Harapan Hidup Mati

24
10:11 AM
"Ikut pada perancangan awal, hujung bulan Ogos ni dia balik Brunei. Operate kat sana. Tapi tunda ke bulan November pulak. Macam yang doktor bagitau sebelum ni, harapan dia nak selamat cuma 10% je. Apa pun, operation ni memang kena buat. Kalau tak buat ada kemungkinan besar akan bagi effect kat saraf, boleh buat dia lumpuh. Sekarang ni dia cepat sangat letih. Berjalan sikit dah mengah, tak larat. Badan lemah-lemah. Dulu selalu makan ubat, sekarang dah taknak. Tengok macam orang yang dah hilang semangat."

"Macam ni la. Pada aku, angka tu cuma anggaran doktor je. Doktor yang ramal, tapi yang menentukan bukan dia. Yang kat atas sana. Kau bagitau dia, since doktor dah ramal dia cuma ada harapan 10% je untuk selamat, kenapa dia tak gunakan peluang yang sedikit tu? Daripada dia tak buat apa-apa, lebih baik dia usaha sikit. Takkan rugi apa. Cuba je la walau pun tinggal 1% peluang."

Aku tengok mata dia dah berair. Aku ni bukan reti sangat nak motivate orang. Sebelum menitik, cepat-cepat aku tukar topik ke lain. "Tahun ni ada lagi ke live show macam tahun lepas? Syok betul la aku tengok dua orang mamat buta tu main. Memang kalah profesional yang main kat Juara Lagu. Kalau ada, tahun ni aku nak pergi berbuka kat situ. Video yang aku rakam dulu tak simpan pulak, ada dalam hendset lama."

"Ada, diorang main lagi sepanjang bulan puasa ni. Tapi minggu sebelum raya tu dah takde. Sebab nak prepare untuk tournament lepas raya karang".

.
.
.
.
.

Sebelum tamat sesi minum malam tu, sempat jugak aku sebat dia punya Dunhill sebatang...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

24 comments:

  1. Syahdu..
    Moga kawan tu kuat. Allah Maha Berkuasa...tiada yg mustahil.

    ReplyDelete
  2. sekurang kurangnya mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walau pun tinggal 1% harapan...

      Delete
  3. Kun Fayakun, bila Dia kata jadi, maka jadilah...Tiada yg mustahil dlm perjalanan takdir yg diaturNya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, saya nak nasihat orang pun bukan reti sangat...

      Delete
  4. KISAH BENAR KE NI? HARAP-HARAP KAWAN BRO TU BOLEH SEMBUH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. yang sakit tu kawan baik kepada kawan aku...

      Delete
  5. Jangan berhenti berharap dan berdoa.. Juga jangan berhenti berusaha walaupun tipis..... Susah nak bg semangat kat orang yg sakit sebab, kita tak berada dalam kasut mereka. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul... Tiba2 teringat pasal 'not in my shoes' pulak.

      Delete
  6. Sebelum tawakal, tuhan suruh usaha.
    Maka usahalah..
    Buat surgery..
    Kalau lepas tu berjaya atau gagal, kita sudah usaha..walaupun probability hanya 10%...
    Pahala usaha( dan sabar dalam berusaha) tu dah ada, Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, yang penting usaha walau pun peluang tipis...

      Delete
  7. teringat lepas arwah abah operate kanser usus bulan 3, 2009 yg lalu. memang doktor berpesan pada kami, yg beliau akan hidup hanya 1 tahun lepas operation.. betul2, bulan 3, 2010, beliau pergi mengadap Penciptanya..

    ReplyDelete
  8. emm...

    pengalaman aku kat ahli keluarga yang operate bab-bab nyawa tggal sikit ni akhirnya mereka pergi mengadap Tuhan.

    semoga kawan botak tabah ye.

    **macam mana nak follow blog ni?**

    ReplyDelete
    Replies
    1. al-fatihah untuk mereka yang tiada.

      selalunya aku akan copy url lepas tu paste kat `reading list' -> `add' kalau jumpa blog bagus tapi takde follow button.

      Delete
  9. kita ptt th allah ada bersama dgn kita..amin.sila lah stg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. semoga kawan kamu selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak kenal yang menghidap penyakit tu, tapi kenal si pencerita (namanya arab)...

      Delete
  11. berusaha dan berserah kpdNYA macam doc Daddy zayyan komen tu. semoga dipermudahkan dan selamat .

    ReplyDelete
  12. Terus berusaha dan berdoa. Allah yang menentu dan menetap segala urusan,

    http://www.bicaradariaku.com/2010/01/sudah-kehendak-nya.html

    ReplyDelete