Allah Maha Merancang

12
7:43 AM

Sekadar berkongsi luahan hati seorang kenalan... Apa salahnya kalau kita menambah sedikit sensiviti dalam diri kita, mengambil berat akan perasaan orang lain sebelum bertanya soalan. Lebih-lebih lagi soalan yang agak sensitif.
Tidak mengapa kalau soalan diajukan setelah bertahun tak jumpa atau bertujuan untuk memberikan bantuan dari segi pendapat dan pandangan. Tetapi sangat tidak manis kalau bertanya sekadar untuk suka-suka atau menunjuk hebat.
Susah sangat ke? Jadilah manusia yang sensitif, tak rugi pun. Menjaga hubungan dan perasaan orang lain tu lebih baik daripada segalanya.
Selamat hari raya, mohon maaf jika ada terkasar bahasa...
-smbotak
Published with Blogger-droid v2.0.9

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. SEELOK-ELOK KITA MERANCANG MEMANG PERANCANGAN ALLAH JUALAH YANG SEBAIK-BAIK PERANCANGAN..

    ReplyDelete
  2. aku pun terpana bila, kakak ipar aku disapa bila nak dpt anak. Lepas tu tanya bila beliau kahwin. aku tak setuju dgn soalan makcik tu. kalau nak tanya pun, tanya personal dlm bilik one-one tak boleh? ni tanya ditgh2 org sedang makan..semua dgr.. aku tetap rasa, itu kurang adab bila menjatuhkan airmuka org..

    lega sgt sbb dah 2 thn takde soalan; "bila nak kahwin"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan laser jugak yang bertanya tu...

      Delete
  3. macam dah jadi kebiasaan masyarakat kita tanya soalan2 mcm tu... kena ubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak ubah kebiasaan ni...

      Delete
  4. Faham benar-benar perasaan org yg ditanya tu, krn saya juga pernah hadapi hal yg sama, 3 tahun kawin baru dpt anak. Tapi bila dah start dpt, Allah kurniakan anak berderet2 sampai sekarang ada 6 anak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Perancangan tuhan, tak siapa boleh jangka.

      Delete
  5. Ada kalanya kita bertanya dengan ikhlas sekadar ingin memulakan perbualan atau memang tidak tahu masalah sebenar.

    Macam anak IM juga bila balik ke rumah keluarga, soalan mereka ialah... bila lagi nak kahwin?

    bagi IM itu solana killer untuk anak IM yang semakin memanjat usia tapi IM juga tahu bahawa untuk menutup mulut-mulut begitu dari bertanya soalan yang sensitif itu, tidak upaya.

    IM tahu, mereka bertanya dengan ikhlas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk menjaga hati, mungkin soalan "bila nak kahwin/dapat anak" boleh diubah "macamana, apa plan lepas ni". Jadi takde la direct sangat kan...

      Delete