Jali

8
3:39 AM
Argh, sedaya upaya aku cuba bangkit melawan. Menggerakkan tubuh yang ketika itu ditindih rapat ke lantai gelanggang. Tapi sayang, cuma dada aku je yang berombak kencang. Turun naik, sekejap perlahan, sekejap pantas. Terlalu pantas apabila aku mengerahkan segenap tenaga menolak badan dia yang hampir dua kali ganda badan aku.

Beberapa minit. Aku kira mungkin hampir lima minit lamanya, tetapi keadaan tetap tidak berubah. Tubuh kurus kering aku ternyata dapat dia tewaskan dengan mudah. Lengannya yang besar memaut leher aku dengan kejap. Mujur aku masih mempunyai ruang untuk menarik oksigen ke dalam saluran pernafasan.

Dah begitu lama berlalu. Lebih dua puluh tahun lepas membuatkan aku terlupa apa yang menjadi punca kepada pergaduhan aku dengan dia. Pertengkaran mulut yang akhirnya membawa kepada pertembungan fizikal di tengah gelanggang sepak takraw.

Cuma disaksikan beberapa orang murid pagi tu. Mujur juga tiada cikgu yang melintas... Dan akhirnya dia melepaskan pautan setelah beberapa kali aku mengaku kalah.

Itulah apa yang pernah berlaku antara kami ketika sekolah rendah dahulu, mungkin ketika di dalam darjah tiga. Kelas yang sama.

.
.
.
.
.
.

Kelmarin, hari Sabtu kami berkesempatan berjumpa setelah beberapa temujanji dibuat. Tempatnya adalah di rumah aku. Sebaik dia menongkatkan motosikal milik syarikat di depan rumah aku, cepat-cepat aku menyergah dari dalam laman.

"Woi, apahal lambat?" Wajahnya sedikit berubah berbanding ketika sekolah dan badannya juga tidak semontel ketika kami bergasak dulu.

"Hehe, masa hujan tadi aku singgah sekejap." Jawabnya tersengih sambil mencabut topi keledar dari kepalanya. "Dah kalah, baru aku mesej kau tanya hujan dah berhenti ke belum."

"Singgah mana?" Tanya aku lagi.

"Mesin la..." Menyeringai dia sambil masuk dan menghulurkan tangan ke arah beberapa tetamu yang lain.

Hahahaa, cilakak betul si montel ni. Dulu sibuk main Street Fighter. Sekarang layan mesin kuda pulak! Hampeh betul.

Naik motosikal syarikat sebab kereta rosak. Masih bujang dan peminat bola. Thanks bro sebab datang majlis aku. Ada masa kita lepak lagi, cari port mengail pulak...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. MESIN KUDA.. ERM, PENGALAMAN LAMA, DULU-DULU PERNAH TERJEBAK JUGAK.. DULU PUNYA CERITA LAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pulak dulu budak baik. biasa ikut tapi tak pernah main. hahaa...

      Delete
  2. haiyoo...mesin kuda tu agak bahaya woo...silap haribulan boleh ketagih..time sekolah dulu aku pernah try jugak main tapi alhamdulillah aku berjaya utk tidak ketagih main...hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. Mesin kuda.....nasib baik bukan pil kuda, ihik.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia pekena pil, memang patut kena hempuk secara berjemaah...

      Delete
  4. sempoi punya kawan..port ngail jgn lupa aku..bab makan2 tak jemput takpa haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tu tak jumpa, cuma call je...

      Delete