Ziarahi Jenazah Aku

11
12:42 AM
"Macamana ni, dah dekat pukul empat dah. Kalau nak pergi, kita gerak sekarang naik moto. Nak naik kereta memang tak sempat la, masuk Gombak tu mesti jem teruk..." soalnya panjang.

Aku masih lagi mencongak akan pengaturan masa supaya tidak mengganggu janji temu aku dengan orang lain, malamnya. Mengikut keutamaan. Memandangkan jarak dari situ ke rumah si mati dan rumah aku yang agak jauh. Dan lagi kebarangkalian jenazah dah dikebumikan bila aku sampai nanti.

"Kalau kenduri kawin tu kita dijemput, kita wajib datang. Lebih kurang macam ni la, ziarah orang mati. Kira penting la jugak," sambungnya lagi.

"Agak-agak, kalau aku mati esok kau datang ziarah aku tak?" tiba-tiba satu soalan laju keluar dari mulut aku. Dan dia cuma tersengih macam gorila lapar pisang...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

11 comments:

  1. padu tu soalan yg lu beri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah jawab pun takpe. hahaa...

      Delete
  2. ayoooo soalannnnn........

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan test market namanya...

      Delete
  3. kalau kau jadi jenazah, camne aku nak pergi ziarah kalau lokasi pon tak tau.. hehe.. <-saja je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 masa tengah nazak tu sempat la...

      Delete
  4. insyaAllah, kalau kita selalu buat baik dengan orang, orang akan berbuat baik pada kita.

    ReplyDelete
  5. SAMA-SAMA BERHARAP ADA ORANG TOLONG URUSKAN MAYAT KITA NANTI DAH CUKUP BAIK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sempat tua, harapnya anak2 la yang uruskan...

      Delete