Dua Lelaki Buta Dengan Lagu

10
1:34 PM
Harga sebenar, RM40 untuk satu kepala dewasa dan RM22 kanak-kanak. Tapi memandangkan aku kenal dengan orang yang bekerja kat situ, dengan mudah je aku ayat dia untuk dapatkan separuh harga. Harga untuk family staf kononnya. Jadi daripada RM204 yang sepatutnya dibayar untuk empat orang dewasa dan dua kanak-kanak, kami cuma perlu membayar RM80 sahaja. Power tak?

Pada aku, harga RM20 yang aku belanja untuk berbuka ala kadar dengan kuantiti makanan yang aku ambil cuma sekadar mengenyangkan perut, masih lagi boleh dianggap sebagai berbaloi. Sebab apa?

Yang pasti bukan sebab makanan, tapi sebab kehadiran dua orang lelaki buta ni. Tahun lepas, aku juga pernah sekali berbuka di sini. Dan untuk pertama kali, pada masa tu aku lebih banyak habiskan masa menonton persembahan mereka berbanding duduk di meja sambil mengadap makanan.

Untuk pengetahuan, mereka membuat persembahan sepanjang bulan Ramadhan ni (sehingga 4 Ogos). Dan aku harap, tahun depan mereka tetap mendapat kontrak kat sini.

Sorry, aku tak dapat upload video sebab kualiti audio yang terlalu menghampakan. Bunyi bising dari sekeliling...

Brader, nampaknya lu orang dah ada peminat la. Lagu Keroncong Untuk Ana (M. Nasir) malam tadi memang mantap!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Mmg minat sungguh ni..thn lepas dtg, thn ni ngulang lagi. Mesti betul best persembahan diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, datang bukan sebab nak makan sangat pun...

      Delete
  2. kalau ada permintaan, pastinya tahun depan mereka masih ada lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin. Tapi ada pulak yang ambik kesempatan...

      Delete
  3. BERCAKAP PASAL BERBUKA PUASA DENGAN JUADAH BUFFET YANG AGAK MAHAL BAGI AKU MEMANG 'TAK' LAH. KALAU SEORANG RM30.00, AKU RASAKAN BANYAK MANA KITA BOLEH MAKAN. TAKKAN PULA NAK MAKAN SAMPAI KEMBUNG PERUT.. BAGI AKU SECARA PERIBADI, AKU TAKKAN PEGI MAKAN BERBUKA PUASA YANG MENYEDIAKAN JUADAH BUFFET YANG HARGANYA MAHAL-MAHAL.. LAINLAH KALAH ADA JEMPUTAN MAKAN DARI JABATAN YANG TAK PERLU AKU KELUAR SESEN PUN.. BUKAN KEDEKUT, TAPI BAGI AKU, MEMANG TAKDE KEPERLUAN.

    SEKADAR PANDANGAN PERIBADI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kalau tempat lain mintak maaf la nak pergi kecuali orang belanja macam tahun lepas (tempat sama). ni pun sebab aku dah jadi peminat diorang. hahaa...

      Delete
  4. disebalik kekurangan, ada kelebihannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yang banyak kekurangan ni pulak selalu melebih-lebih...

      Delete
  5. kat mana ni botak?
    aku memang tak boleh makan kat lua sgt sbb lebih membazir byr dari makan. sbb memang jenis mkn sikit. tak berbaloi nak makan kat hotel pun..=.='

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasi? Rahsia, hahaa. Klu ada dalam gambar...

      Delete