ilmu dalaman. kita manusia ni memang mudah membuat penilaian melalui apa yang dilihat sekarang.

    kalau IM cerita kat cucu IM bahawa IM dulu pernah daki Gunung Tahan, redah sungai Tembeling atau puluhan kaki daki bukit bendera, mungkin mereka pun tak percaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa tu. persepsi kita mudah dipengaruhi oleh pandangan luaran yang kadang-kala menjurus kepada tanggapan yang salah.

      Delete