Merdeka Aku Yang Dulu

12
12:54 AM

Balik dari sambutan malam 31 Ogos di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kalau tak silap tahun 2000 kot, masa zaman belajar dulu.

Masa tu aku pun dah sedar, kemerdekaan tu bukan setakat berhimpun tunggu detik 12 tengah malam lepas tu jerit 'Merdeka' ramai-ramai, malah lebih daripada itu.

Tapi apa yang kami mahu pada masa itu hanyalah keseronokan. Itu sahaja.

Yang mana satu aku? Kat tengah yang takde rambut tu. Kekal kacak sampai sekarang. Terima kasih sebab setuju.

Gambar bukan ditangkap dengan kamera digital. Tapi memori tetap disimpan dalam hard disk kepala kami...

Published with Blogger-droid v2.0.9

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Sempat jugak merasa jerit MERDEKA ramai2 ya...

    Saya pun terfikir...diorang yg dok kumpul ramai2 kat mana2 dataran tu mmg sbb rasa syukur merdeka, atau sekadar seronok lepak kat situ. Ada persembahan...then boleh jerit2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku berani kata, yang berkumpul tu semua bukan sebab bersyukur. Tapi mencari keseronokan (macam aku)...

      Delete
  2. Replies
    1. well, biasa la. trademark sejak sekolah menengah ni...

      Delete
  3. SAMALAH.. DULU AKU MEREMPIT.. SAMPAI NAK KENA TENDANG MOTOR AKU DENGAN POLIS.. PERNAH KENA TANGKAP PASAL TENGOK ORANG RACING MOTOR, BAPAK DAN ABANG DATANG TUNTUT KT BALAI.. ALAHAI..., DULU-DULU PUNYA CERITALAH. NASIB BAIKLAH CEPAT TERSEDAR.. ALHAMDULILLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang penting, keseronokan...

      Delete
  4. merdeka je, mesti awal pagi tercongok depan tv .. tak sabar nak tengok perbarisan kat tv.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda ni pun best. tengok abang2 askar kita berbaris...

      Delete
  5. Pernah cakap dgn pekerja Dewan Bandaraya yg setiap tahun mengutip kondom2 yg dibuang akibat keseronokan malam merdeka. Tapi mungkin ada juga yg tak sempat pakai kondom dan tahun depan akan lahir seorang lagi anak merdeka (anak luar nikah)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut la ada kempen edarkan kondom percuma...

      Delete
  6. IM tak berapa minat bersesak-sesak semata nak lihat dari dekat sambutan Merdeka. IM lebih suka Merdeka di sambut dengan tazkirah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. time darah masih panas lagi bang...

      Delete