Farewell Wak Am, SEL 3-2 SIN

6
7:54 AM
"Eh, seat ni takde tempat nak sandar ke?" Arab yang bertanya dalam kebingungan melabuhkan punggungnya.

"Kau ni nak tengok bola ke, nak tengok wayang?" Jerit aku hingga menggegarkan bumbung stadium. Gegaran kecil itu menyebabkan debu-debu berjatuhan meinmpa ribuan penonton yang sedang berlindung di bawahnya. "Kau duduk je, jangan banyak komplen boleh tak? Tiket free tapi banyak cekadak macam tengok teater kat Istana Budaya pulak!" Jerkahan keras kali kedua itu disusuli dengan hentakan siku yang padu tepat mengenai tengkuk Arab.

Darah membuak-buak keluar dari rongga hidung dan mulutnya. Matanya seperti hendak tersembul keluar. Tapi itu gagal menghadirkan rasa kesihan. Aku terus mengasak dia secara fizikal. Beberapa orang penonton di sekeliling kami hanya menjeling dari ekor mata. Langsung tak berminat nak ambik tau. Mereka hanya memfokuskan tumpuan kepada perlawanan yang baru beberapa minit bermula.

Selepas siku, kepala lutut aku seterusnya menjadi senjata. Dan sasarannya pula adalah di bahagian dada... Kalian bayangkan apa yang berlaku kemudiannya.

Bila tamat separuh masa pertama, barulah aku kejutkan Arab dari pengsan sebab nak ajak dia tukar tempat yang lagi cantik pandangannya...

Sedikit fakta tipu yang lebih relevan:

  • Dua keping tiket diperolehi secara percuma. Aku yang baru di`offer' waktu paginya oleh orang yang tak pernah masuk stadium iaitu Arab, dengan sukarela tumpang sekaki.
  • Sebenarnya aku terlupa pasal piala ni. Maklumla, Selangor dah tak layak nak teruskan kat Piala Malaysia. Mujur baju yang aku pakai minggu lepas masih tergantung, belum dibasuh lagi. Boleh la recycle!
  • Jangkaan awal aku berkenaan trafik sekitar stadium malam tu jauh meleset. Kalau tau, aku naik moto je senang. Ni terpaksa parking jauh, dan beratur 15 minit semata-mata nak bayar tol RM1.10.
  • Parking penuh. Aku terpaksa parking blok kereta orang. Bila dah masuk stadium baru teringat yang aku terlupa nak turunkan hand brake. Ah, lantak la...
  • Game malam tu ramai yang pergi dengan family. Budak-budak pun ramai. Sampai aku naik kesian kat sorang budak kecik tu, terlelap masa tengah game.
  • Eh, perempuan pregnant pun ada la!
  • Game bermula pukul 9:30 malam, Agak lewat pada aku. Sepatutnya pertunjukan cheerleader tak perlu diadakan. Bukannya kami nampak pun. Diorang tu melompat-lompat depan VVIP je.
  • Sebelum perlawanan ada suara Hasbullah Awang. Potong stim betul la.
  • Aku duduk belakang gol, yang mana itu bukan tindakan bijak. Patut la seat sini tak penuh. Kan aku dah terlepas gol pertama gara-gara brader depan aku tiba-tiba bangun `tepat' pada masanya. Weh, takde ulang tayang ke???
  • Gol pertama Singapura pun aku tak perasan macamana. Sebab berlaku kat seberang dunia sana.
  • Amri Yahyah memang layak jadi pemain idola aku. Dia banyak setting bola untuk Forkey Doe dan budak kecik nombor 24 tu. Untuk Mahali pun dia banyak bantu.
  • Percubaan cantik Amri masa 1st half, terkena palang. Nyaris tu!
  • Minit-minit akhir perlawanan agak huru-hara sikit. Selangor yang power nyaris nak tambah tiga lagi gol.
  • Walau pun Amri ni main posisi serangan, tapi kerap jugak dia berjaya curi bola dan membantu pertahanan.
  • Minit ke-85, penonton dah start angkat punggung. Woi, game belum habis la bengong!!! Mana korang punya semangat ni??? Mentang-mentang tiket free...
  • Arab tak puas hati dengan brader pintu masuk sebab brader tu sound, "Ha, cepat-cepat. Tiket free baru ramai orang..." Hahahahaa, tu la. Dulu-dulu aku ajak tengok bola tak nak...
  • Malam tu ada perlawanan Piala Malaysia, aku tak peduli pun..
  • Pasukan veteran Selangor kalah 0-1 dalam game sebelumnya.
  • Balik, kami singgah pekena roti pisang kat Restoran Jamal, sebelah Wisma FAM Kelana Jaya. Nampak tak kaitannya kat situ???
  • Teruk betul Singapura punya permainan, macam dah kawtim pulak...

Kedudukan kami masa 1st half. Macam gampang, tak best langsung. Kena pulak brader depan aku ni kerap bangun, terus terlindung penglihatan aku bila tiba saat kritikal.

Port terbaik yang ada. Nak cari seat depan lagi tak larat. Orang ramai. Ini la bahana sampai lambat (sebab naik kereta), kan susah nak cari seat bagus.

Kemungkinan besar ini adalah perlawanan terakhir Amri Yahyah bersama Selangor. Sebab tu aku teruja nak tengok.

Sekian, majulah sukan untuk bolasepak Selangor!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. LAMA TAK NENGOK BOLA KAT STADIUM SHAH ALAM.. DULU BIASA JUGAK TENGOK FINAL F.A ATAU PIALA MALAYSIA WALAUPUN BUKAN MELAKA YANG LAWAN.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pagi minggu ada pasar kabut... (carboot sale)

      Delete
  2. Bagaimana agaknya Selangor tahun depan? Kabarnya ramai pemain yg nak cauu....Tapi tak apalah, pemain masuk keluar dlm team bola dah jadi sebahagian dari asam garam bola....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang isunya sekarang ni. Tapi kita paham yang ini kerjaya profesional. Mana offer tinggi, kena la pertimbangkan...

      Delete
  3. aku tengok kat tv. tapi aku tak perasan siapa pengulas lagi seorang. macam hampeh susunan ayat dia.

    ReplyDelete