Pendapatnya Tentang Aku

10
10:04 PM
Petang Rabu lepas, sebelum memenuhi temujanji dengan abang angkat aku si Lars Ulrich kat Stadium Merdeka, sempat aku melepak selama sejam kat sebuah kedai makan sebelah Hotel KL International, Kampung Baru. Pemiliknya adalah seorang kenalan (bekas rakan serumah) yang dah lebih sepuluh tahun tak jumpa.

Sebelum sampai tu, terbarai jugak la masa aku setengah jam kat Kampung Baru, akibat tersilap info pasal lokasi kedai makan tu. Mujur aku ada nampak kelibat mamat ni tengah prepare makanan. Dengan saiz badan yang tak berubah walau pun dah kahwin. Tahap kecerahan kulit yang boleh dipertikaikan dari mana asalnya, dan juga keadaan kepala yang kurang dihiasi rambut, mudah saja aku mengenali dia. Lantas aku pun parking bini baru aku betul-betul depan kedai dia.

Macam-macam isu yang kami bualkan. Bermula dari mana dia belajar memasak. Sedangkan masa tinggal serumah kat AU3 dulu, jangankan masak mee segera, nak panaskan air pun pemalas yang amat. Tapi sekarang dia dah bertaraf tukang masak amatur setanding dengan peserta Master Chef.

Kemudian, topik perbualan melarat pula kepada pasukan bola yang kami sokong. Titik fokus kepada isu ini adalah kepelikan dia tentang aku yang menyokong pasukan Selangor, sedangkan aku adalah kelahiran selatan tanah air. Jauh berbeza dengan dia yang dilahirkan di Kelantan tetapi dibesarkan dan bersekolah di Kuantan, masih kukuh menyokong pasukan dari negeri kelahirannya. Persoalan di dalam kepalanya itu mudah sahaja aku jawab dalam beberapa ayat.

Selain tu, isu politik juga turut kami bualkan. Agak mudah berbual dengan dia terhadap beberapa isu berkaitan politik ni sebab pendirian politik kami yang hampir sama. Dan dengan bangganya, aku memberitahu yang kedua-dua kawasan Parlimen dan DUN tempat aku membuang undi tempoh hari telah dimenangi oleh parti yang aku sokong. Seperti membalas pukulan jumping smash, dia memberi amaran bahawa mengekalkan kemenangan tu lebih sukar daripada nak memperolehinya.

Ok, sebenarnya ada satu benda yang dia kata pasal aku yang buat aku tersengih, tersenyum, termenung dan kemudian mengerutkan dahi. Lebih kurang macam ni...

"Aku memang respek kat kau pasal ni dari dulu lagi. Dulu masa satu rumah kau memang suka dengar lagu-lagu punk, metal, rock dan entah apa-apa lagi. Tapi tak pernah pulak aku tengok kau dengar sampai terhangguk-hangguk kepala. Tenang je. Takde la terikut-ikut sangat. Solat pun steady je jarang tinggal. Tak lintang-pukang. Masa kau dengar pun tak la mengganggu tengah-tengah malam, biasanya pagi-pagi lepas subuh. Pada aku, elok jugak kau buat macam tu. Daripada kita terlentang atas tilam, dapat jugak kejutkan aku dari tidur. Sebab tu aku tak terkejut pun kau sanggup pergi tengok konsert Metallica ni.

Dan lagi, aku tak kata salah pergi konsert ni. Nak kata betul pun tak boleh jugak. Macam aku ni. Aku ada buat kelab penyokong bola. Selama ni aku banyak jugak buat aktiviti, sampai dapat masuk tv lagi. Pada aku, aku bangga bila aku tengok kawan-kawan aku dapat join aktiviti ni sama-sama. Sekurang-kurangnya aku dah dapat tolong diorang elakkan daripada buat benda-benda tak baik kat luar sana.

Cuma bila aku balik rumah, aku ada terfikir. Dari sudut moral kemanusiaan tu memang aku dah buat satu benda yang baik. Tapi bila aku kaji balik dari sudut agama, ada beberapa perkara yang boleh kita pertikai."

Hehehee, rasa bangga pulak bila dia puji aku macam tu. Aapa pun... Metallica tetap di hati aku walau pun aku tak hafal semua lagu diorang!

*Rasa macam panjang pulak entri ni.
*Diorang main Enter Sandman malam tu memang gempak gila.
*Pergh, dua hari telinga kiri aku berdesing. Mungkin sebab sound system power sangat.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. baguslah apbila ada yang berfikiran positif pasal diri kita

    ReplyDelete
  2. kalau setakat dengar dari player kereta ok. tapi perabis duit untuk beli tiket... ntah la.

    kekadang kita kena bijak menilai sesuatu dari persepsi yang berbeza tapi tidak lari dari asas agama yang progresif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bang, menilai dari sudut berbeza.

      Tapi ni metallica bang, can not tahan lor. Hehehee...

      Delete
  3. SAYA AMAT KAGUM SEMALAM APABILA MALAM CINTA RASUL SEMPENA 100 HARI DATUK IDRIS HARUN SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA DIHADIRI LEBIH 40K ORANG.. SAYA MEMANG NAK DATANG, TAPI 3,4 KALI PUSING TAKDE PARKING DLAM PUN SESAK.. AKHIRNYA SYA BALIK SAHAJA.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya dah sampai tapi tak dapat join. Kalau tau, naik moto je kan...

      Delete
  4. Aku ada dgr matelika nk datang... duit poket x cukup plak nak beli tiket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini mujur ada budget raya terlebih....

      Delete
  5. perghh...memang puas hati laa kalau dapat tengok metallica live..sound sistemnya memang memerlukan bunyi yang menyinggah sampai kampung baru..hehhe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul2 padu ni, kalau sampai kampung baru boleh dengar lagi...

      Delete