Mampus, Naskhah Bersaiz Mini

8
9:14 PM
Tajuk : Mampus
Penulis : Fasyali Fadzly
Penerbit : SeLUT PRESS
Jumlah mukasurat termasuk yang kosong dan kulit luar : 100 muka
Dimensi : 10.5cmX10.5cm

Watak 1 : Nuar atau `aku' selaku si pencerita sepanjang fiksyen mini ini. Seorang lepasan (eh, bukan lepasan sebenarnya sebab watak utama ni terkandas di tengah jalan akibat terlalu asyik dengan dunia penulisan filem pendek) jurusan undang-undang. Bergiat aktif dalam dunia perfileman.

Watak 2 : Kontel, sahabat yang `aku' kenali sejak zaman universiti. Anak orang kaya yang mempunyai bisnes sendiri tetapi berada dalam dunia dadah. Pendengar setia yang bertindak sebagai penyelamat kekalutan, lewat penghujung cerita.

Watak 3 : Achai, teman serumah `aku' yang turut berada dalam dunia kerjaya yang sama. Tidak mempunyai rupa paras menarik tetapi berkebolehan menghasilkan ayat power yang mampu menundukkan awek kawan sendiri.

Watak lain : Hairul iaitu teman serumah `aku' dan Achai, serta Maya iaitu kekasih Hairul yang telah terkantoi ketika sedang bersundalan bersama Achai.

~~~~~~~~~~~~~~~

Sila jangan marah dengan tajuk cereka mini yang aku ketengahkan ini. Memang macam tu gayanya kalau sesekali kita sengaja nak melarikan diri daripada kebiasaan perkataan yang penuh berhemah, hasil tapisan Dewan Bahasa dan Pustaka. Lagi pun kalau asyik nak membaca gaya bahasa ala Sasterawan Negara pun bosan jugak. Tak gitu?

Pada aku, benda alah ni aku tak tau nak letak dalam kategori mana. Bukan novel, bukan cerpen. Tapi ada gabungan kedua-duanya sekali. Dan tambah unik adalah dengan saiznya yang di`kompak'kan. Seolah kereta Kancil yang dipenyekkan sehingga menjadi sebuah mesin go-kart. Cuba bagitau aku, dalam setahun berapa kali kita terserempak dengan benda unik macam ni.

Ok la, sepintas lalu. Mampus ni adalah penceritaan seorang pemuda yang baru tiga hari mati secara mengejut tanpa punca yang jelas, di dalam bilik tidurnya sendiri. Bermula pada hari ketiga sehingga mayatnya ditemui dalam satu drama kecurangan, `aku' selaku pencerita telah membawa pembaca kepada sejarah hidupnya dengan ringkas secara flashback. Gaya penceritaannya tidak membosankan. Sebab apa yang aku perhatikan dalam filem, drama, cerpen atau novel; kebanyakan babak flashback itu diceritakan dengan membosankan. Dan kerap jugak plot-plotnya berterabur sampai membuatkan aku malas nak menonton atau membaca sampai habis.

Tetapi tidak dengan Mampus ini. Atau syak perasaan tak bosan yang aku alami ni disebabkan saiznya yang mini, tambahan pulak Fasyali Fadzly bijak mengaitkan kisah-kisah perlian kontemporari dalam sejarah kehidupannya. Sebagai contoh:

~Kisah Kontel yang tengah `stone' ganja bercita-cita nak menjadi calon perwakilan pelajar, dengan mengetengahkan isu super absurd. Iaitu pembinaan pawagam di dalam kampus. Dengan ber`boxer' dan bersongkok senget, pemikirannya tatkala sedang khayal tampak lebih intelek berbanding calon semasa yang berada di atas pentas sedar.

~Cara penulisan para blogger yang lebih jujur, telus (dalam erti kata sendiri) lebih maju berbanding gaya bahasa aliran mainstream. Tetapi akhirnya para blogger ini telah mengumpul para pengikut yang terlalu taksub dengan mereka, sehingga apa sahaja idea yang mereka ketengahkan perlu dianggukkan sahaja, membuta tuli.

Kesimpulannya, aku cukup berpuas hati dengan cereka mini ni sebab aku dapat pun secara percuma. Satu sen pun aku tak payah bayar. Dah orang nak bagi, aku ambik je la. Mungkin sebab diorang nak promote produk diorang tu kot, sebab tu bagi free macam gitu je.

Apa pun, pada aku Mampus ini adalah satu naskhah yang berbaloi untuk dibaca terutama sekali ketika kita sedang kebosanan menunggu filem siap di`download' dari internet.

*Rating : 3.75 bintang.
*Netbook tu pun kira aku dapat free jugak sebab swap dengan Tab 8.9.
*Mati-mati aku ingat hari ni 31 Jun!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. macam menarik buku ni...mana boleh cari ye? mph? fofular?
    hihihi....jun tadak 31hb maaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli buku online, dapat percuma benda ni...

      Delete
  2. IM pun ingat hari ni 31 jun... ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, sampai tersilap tulis tarikh kat dokumen...

      Delete
  3. Mcm menarik je crt 2..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkunjung...

      Delete
  4. ooooo dpt free, klu kena beli confirm tak terlintas pun nk beli n baca kan? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah2 tak perasan kot sebab saiznya tu...

      Delete