Etgar Keret, Yahudi Yang Sukar Difahami

14
8:16 AM

Tajuk : Drebar Bas Yang Nak Jadi Tuhan (adaptasi The Bus Driver Who Wanted To Be God & Other Stories)
Penulis : Etgar Keret (terjemahan oleh Sufian Abas)
Penerbit : Sang Freud Press (Cetakan 2013)
Jumlah Mukasurat : 164 mukasurat (termasuk kulit luar yang cun!)

"Keret boleh buat lebih dalam enam... perenggan dibandingkan kebanyakan penulis dengan 600 mukasurat" - PEOPLE.

Setelah sedikit carian dilakukan, aku dapati bahawa Etgar Keret (20 Ogos 1967) adalah penulis Yahudi yang terkenal dan telah banyak menghasilkan cerita-cerita pendek. Termasuk juga untuk filem-filem pendek. Patut la semua cerita yang ditulis tu berlatar belakang dunia di sekitar tanah Israel sana. Semuanya termasuk nama-nama watak, nama tempat dan acara-acara tertentu yang disambut secara rutin tahunan.

Walau bagaimana pun, aku tak rasa karya-karya yang ada dalam antologi cerita-cerita pendek ni mempunyai `jarum picagari' yang seakan mahu menyuntik cecair fahaman yang condong memihak kepada mereka. Ini jelas ditunjukkan di dalam kisah pergaduhan antara dua askar Israel (Fasukan Khas) yang aku tak faham langsung hujung pangkalnya. Selain itu, kisah seorang anak yang begitu bangga menyarung kasut Adidas buatan Jerman (Kasut) juga membuatkan aku menyenangi keseluruhan cerita-cerita di dalam Drebar Bas Yang Nak Jadi Tuhan ni.

Pada aku secara kasarnya, Etgar menulis dengan gaya yang santai (mungkin juga atas bantuan terjemahan oleh Sufian Abas) dan tidak banyak bersimpang-siur. Semuanya `straight to the point' bak orang kata. Tetapi lebih daripada itu, aku juga dapat melihat banyak kepelbagaian idea. Pada satu cerita aku dapat membaca kisah pertelingkahan anak-anak sekolah yang saling berdendam atas perkara kecil, dan di helaian berikutnya pulak mata aku disajikan dengan kisah ahli neraka yang bebas keluar dan masuk sesuka hati setahun sekali.

Pelik? Bukan setakat pelik, tapi ada jugak cerita-cerita yang aku susah nak faham dengan mesej yang dia nak sampaikan. Macam takde motif pulak. Tapi memang itulah apa yang ada terkandung dalam naskhah ini. Lebih separuh cerita yang disampaikan adalah tidak logik; seperti kisah ahli neraka/syurga (Cenderamata Neraka, Kelar, Paip), kisah malaikat bersayap yang tidak mempunyai kuasa tetapi hanya pandai menipu (Lubang Di Dinding) dan juga kisah tuhan Ibrani yang kerap menjatuhkan bencana tanpa belas ihsan (Wabak Anak Sulung). Tetapi elemen-elemen pelik, kejutan dan jenaka sederhana inilah yang buat aku tak sabar nak meneruskan pembacaan sampai habis.

Antara kisah-kisah yang ada dan kesimpulan pendek aku:

Lubang Di Dinding
~Tak perlu terlalu alpa dan mudah tertipu dengan seorang sahabat yang begitu meragukan perlakuannya.

Uterus
~Belajar menghargai sesuatu yang begitu penting pada kita biarpun kelihatan begitu jijik pada pandangan orang lain.

Kasut
~Melupakan sejarah pahit, dan meneruskan hidup yang mampu dikecapi dengan rasa penuh selesa biarpun melanggar prinsip dan dogengan maruah.

Wabak Anak Sulung
~Cabaran yang sepatutnya tidak disenangi akhirnya akan memperlihatkan kebenaran, yang selama ini diselubungi oleh kebahagian dan ketabahan sebuah keluarga.

Eh, itu je? Daripada 22 cerita, cuma 4 je aku punya kesimpulan? Yela, sebab cerita-cerita lain tu agak susah sikit aku nak tafsirkan dalam bentuk perkataan, walau pun aku dapat menangkap maksud penulis.

Secara keseluruhannya aku sangat berpuas hati dengan buku ni, walau pun terdapat beberapa perkataan kotor. Aku tak kisah dengan itu. Mungkin Sufian Abas sengaja menterjemahkan karya Etgar Keret ini dengan seberapa hampir yang mungkin, semata-mata mahu menjaga originalitinya.

Rating, 4 bintang.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. AKU BACA PUN TULISAN KAU NI PUN SUKAR NAK FAHAM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau baca pun tak faham, aku yang nak terangkan ni lagi la payah...

      Delete
  2. Hahahaha....klu fikiran tu telus n tak reti nak kona sana kona sini, mmg pyhlah nak fhm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam aku. Jujur, lurus dan naif orangnya. Hahaaa.

      Delete
  3. er.. susah nak jumpa lelaki yg kaki novel mcm ni. jadi, salute tuk ko botak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak. Aku bukan kaki novel. Tapi bulan puasa aku banyak buat aktiviti pasif, membaca contohnya.

      Delete
  4. baca suratkhabar lagi senang nk faham...ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi lepas tu sakit kepala pulak. Hehee...

      Delete
  5. Masa sekolah dulu saya juga suka baca antalogi cerita pendek dan novel. Cuma saya benci cerita bertema cinta murahan.....Sekarang mungkin selaras dgn usia yg semakin meranum, cuma minat baca buku2 yg ada nilai2 ilmu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bila umur meningkat, minat pun mungkin berubah...

      Delete
  6. bunda tak rajin membaca...

    ReplyDelete
  7. aku baca novel jadi novel tutup muka sendiri..memang tak masuk kepala nak faham camana (apa2 novel pn aku tak akan..) ? cepat ngantuk, lainlah kalau di atas skrin lappy mcm ni ke..boleh la .

    ReplyDelete
    Replies
    1. feel dia memang lain antara baca atas kertas dengan atas skrin...

      Delete