Si Iblis Pencari Ingatan

12
8:19 AM
Menanti kunjungan si iblis untuk kali ketiga ini membuatkan dia sedikit gementar. Beberapa kali dia menjenguk ke luar tingkap, untuk memastikan sama ada si iblis itu sudah tiba atau belum. Seperti sebelumnya, langit petang yang berwarna merah keemasan akan berubah menjadi kelam. Kelam hanya pada satu sudut iaitu lebih kurang sepuluh darjah dari arah matahari terbenam. Kelam yang tidak menyeluruh. Hanya dilapisi satu jalur gelap selari dengan pancaran matahari. Gelapnya langit itu adalah kerana menjadi laluan penerbangan si iblis itu.

Bagi si iblis pula, dia lebih gemar melakukan lawatan ke atas sahabat-sahabatnya sejurus sebelum matahari terbenam. Kerana hawa yang suam-suam itu begitu nyaman membaluti kulit menggerutu, dari hujung dahi hingga ke kepala lutut. Setakat kepala lutut. Cuma setakat itu bahagian kaki yang tinggal, kerana bahagian yang lainnya telah dipenggal oleh raja iblis akibat kegagalannya mendapatkan `ingatan'.

Selang beberapa minit, panel kaca tingkap yang menghala barat di biliknya diketuk dari luar. Memang sudah dijangka dan ditunggu-tunggu siapa yang mengetuk muka tingkapnya waktu itu. Seraya dia menjengukkan kepalanya ke luar, si iblis pula lantas bertanya, "Bagaimana dengan tawaran aku minggu lalu? Kau masih berminat, atau kau mempunyai jalan rundingan lain?" tanya si iblis.

Dia menjawab, "Ya, aku setuju untuk memberikan apa yang kau mahu. Tapi aku tidak mahukan hayat tambahan selama lima puluh tahun sebagai gantinya," tegas dia menjawab. Tanpa mengalihkan pandangan ke luar tingkap itu. Tepat bertentangan mata dengan si iblis. Senja itu, riak wajah si iblis seakan lembut seperti begitu mendambakan sesuatu yang menjadi milik lelaki di dalam rumah itu.

"Apa yang kau mahukan sebagai ganti?" tanya si iblis. "Aku kira, ingatan dan memori indah yang tersimpan di dalam kepala engkau itu terlalu bernilai untuk ditukarkan dengan barang dagangan yang lain. Tidak layak disamakan dengan emas atau wang. Jauh sekali untuk dibandingkan dengan wanita cantik. Jadi, apa kau mahu? Aku harap permintaan kau itu berbaloi".

"Ya, kalau kau berhutang secawan kopi dari dapur aku ini, maka suatu hari nanti kau juga patut menjemput aku berbual di ruang tamu tempat tinggal kau sambil menghirup kopi. Menghabiskan malam bersama. Berbual-bual tentang halaman istana raja iblis kesayangan masyarakat kamu, dan aku pula akan menceritakan perihal perjalanan kehidupan sehari-hari aku. Memang begitulah sepatutnya, kita saling bertukar barang yang sama nilainya." Katanya panjang lebar. Masih juga tidak mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

"Maksud kau?" Tanya si iblis.

"Sebagai ganti kau mahu mengambil memori indah dari dalam tempurung kepala aku ini, aku juga mahukan kau menceritakan kenangan indah yang pernah kau lalui sebelum ini..." Jawabnya kembali.

Mendengarkan kata-katanya itu, si iblis berundur sedikit demi sedikit. Pergerakannya agak sukar, ditambah dengan buku lututnya yang melecet setelah lima minit dia menongkat diri di situ. Hampir terjatuh, air matanya mula membuah dari celah kelopak mata kedutnya, sambil mengimbas kembali segala memori pahit sejak ribuan tahun dia dilahirkan...

~Sebenarnya aku risau nak naikkan entri ni, takut ada yang tak boleh terima...
~Kalau ada typo, sila bagitau. Aku perasan banyak entri aku sebelum ni yang ada typo...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Kenapa ada yg tak boleh terima? Heheheh...

    Writing ko skg dah improve. Berkat byk membaca, kan? Bolehlah siapkan manuskrip pas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ni cerita pasal iblis, bukan bilis...

      Delete
  2. tiada pertukaran..sbb tiada memori indah buat si iblis. kan?

    rasa mcm baca novel RAM tau. ada bakat, sila kembangkan.

    ReplyDelete
  3. bes botak.
    aku mcm 'masuk' pula 'dunia ni' bila baca entry ni.
    iblis dlm cerita kau ni, dulu manusia ke? eh. aku dah mengarut pula. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jadi manusia kot...

      Delete
  4. Ni ala ala cerita Ghostrider ka? hahahah

    ReplyDelete
  5. A'AH.. MACAM CERITA GHOSTRIDER JE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, aku pun baru perasan...

      Delete
  6. kenalkan gua dengan iblis tu boleh? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik, lu nak bagi apa. kenangan pahit?

      Delete