Rasa Bersalah

4
3:09 PM
Sebenarnya sepanjang hari ni aku macam ada rasa bersalah pulak. Rasa bersalah atas satu bantuan yang sepatutnya aku lakukan, dengan sedikit usaha. Mungkin akan lebih meringankan kesusahan orang lain.

Lebih kurang jam 6:45 pagi. Sedang elok selepas aku membuat corner baring kat highway (susur masuk) sambil bersiul lagu Amy tajuk Aku Dah Bosan, tiba-tiba pandangan mata rabun aku menangkap satu kejadian yang mungkin baru beberapa saat berlaku. Di lorong paling kanan aku tengok ada serpihan motosikal bersepah atas permukaan jalan. Menerusi suasana pagi yang kelam tapi masih disinari lampu jalan, ada sesusuk tubuh manusia yang sedang berusaha untuk bangun. Dalam kepayahan, aku tengok macam ada tak kena dengan kakinya. Beberapa meter dari tubuh tu, aku kenderaan doa roda yang pasti miliknya turut terbaring.

Aku yang masa tu menunggang dengan kelajuan melebihi 70km/j di lorong ke tiga dari kanan (ada enam lorong, tiga dari laluan utama sebelah kanan dan tiga dari kiri iaitu arah aku datang) tak sempat nak buat apa-apa. Cuma mampu memperlahankan sedikit tunggangan. Memasang niat untuk berhenti supaya dapat memberikan bantuan awal, tapi terpaksa aku fikirkan beberapa kali sebab aku tengok ada beberapa buah kereta yang datang dari arah belakang. Mungkin lebih laju sedikit daripada aku. Terperangkap, aku tak dapat nak buat apa-apa. Nak berhenti di lorong paling kanan berhampiran dengan penunggang yang terbaring tu, agak mustahil. Untuk berhenti di lorong paling kiri pun agak merbahaya jugak bagi aku.

Kesudahannya, aku cuma mampu beristighfar dalam hati. Sambil berdoa supaya tak ada perkara yang lebih buruk berlaku.

Sepanjang perjalan ke ofis pagi tadi, dada aku memang berdebar. Sesekali menyalahkan diri sendiri. Aku (mungkin) adalah orang pertama yang melalui tempat tu, sepatutnya aku berhenti atau sekurang-kurangnya membantu dengan memberikan amaran kepada pengguna jalan yang lain.

Rasa bersalah yang teramat sangat...

~Mungkin penunggang tu mangsa langgar lari.
~Ada satu lagi kemalangan kedua beberapa kilometer dari situ. Kereta terbalik kat traffic light. Aku syak kereta tu laju. Padan muka kau!
~Semoga penunggang tu selamat.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. Semoga selamat la orang tu...harap ada kenderaan di belakang yg membantu.. :)

    ReplyDelete
  2. Napelah hati ko teragak-agak nak benti beb? Tak apalah. Bukan rejeki org tu kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti yang ditulis dalam entri, ada kereta yang lebih laju kat belakang. risiko aku kena langgar kalau tukar lane. aku ni naik moto, mana la pemandu nak alert sangat...

      Delete