Mat Duan, Mapilai dan Puasa

17
12:01 PM
Tahunnya aku dah tak berapa nak ingat. Tapi yang pasti masa tu cuma ada kami bertiga je yang menyewa satu rumah flat tiga bilik (termasuk bilik air) yang dulunya adalah kuarters pekerja BSN kat AU3 Keramat.

Macam biasa la, kalau takde apa aktiviti tak bermanfaat sebelah malam, kami akan melepak kat mapilai sebelah Speedy Setiawangsa. Bermula dari tengah malam, sampai la ke satu waktu yang larat bontot kami nak tahan.

Ada sekali tu, kami bertiga mengeteh bulan puasa (malam tu terawikh ke laut). Dengan niat suci nak bersahur awal sebab malas nak start moto awal-awal pagi, waktu perbincangan hal-hal politik dua puluh tahun akan datang berlanjutan hingga ke waktu sahur sebenar. Lebih kurang pukul lima pagi gitu.

Ruang atas meja kami dah hampir penuh dengan gelas kosong. Kalau tak silap aku, masing-masing dah sebat tiga gelas air. Sejak pukul sepuluh. Ada the ais, nescafe dengan milo. Campur-campur antara air panas dengan sejuk.

Aku tengok Mat Duan dah tak senang duduk. Muka dia berpeluh. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap ke kiri. Badan dia yang chubby serupa teddy bear tu tak ubah macam belon atas laut. Terumbang-ambing, melantun-lantun atas bangku plastik.

"Apahal Mat Duan, macam nak beranak je..." Tanya Iwan, seorang lagi ahli komplot mapilai.

"Jom la balik, aku nak terkencing ni. Tak tahan." Mat Duan mengeluh. Ada sedikit rasa simpati aku kat mamat yang ambik jurusan multimedia ni.

Sesampai je kat rumah, sebaik pintu ditutup...

"Woi, ni apahal baring depan tv pulak ni? Tadi kata nak kencing sangat." Sergah aku sebaik melihat Mat Duan melentangkan badannya atas lantai dengan kepala yang beralaskan kusyen. Dari pemain vcd yang baru nak loading dan sampul vcd kat sebelahnya aku dah agak apa yang ada dalam kepala mamat chubby ni.

"Gampang, nak tengok Hindustan la tu!" Jerit hati aku dalam hati...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

17 comments:

  1. mapilai eh? ingatkan mapley.
    lama tak dgr ayat tu..
    Selamat hari raya botak..

    ReplyDelete
  2. Aku pun tak pasti ejaan sebenar. Tapi mapilai dalam bahasa tamil maksudnya mempelai atau menantu (kalau tak silap)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohya, selamat hari raya jugak...

      Delete
  3. ada jugak mamat minat hindi ea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, kira hantu hindustan jugak dia ni...

      Delete
  4. moral of the story, klu nak bagi alasan, kena yakin :-)

    confirm berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat meyakinkan. kalau tak, mau lepak sampai azan subuh...

      Delete
  5. SEKALI SEKALALAYAN HINDI BEST DER...KUCH KUCH HOTA HAI KATENYE.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan dia la aku dapat layan mohabbatein sampai habis...

      Delete
  6. Dah lama tak tengok film Hindi, walaupun satu masa dulu memang giler Hindi bukan main...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman filem bobby dulu ni...

      Delete
  7. teringat semasa dok umah bujang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepak minum perkara biasa...

      Delete
  8. mapley la, bukan mapilai..haha..

    kronik tahap addiction hindustan si Mat Duan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Sampai berpeluh tu...

      Delete
  9. Nasib baik tak sebut anak gampang...he..he..

    Bulan puasa... mulut kena jaga juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la bang, masa tu muda lagi. darah cepat mendidih. heheheee...

      Delete