Meraikan Cinta Kami

10
12:27 PM
Isu budak yang baru seminggu ber`couple' tu masih panas lagi tak? Kalau masih panas, masih relevan untuk dibualkan, boleh la aku tumpang mencelah.

Entri ni dinaikkan bukan bertujuan nak tambah mengutuk kesilapan kedua-dua budak tu, jauh sekali nak membela mereka. Cuma aku teringat dua perkara je bila aku tonton video tu (aku tak tengok habis pun) kat youtube. Dua perkara ni la yang mengingatkan aku akan cinta lama yang kecundang dulu. Pergh...!

Kalau dia baru seminggu ber`couple' dah berani rakam video seolah-olah nak meraikan rasa cinta, aku pulak akan merayakan percintaan aku dengan ex aku tu setiap bulan! Cuma bezanya kat sini, masa tu aku dah habis belajar, dan dah kerja pun. Aku hidup atas tanggungan sendiri. Kadang-kadang je bila sampai masa terdesak aku akan mintak mak atau kawan-kawan aku tolong top up. Masa tu, benda-benda lagha macam youtube, laman sosial atau paling kurang pun telefon bijak masih lagi terlalu asing. Jadi, takde la aku nak bagitau satu dunia yang aku cintakan dia. Puiihh!!!

Yang kedua? Perkara yang kedua pulak adalah lagu. Juga ada sedikit perbezaan. Kalau budak nama Awani ni memilih untuk menyanyikan lagu manja ala mintak penampar mak abah sempena seminggu, tapi tidak pada aku. Seboleh-bolehnya aku takkan buat perkara bodoh terutama di depan orang yang aku sayang. Depan mak ayah, kawan-kawan, awek, semuanya. Aku lebih gembira dan bangga kalau mereka melihat aku sebagai seorang yang bijak walau pun hakikatnya aku ni memang kurang cerdik.

Dan sampai sekarang aku masih lagi mendengar lagu Because Of You ni, seakan-akan meraikan rasa kecewa pulak. Siap download versi live lagi. Damn! Kejam betul dunia ni...

~Bobo pun ada buat video parodi. Serius weh, terus tak lalu aku nak berbuka semalam walau pun tengok sikit je...
~Salam Jumaat semua...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. mm..aku nak komen entry ko ke, nak komen pasal student tu..?
    setiap org ada kenangan manis/kenangan pahit untuk diingati. Aku anggap ini kenangan manis student tersebut untuk diingati sepanjang hidupnya..manis kerana mungkin kali pertama rasa disayangi oleh org yg bukan ahli keluarga dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu la bila diorang sebaya kita, mesti jadi pahit...

      Delete
  2. tak minat pun nak tengok video2 gitu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku terrrrrrrrrrrrrrrtengok...

      Delete
  3. Hahahah! Aku tak sangka ko siap search n tgk video tu? Tapi apa salahnya, kan? Tak le ketinggalan zaman. Ye dak? Org yg kate tak minat tu entah2 dah tgk bape kali ntah. Hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, benda ni tak payah search pun senang2 boleh jumpa...

      Delete
  4. TERINGAT BERCINTA MASA TIME SEKOLAH DULU.. HUJUNG MINGGU NAK JUMPA AWEK, MINTA MAK DUIT.. HAHAHAHA

    ReplyDelete
  5. apa yg kita rasa masa tengok. rasa kesian,
    tengok bobo mmg xlalu makan la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik bukan sedara...

      Delete