Ramadhan Qistina

16
4:06 PM
"Tiap-tiap hari dia memang rajin bangun sahur. Tapi tu la, balik sekolah je nak makan, mintak air. Tahun ni baru empat hari puasa penuh." Itulah yang umi dia bagitau aku pasal si  Qistina ni. Bermakna sepanjang Ramadhan tahun ni iaitu dua hari sebelum tamat bulan puasa, jumlah dia berpuasa penuh cuma dapat dikira dengan sebelah tangan je. Yang lain-lain, puasa yang yok. Balik sekolah, muka monyok.

...lebih kurang pukul enam petang. "Siapa nak ikut pergi kedai? Nak beli ais ni." Aku bersuara macho ke arah empat orang kanak-kanak yang sedang asyik bermain benda tak berfaedah. "Saya!" Cepat-cepat Isha mengangkat tangannya, diikuti Qistina. Isha dengan Qistina ni memang dua orang sepupu yang kamcing. Kalau balik Johor, dia dua orang ni je la yang melekat. Seorang baru berumur empat tahun, sorang lagi darjah satu.

...beberapa langkah sebelum sampai ke awek separa cun kat  kaunter 7 Sebelas, "Saya nak ni boleh?" Isha berlari ke arah mesin Slurpee. Salah satu muncung mesin tu tergantung tanda "Rosak".

"Eh, mana boleh. Kan rosak ni." Sengaja aku menunjukkan tanda yang tergantung tu sambil melindungi satu lagi mesin yang boleh berfungsi daripada pandangan Isha dan Qistina. "Takpe bang, yang satu lagi tu tak rosak." Laju je awek separa cun tu bersuara. Cis!!!

Gagal, nampaknya aku terpaksa membelikan dua orang budak kecik ni Slurpee bersaiz sederhana. Sesampai je dalam kereta, aku menghulurkan cawan Slurpee kepada Qistina dan sebatang straw setiap sorang. "Yang ni kongsi. Minum elok-elok, jangan sampai tumpah tau." Kata aku kepada Qistina.

Dengan bebola mata yang memandang tepat ke arah aku, dia menjawab. "Tapi saya puasa..."

Serta-merta aku menadah tangan ke atas sambil memohon keampunan daripada Yang Maha Esa.

*****

...sebenarnya dua jam sebelum tu, aku yang tengah baring sambil tengok tv ada terdengar Qistina merengek-rengek nak minum air. Berpuasa sampai pukul empat adalah satu kejayaan gemilang bagi dia walau pun hari tu tak la letih masa sebab sekolah dah pun cuti. Tapi memandangkan kat mana-mana je dalam rumah tu kita boleh tengok kuih raya dan jugak air minuman, mesti tergugat jugak iman budak kecik ni. Puas umi dan abah dia pujuk dengan kata-kata manis pujangga, barulah dia mengalah dan meneruskan perjuangan. Botol air yang ada kat tangan dia terpaksa dilepaskan dengan penuh rela.

Sayang la kalau berbuka waktu tu. Dah la cuma nak minum air je, lagi tiga jam je lagi nak sampai ke waktu berbuka yang rasmi.

Sorry Qistina, uncle terlupa yang kamu puasa...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. Ke uncle botak minum sekali? Haha..selamat hari raya bro..mohon maaf salah silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya. Uncle diorang minum air liur je...

      Delete
  2. Uncle bagi Qistina duit raya banyak tak? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la kalau nak beli bunga api segenggam...

      Delete
  3. Hari ini saya berpuasa enam....baru puasa yg ketiga, ada tiga hari lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabahlah. Jadikan qistina sebagai contoh. Hehehee...

      Delete
  4. JANGAN LUPA DIAJARKAN QISTINA BERSOLAT JUGA.. SAYA BANYAK TERBACA, ORANG KITA NI SALAH ASUHAN.. SANGGUP LIHAT BUDAK KECIL MENANGGUNG KEHAUSAN DAN KELAPARAN AKIBAT DIPAKSA BERPUASA TETAPI TAK SANGGUP MEMUKUL ANAK YANG TIDAK SOLAT SETELAH UMURNYA MENJANGKAU 10 TAHUN.. WALLAHUAKLAM..

    ReplyDelete
  5. insya allah, akan diajukan...

    ReplyDelete
  6. alamak...kesian qistina...tpi takpe, A+ for the effort...hehe :)anyway, selamat hari raya bro..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya. Terima kasih.

      Delete
  7. tabah sungguh qistina..pdhal offer baik.
    mmg kalah saya masa kecik dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik jugak, kalau tak dengan aku sekali kena marah umi dia.

      Delete
  8. takpa.. pelan-pelan akhirnya akan berjaya sepenuhnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih muda, elok jugak tu ada keinginan nak beramal walau pun dalam keadaan sedikit terpaksa...

      Delete