Dilema Buntut dan Telur

22
11:22 AM
Sekarang ni makin yang ramai yang ambik peduli tentang hal-hal kesucian, kebersihan dan jugak benda-benda yang halal-haram terutama sekali bila bab makanan. Yang paling terkesan dengan keprihatinan masyarakat kita ni adalah roti telur. Kenapa roti telur, bukan roti bom atau biskut lutut? Sebab aku pernah tengok dah ada orang promote produk mereka dengan meletakkan kata-kata semacam "telur ayam kami dijamin bersih" atau "telur ayam kami dicuci untuk menjamin kebersihan".

Aku faham, kalau tak cuci takut nanti ada kotoran dari tongkeng ayam (taik la, apa lagi) yang mungkin melekat kat kulit luar telur tu. Bila tak basuh, tangan si penyedia makanan tu akan bla, bla, bla... Anda semua tahu kisahnya.

Hahahaaa, ok. Jangan ambik serius entri ni. Aku cuma nak memberi pendapat yang mungkin akan diajukan oleh Rowan Atkinson kalau dia berpeluang menjadi menteri yang berkaitan dengan barang kepenggunaan. Tak mustahil dia akan cuba usulkan supaya setiap bontot ayam yang ada kat dalam reban tu dicuci setiap hari, supaya telur yang bakal keluar nanti sudah sedia bersih. Jadi tak payah la susah-susah para pengguna nak pening kepala pasal taik ayam lagi.

Tapi, seorang kawan aku pernah bagi soalan-soalan yang mamak roti canai pun segan nak jawab...

"Pukul berapa pulak kau nak pergi cuci bontot ayam tu? Kau tau ke bila masa ayam-ayam tu berak? Satu hari berapa kali dia berak? Berak cair ke sembelit?" Hm, sebenarnya agak susah jugak nak berhadapan dengan orang genius yang tak sedar diri. Hahahaa..!

Selamat menyambut Wordless Wednesday kepada semua...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

22 comments:

  1. SAYA KALAU NAK MASAK TELUR MESTI PASTIKAN TELUR TU DICUCI TERLEBIH DAHULU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat kedai makan, kena tanya dulu. hehee...

      Delete
  2. A WW entry, with so many words, but without a picture. hahahah. first time jumpa post macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa nak WW sangat pun. hehee...

      Delete
  3. Cakap pasal telur ni kan, antara lain kenapa kita kena basuh dulu sebabnya, kadang tu pembekal telur ni menggunakan anjing untuk mengawal telur-telur ni. mana la kita tahu kan kalau anjing tu jilat telur-telur tu ke tidak. kalau ya, tak kan la kita nak samak telur tu pulak kan? so yang kita buat adalah basuh dan tawakkal yang telur tu bersih dan 'bersih'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal anjing ni tak pernah dengar lagi. kalau betul, memang patut kita kongsi info. supaya sama2 lebih waspada...

      Delete
    2. memang ada terbaca, tapi tak ingat suratkhabar yang mana.

      Delete
    3. Kalau jumpa, boleh kongsi kat sini.

      Delete
    4. InsyaAllah kalau aku jumpa.

      Delete
  4. Saya pernah terlibat bela ayam komersial..nak tangkap jual pun susah..camne nak cuci tiap hari..tak dapatlah.:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part time tu boleh bagi kat rowan atkinson...

      Delete
  5. kahkahkah..payah gak nak jawab soalan kawan bro tu..hehe..normally kalau kat rumah memang laa kita boleh kawal bab2 basuh telur ayam..tapi kalau kat luar biasa susah nak jumpa kedai yang basuh telur ayam...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bernas jugak soalan dia tu... hahaa!!

      Delete
  6. kawan saya kerja tempat ternak ayam... hari hari masuk reban ayam cuci bekas makanan dan lantai dari najis ayam ni... dan dia tak makan ayam pun...terbayang bayang kekotoran yang ada setiap kali nampak ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam orang kerja KFC, tengkk ayam goreng pun dah tak lalu. Hehee...

      Delete
  7. Kdg2 dlm urusan seharian kita berjabat tangan dgn rakan2 bukan Islam yg mungkin baru lepas 'membuang' tapi tak basuh pun bontot dan tangannya, kerana mereka cuma lap pakai tisu....Ketika berjabat tangan itu tak pernah terpikir pun kita hal-hal berkaitan bontot mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Tergelak pulak baca komen ni, walau pun memang ada yang berfikiran macam ni...

      Delete
  8. bagi ayam makan Lomotil,nescaya hanya perlu basuh bontot ayam 3-4hari,sekali! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. peluang perniagaan, boleh supply kat ladang2 ternak ni...

      Delete
  9. Ngeeee......pernah nampak makcik jual nasik lemak, kopek kulit telur yang masih nampak jelas di kulit telur itu ada "kotoran" yg masih terlekat... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang tu memang kotoran tu tak boleh hilang. memang kita tengok macam belum basuh, tapi dah basuh sebenarnya, dan kotoran tu tak boleh hilang. kalau sental kuat sangat, mahu pecah telur tu.

      Delete
    2. burp! terus jadi kenyang...

      Delete