Syarat Mengahwini Anaknya

16
11:45 AM
"Minum la air tu, tak payah malu-malu." Pelawanya lagi. Aku yang sejak tadi lebih banyak diam dan tersengih, sekali lagi mencapai cawan putih berisi teh o. Tinggal separuh. Separuh, hampir sama macam harapan aku nak ambik hati orang tua ni. Melihatkan reaksi gerak badan dan riak wajahnya yang serius tu, aku semakin kurang yakin walau pun kelihatan dengan jelas dia cuba juga untuk membuatkan suasana lebih santai dengan beberapa lawak yang tak menjadi. Kadang-kadang kami tergelak kecil, dan ada jugak beberapa ketika aku cuma sekadar tersengih dan dia juga turut tersengih kerana barisan gigi yang tidak tersusun di wajahnya. Ada dua atau tiga `pagar' yang dah roboh.

Tak beberapa lama kemudian, topik perbualan kami tamat. Aku sudah kehabisan idea untuk memulakan isu. Nak bercerita tentang hal-hal politik agak bahaya jugak sebab awal-awal lagi Adele dah bagi amaran yang bapak dia ni penyokong kuat parti yang bertentangan dengan parti yang aku undi. Bahaya. Kalau tersilap langkah, punah harapan aku nak jadikan dia sebagai bapa mertua. Nak sembang pasal kerja, pun takde point jugak. Dia memang dah tau aku kerja apa, aku pun tau dia kerja apa. Kerja makan gaji jugak, tapi selalu ada kat rumah. Nak sembang pasal cuaca lagi la tak patut. Dengan cuaca cerah dan jugak hujan yang baru turun dua atau tiga kali dalam tempoh dua minggu ni sudah dikira baik, mustahil untuk aku bercerita pasal cuaca negara jiran atau ketidaktentuan fenomena iklim global. Aku takut dia kata anak dia salah pilih pakwe pulak sebab merepek macam penyampai berita mengigau. Sambil mata aku memandang ke arah tv leper dan kepala ligat mencari idea, dia bertanya kepada aku.

"Macamana, dah sedia ke?" Tanya dia.

"Sedia apa pakcik?" Tanya aku balik dengan dihiasi muka tak bersalah.

"Pasal nak hantar orang merisik la. Jadi ke maknya datang bulan depan. Kalau betul jadi, pakcik nak la buat makan-makan sikit. Panggil sauda-saudara yang dekat ni." Jawabnya. "Oh, yang tu. Insya Allah pakcik." Semakin lebar sengihan aku. Aku harap tak terdapat sisa epok-epok inti sardin yang bertepek kat celah-celah gigi aku. Aku nak dia yakin yang dia bakal menyerahkan anaknya untuk dijaga oleh seorang lelaki pembersih.

Dia menyandarkan badannya ke sofa, mengendurkan sedikit anggota badannya. Sofa berkemasan fabrik tebal dan lembut tenggelam sedikit akibat menampung beban berupa manusia gempal dan berperut separa bulat. "Lepas tu, pasal hantaran pakcik tak kisah la nak bagi berapa. Ikut pada kemampuan la. Walau pun anak pakcik ni anak sulung, tapi kami takde la rancang nak buat besar-besaran. Asal dapat jamu semua orang pun dah cukup." Katanya lembut.

Hati aku sedikit tenang. Tepat seperti apa yang Adele pernah jelaskan dahulu yang bapa dia bukan jenis yang meminta-minta dan suka demand benda-benda tak patut. Tak cerewet.

Sekilas aku alihkan pandangan aku ke arah beberapa bijji epok-epok yang masih tinggal di atas meja.

"Kalau kamu sanggup bagi tujuh ribu, pakcik terima. Tapi kalau nak bagi lebih pun pakcik tak kisah jugak. Tak payah mahal-mahal sangat. Pakcik tak mintak pun, asalkan jadi." Nah, itu dia. Aku dah dapat satu anggaran jumlah duit belanja kahwin yang perlu aku sediakan. Hantaran tujuh ribu, buat doa selamat kat kampung lebih kurang seribu lagi. Perbelanjaan dan kos pergi balik untuk hari pertunangan serta perkahwinan dalam dua ribu. Ditambah lagi dengan kos sewa khemah, tempahan baju persandingan, pelamin dan upah cameraman yang mungkin akan aku top up sikit masa majlis sebelah perempuan, tiga ribu.

Semua sekali lebih kurang 13 ribu ringgit secara kasarnya. Lega, masih lagi dalam jangkaan walau pun sebenarnya duit yang aku ada termasuk kat dalam ASB adalah kurang daripada 10 ribu. Takpe, masih ada masa lagi nak kumpul sebab hutang PTPTN pun aku belum rasa nak bayar lagi. Jadi dah save kat situ.

"Tapi ada syarat lain lagi. Setakat hantaran tu pakcik tak kisah sangat. Yang itu cuma adat je." Tiba-tiba hitungan matematik aku terganggu dengan kata-kata dia. Dada aku dah mula tak tentu arah. Figura angka yang tadinya cantik tersusun dah mula berterabur. Habis kena sapu angin, lintang pukang. Daripada berbelas ribu, sekejap kemudian dah jadi beratus ribu, kemudian jadi beberapa puluh ringgit pulak. Punggung aku rasa tak selesa.

Membetulkan sedikit kedudukan punggung di atas sofa empuk berwarna coklat muda ini, aku bertanya soalan kepadanya. Hendaknya janganlah keluar beberapa model kereta import yang tak mampu aku beli buat hantaran, atau pun saiz bidang tanah lot banglo sebagai syarat tambahan tu. "Apa syarat dia pakcik?"

"Syaratnya, sebelum kahwin tu kamu tak boleh tinggal solat fardhu walau sekali pun selama seratus hari, kena solat awal waktu. Lepas tu kena mesti hafal semua surah lazim." Err... Dahi aku mula berpeluh. Pandangan aku kabur, gelap, terang, silih berganti. Harap-harapnya dia tak uji aku punya tajwid petang tu.

Petang makin larut, tetapi matahari masih lagi terik. Dan jari-jari aku mulai sejuk...

.
.
.
.
.

*Daripada mak bapak mintak sampai puluh-puluh ribu sebagai hantaran, lebih baik dia pastikan dia bakal dapat menantu yang soleh. Macam aku. Hahahaaa!!!
*Ini adalah kisah rekaan...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. PERGH... DENGAN BEGITU TELITI AKU BACA, LAST2 CERITA REKAAN.. TAPI JALAN CERITANYA MEMANG TERBAIK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kisah yang benar, lain kali la. Hahaa...

      Delete
  2. Sweet lah kalau dapat bakal bapa mentua cenggini.
    Okey. Pi hafal semua surah lazim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tak termasuk tajwid sekali...

      Delete
  3. bakal pak mertua kena steady gak kalau nak soal bakal menantunya gitew..kebanyakkannya..sama2 takut nak soal bab agama..mana taknya masing2 lebihkurang je...

    ReplyDelete
  4. Hah...ingatkan endingnya nak hati nyamuk tujuh dulang dan air mata satu tempayan spt Putri Gunung Ledang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim nyamuk aedes ni senang jugak kumpul hati nyamuk...

      Delete
  5. ler..rekaan ke?
    tipula. tak caya..
    tak lama lagi,la tu. jemput aku wei..
    aku nak tambah soalan pada org yg makan epok2 tu.. "awk pernah jadi imam tak? tau tak baca doa lepas solat?" hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius beb, rekaan (95%) semata-mata...

      Delete
  6. Nasib baik bapa mertua IM tak minta hafalan macam tu. kalau tak, pakai cari marka lain la jawapnya..ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau anak dia cun, rugi la. Hahaa...

      Delete
  7. menarik walaupun ia rekaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul, memang berpeluh...

      Delete
  8. biasa dengar cam ni...lepas anak satu...



    haram jadah kalahkan syetan peel.

    ReplyDelete