Amaran Dalam Soodhu Kavvum

24
2:00 PM
Soodhu Kavvum
Featuring a quirky gang of four, this comedy noir depicts a kidnaping gone wrong and what transpires in the 48 hours, these thugs have to outwit the law.

Perasan tak kat sebelah bawah kiri skrin tu (yang lebih kecil daripada subtitle) ada semacam teks amaran. Sebenarnya teks tu kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu akan jadi "Amaran, merokok membahayakan kesihatan".

Satu perkara yang aku respek dengan filem tamil sekarang (filem dulu takde benda ni), mereka akan letakkan tanda amaran setiap kali ada babak merokok atau pun menonggak minuman keras. Tak kira la walau pun shot dalam babak tu cuma beberapa saat je, tetap akan dipaparkan jugak.

Kalau pelakon tu minum sambil merokok, dua-dua tanda amaran tu akan tubik. Aku 90% yakin tanda amaran ini adalah memang original dan bukan disediakan oleh Asstro. Ok la tu, sekurang-kurangnya ada jugak usaha mereka walau pun sedikit nak memberitahu yang benda ni ada kesan negatif. Nak harap drama/filem kita? Hehee, jangankan babak menonggak atau merokok, babak yang tunjuk orang berzina pun selamba je boleh lepas.

Apa pun, aku sukakan filem yang berdurasi cuma lebih kurang 2 jam 10 minit ni. Sebabnya pelakon utama (yang berjambang tu) berlakon tak serupa hero langsung. Macam bengong. Pegawai polis yang ada tempoh 48 jam untuk tangkap diorang ni pun sama je. Takde rupa jahat, takde rupa baik. Ganas tapi bebal sebab pada penghujung filem ni wataknya tamat di atas katil hospital sebab tertembak bontot sendiri. Hahahaa! Cerdik betu la...

Aku rasa, aku nak bagi 4 bintang untuk filem ni sebab dalam filem ni semua watak boleh dikira sebagai watak baik, tapi pada masa yang sama semua mereka ada melakukan kesalahan. Tambahan lagi, filem ni dah `mengecewakan' aku dengan anti-klimak yang macam harom. Langsung unpredictable!

Watak hero meneruskan kerja menculik secara kecil-kecilan dan akhirnya tetap jugak terperangkap dengan strategi sendiri. Anak menteri yang jadi punca semua masalah, menang pilihanraya dan gantikan tempat bapak dia sambil meneruskan kerja-kerja berjoli sakan. Ketua penjahat (abang kawasan) kat situ pulak semakin galak dengan kerja-kerja membikin filem berbajet rendah.

Oh, dunia dunia... Nampak tak permainannya kat situ?

~Entri ke-18 dalam bulan ni. Fuh, nyaris tu!!!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

24 comments:

  1. DULU PERNAH AKU PERASAN DRAMA MELAYU PUN ADA SEKEJAB, PASTU DAH TAKDE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan, walau pun usahanya nampak kecil tapi tetap perlu ada...

      Delete
  2. best eh cerita ni? kalau best boleh la cari kot2 boleh tengok on9..huhuhu
    ~~rumah tadak aseterok... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. best bro! online, susah sikit nak cari...

      Delete
  3. Oh..ada gitu ya. Bagus! At least ada usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik daripada takde langsung...

      Delete
  4. x penah tengok citer tamil.,uhuUU

    ReplyDelete
  5. Utk drama Melayu/filem Melayu yg ada babak perempuan berpeluk dengan lelaki, aku harap akan adalah amaran kecil sebegini di bawah skrin:

    " Awas, memegang/bersentuhan dengan bukan muhrim adalah berdosa,apatah lagi memeluk! Dosa hukumnya neraka, bukan penjara dunia"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, penuh skrin dengan teks sebab ada banyak perkara terlarang...

      Delete
  6. Tak pernah tengok cerita Tamil sampai habis seumur hidup walaupun di zaman nama mendiang MGR sdg meletop. Kalau tengok pun cerita Tamil tengok tak habis di kedai gunting rambut. Cerita Tamil mesti ada adegan lawak bodoh ke? Sebab secara kebetulan cerita Tamil di cinema gunting rambut tu semuanya ada adegan sebegitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka sebab diorang lebih jujur berbanding filem kita...

      Delete
  7. aku mmg salute filem tamil...realiti hampir tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part menyanyi je yang tak tepat langsung...

      Delete
  8. adoiiii.tertembak bontot sendiri?

    dgr pun dah lawak...wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka serius, bukan pelakon komedi tapi cara kena tembak memang syahdu...

      Delete
  9. haha.. dulu aku pon pernah gak layan citer tamil. sbb citer dia mcm poyo dan bengong2 sikit.. mcm sivaji the bos pastu cite yg rumah berhantu yg dah rasuk penghuninya tu(tak ingatlah tajuk). lawak mcm citer thailand yg the bodyguard tu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chandramukhi tajuknya. Dan the bodyguard (yang 1st) tu terbaik. Macam nak gila aku gelak...

      Delete
  10. terbaiklah...moga ada filem kita buat macam nie juga...untuk kebaikan ndak salah bah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah bila dan siapa yang nak mulakan...

      Delete
  11. Compare antara filem tamil dengan hindi, aku suka lagi filem tamil sebab banyak judul-judul filem tamil ni yang bertemakan kisah hidup rakyat marhaen. Manakala hindi pulak, tak habis-habis drama orang kaya yang hidup dalam rumah agam dengan keluarga yang berantakan. Klise sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sebab tu aku suka (bukan semua la) filem tamil...

      Delete