Cerita Bubur Kacang

12
6:03 PM
Petang ni, aku pekena bubur kacang. Boleh tahan sedap. Tak berapa manis sangat, kuah pun sedang-sedang je pekatnya. Tengok mangkuk bubur kacang ni, teringat aku akan satu kisah.

~

Pertengahan 2011 kalau tak silap, tapi yang pasti masa tu aku kerja kat KL lagi (lokasi sebenar dirahsiakan). Menunaikan solat Asar kat masjid ar-Rahman bersebelahan Universiti Malaya.

Aku tiba agak awal lebih kurang 10 minit sebelum azan sepatutnya dilaungkan, jadi aku menghabiskan masa dengan melakukan pergerakan badan yang perlahan. Berjalan, membuang air kecil, mengangkat wudhu', berjalan ke ruang solat utama, duduk beriktiqaf... Semuanya serba perlahan. Yela, bukan ada apa yang nak dikejarkan sangat. Punch card pun aku dah pesan kat orang lain, mintak dia tolong ketukkan.

Sebaik duduk, seorang lelaki berbadan kecil yang duduk bersebelah tiang tersenyum kat aku. Meletakkan telefon bimbit yang sedang dicaj, dia kemudiannya mendekati aku.

Dapat aku baca riak wajah bersalah dan sedikit takut, dia duduk lalu bersalaman dengan aku. Berpenampilan sederhana dengan kemeja putih berlengan panjang, seluar slack hitam dan kulit agak gelap, jelas pada aku yang dia ni bukan berasal dari situ. Tambahan pulak, di penjuru tiang sana ada sebuah beg bersaiz kampit simen yang elok tersandar menguatkan lagi telahan aku. Mungkin beg yang berisi pakaian.

~

Menceritakan kesempitan yang dia hadapi (seperti yang aku dapat agak) dalam beberapa minit itu, tak banyak yang dapat aku tolong. Kisahnya, dia yang datang dari Sungai Petani telah ditipu oleh kawannya berkenaan dengan satu kerja kosong sebagai pencuci kereta. Tapi malangnya, kerja tu sebenarnya dah diisi sebelum dia sampai lagi.

Jadi, tiada pilihan, dia terpaksa mencari kerja lain atau pun balik je ke kampung. Bantuan yang dia perlukan ketika itu adalah wang belanja untuk membeli tiket balik semula ke kampung atau pun peluang kerja, apa-apa kerja pun boleh.

Aku pun bukannya tak nak tolong, tapi duit RM400 yang ada pada aku masa tu aku perlu guna untuk membayar instalment kereta RM350. Bakinya lagi untuk perbelanjaan aku selama seminggu sampai la hari gaji. Sorry bro, tak dapek den nak nolong...

Aku cuma boleh bagi cadangan je. Lepas solat karang, cuba la jumpa dengan AJK masjid. Mungkin ahli-ahli yang selalu solat Jemaah ni ada jalan penyelesaian. Selain tu, aku pun ada tunjukkan jalan ke satu lagi masjid yang terletak di dalam qariah orang-orang kaya terhampir (Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar). Mana la tau kalau dia takde rezeki kat sini, boleh cuba nasib kat masjid lain.

~

Selesai solat berjemaah, aku segera bingkas dan menuju ke arah lelaki tadi. Menepuk bahunya dan mengajak dia keluar.

Kalau tak dapat tolong belikan tiket, belanja dia makan pun ok jugak. Lokasinya kedai makan yang letak betul-betul di dalam kawasan masjid tu. Tapi agak pelik, dia enggan mengambil nasi campur macam yang aku suruh, cuma mengambil semangkuk bubur kacang dan sekeping keledek goreng.

Makan la bro, cuma tu je aku mampu. Tunggu aku jadi kaya dengan pangkat Dato' Sri kita jumpa lagi...

Adios!!!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Kesian kan... Datang dengan penuh pengharapan utk kerja, tapi dikencing dek kawan... Apa jadi agaknya kat dia lepas tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, sekali kena kencing da...

      Delete
  2. Ada orang yg curiga dgn kisah2 begini sama ada ianya fakta atau ia cuma auta. Tapi jika ia fakta betapa berdosanya kita kerana mencurigai sebuah kebenaran. Jika ada wang ikhlaskan saja mendrma kepadanya, tapi jika tak ada, bantulah setakat termampu termasuk khidmat nasihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu jugak berjumpa orang macam ni. tak berani nak curiga lebih2, mana tau memang dia ada masalah...

      Delete
  3. TAHNIAH.. SATU PERKARA BESAR YANG TELAH KAU LAKUKAN WALAUPUN TIDAK DAPAT MENUNAIKAN HAJATNYA YANG SEBENAR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takat tu je la boleh tolong...

      Delete
  4. mungkin dia pun rasa serba salah nak terima belanja kau. sebab tu dia cuma ambil bubur kacang aje, sekadar nak jaga hati kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan sambil buat teman bersembang petang2 tu...

      Delete
  5. assalam, mungkin secara tak langsung dengan menceritakan masaalah nya bakal menenangkan hatinya... tidak punya maksud lain untuk menagih simpati orang, bubur kacang sekadar mengalas perut dan untuk tidak mengecilkan hati saudara... Wallahu'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. suruh tapau untuk makan malam pun dia tak nak. hmm...

      Delete
  6. No matter what background he comes from, bersadaqalah :3 Hal yang lain itu kita berserah pada Allah azza wa jalla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok sembang dengan mamat ni. boleh la buat hilangkan bosan...

      Delete