Tiket Percuma Metallica Live In Malaysia!

18
9:54 AM
Bercadang nak beli tiket konsert ni lepas raya, sebab kalau beli sebelum raya karang takut lari budget nak beraya pulak. Mujur, tiba-tiba jumpa satu tiket percuma ni pulak. Kat mana nak dapat, senang je. Buat sendiri pun boleh!

 
Jangan main-main, tiket VIP tu. Dapat duduk sebelah speaker lagi. Nasib baik tak kena pikul speaker tu... Cilakak betul, terkena aku dengan kawan-kawan aku.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tinggalkan dulu pasal tiket hasil cetakan budak pra-sekolah ni. Hari Rabu malam Khamis hari tu, balik dari Johor, cepat-cepat aku usha website untuk beli tiket secara online. Punya la besar aku punya kecewa bila aku check semua tiket yang harga RM190 dah habis. Yang mana memang tiket ni la aku dah target dari awal dulu.

Tambah kecewa, tiket yang harga RM350 pun dah selamat jalan jugak. Garang betul diorang ni membeli! Paling murah yang masih available cuma RM450 tu je. Gila apa!

Tak mengaku kalah, aku pun redah lagi kat internet kot-kot la ada siapa-siapa yang nak let go tiket sebab tak jadi pergi.

Bang! Jumpa... Ada sorang brader kerja kat Bank Pembangunan yang nak jual tiket dia sebab dia kena out station kat Terengganu pada tarikh tu. Rezeki aku kali ni sebab tiket yang dia jual tu sikit pun dia tak mark up harga. Tak macam orang lain. Beli dengan harga RM193 (RM3 tu caj tambahan) tapi jual sampai RM300! Kepala hangguk dia, tak agak-agak nak untung.

Baik aku tambah lagi RM50 beli dari brader ni, dapat tempat kat zone yang lebih baik. Mana la tau kot-kot Kirk Hammet nak baling gitar dia, jadi masih lagi dalam lingkungan boleh digapai.

(Tiket untuk Orange Zone)

Nah, siap dengan tshirt sekali aku sebat. Gildan, Made in Haiti. Beli dengan orang lain. Tapi tak bercadang nak kenakan tshirt ni kat badan masa konsert tu, mungkin pakai baju lain kot.

Sekian...

~yang pergi konsert ni bukan kokak punya orang, tengok brader kerja bank ni punya dressing boleh agak jawatan dia.
~kadang-kadang tengok harga tiket ni pun boleh jadi seram. nak buat lagu mana kalau dah berkenan.
~cadang nak naik moto buruk je, tapi road tax expired minggu lepas. terpaksa bawak bini baru.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. PERGHH... DIE HARD FAN NI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat fan yang belum kategori die hard.

      Delete
  2. Hemm...

    Jangan lupa solat bila masuk waktu!

    ReplyDelete
  3. enter sadman
    Soljer fortune
    Dan
    Byak lg..lagu yg best.ni yg jeles ni..sabar...bikin panas tiket dan t shirt tu pd ta..hehe

    Thanks sudi dtg tempat ta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi panas tengok harga tiket depan stage...

      Delete
  4. peminat metallica keh keh..tp jiwa tetap merah jambu ok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya mesti hetfield pakai biru & seluar merah jambu macam ac mizal...

      Delete
  5. selamat berhibur, peluang mcm ni x dtg selalu bro.... nikmatinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kalau diorang datang lagi boleh buat tak tau je...

      Delete
  6. Die hard heavy metal Metallica rupanya...Kalau pergi sana kirim salam dgn James Hetfield!! Saya minat Scorpion, tapi bila mereka hinggap di KL dulu tak pergi tengok pun, maklumlah ujung bulan masa tu, poket kering.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cuma bernasib baik sebab peruntukan raya masih berbaki. kalau tak, tunggu kat youtube je...

      Delete
  7. ni pemiant tegar metallica la nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa tegar lagi ni...

      Delete
  8. wah...ndak dapat tengok secara live

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sabar ni bro, feel macam first time dating pulak...

      Delete
  9. Anonymous13/9/13 02:43

    Maaf.. saya berterus terang ... walaupun saya kurang bersetuju dengan awak...
    tapi saya akui... pendapat awak memang logik dan pos
    nih memang menarik..

    My weblog :: Affiliate Percuma

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. meraikan perbezaan pendapat itu sesuatu yang sukar....

      Delete