Projek Merdeka Merah Jambu

20
12:16 PM
Dua minggu sebelum projek besar ni berjalan, aku masih lagi takde apa-apa perancangan. Rancangan kasar, rancangan halus semua ke laut. Jangankan pilihan warna yang aku nak salut, timing pun aku tak tetapkan lagi. Siang atau malam, hari kerja atau hari minggu. Sedangkan tepat 31 Ogos hari tu aku dah tentukan sebagai tarikh untuk jemput kawan-kawan datang rumah. Apa pun nak jadi, sebelum tarikh tu aku kena pastikan rumah aku layak dipanggil rumah kediaman.

Manusia cuma merancang (sebenarnya aku tak rancang sangat) tapi Yang Maha Kuasa itu lebih layak memegang hak yang mutlak untuk menentukan sesuatu. Hari Sabtu (25 Ogos) tu salah seorang ahli keluarga aku terpaksa menjadi penghuni sementara kat PPUM. Jadi, semakin tertangguh la projek hari Merdeka aku.

Dipendekkan cerita, aku cuma memulakan kerja-kerja mengecat bahagian porch, tembok luar dan ruang tamu ni pada hari Selasa 27 Ogos. Memang dah suntuk sangat. Nak tak nak, aku kena buat dan siapkan jugak sebelum 31 Ogos. Memandangkan barang-barang pun aku dah siap beli.

Hari pertama,
Kerja paling meletihkan sebab aku tak dapat tuning lagi. Tambahan pulak step pertama ni adalah perkara yang paling leceh dalam banyak-banyak tu. Mengikis dan membersihkan lapisan yang tak perlu. Paling aku tension sekali adalah nak kikis dan bersihkan siling, luar dan dalam rumah pulak tu. Habis masa aku satu hari kat sini.

Hari Kedua,
Mengecat keseluruhan dinding dengan lapisan `undercoat'. Part ni paling kacang sekali sebab aku main tabur ikut sesedap rasa je. Tak payah ikut undang-undang dalam ilmu mengecat. Janji warna putih tu dah tutup lapisan cat yang sebelumnya. Kurang sikit letihnya sebab semangat dah mari.

Hari Ketiga,
Aku tumpukan seluruh tenaga aku kat bahagian ruang tamu. Pilihan warna merah jambu yang agak moderate tonanya dipadankan dengan ungu ringan, aku buat masa last minute. Kat kedai cat. Untuk dinding (luar dan dalam) aku guna cat jenama KCC. Mungkin kebetulan atau ketentuan Tuhan macam yang Ustaz Fathul Bari maksudkan, aku dapat tujuh biji pinggan percuma sebab beli kat kedai ni. Tangga `dual sided step' kat sini pun aku dapat dengan harga RM90 (harga asal RM110). Kerja mengecat kat sini aku kena buat dengan teliti sikit, sebab membabitkan dua warna. Yang paling mencabar bila nak buat ukuran dengan tepat dan nak pastikan garisan yang jadi `guide' tu betul-betul lurus dari lantai sampai ke siling tanpa bantuan `timbang air'. Cuma guna mata kasar je. Hari ni, tengah malam baru siap.

Hari Keempat,
Masuk la hari yang kritikal sebab esoknya dah hari Sabtu. Sepanjang hari ni dari pagi sampai ke petang, aku concentrate dengan kerja-kerja mengecat dinding luar. Warna light brown. Cuma satu warna je. Cadangan awal nak gunakan dua warna. Tapi aku terpaksa batalkan sebab takut tak sempat. Petang baru siap mengecat dengan dua lapisan cat. Malamnya, aku ambik keputusan berani. Keputusan yang akhirnya menyebabkan aku mengalami kekejangan otot. Manakan tidak, baru aku sedar nak mengecat frame tingkap ni lebih rumit daripada jangkaan. Lebih-lebih lagi kalau aku buat sorang-sorang. Hari tu, aku tidur pukul 3 pagi.

Hari Kelima,
Sepatutnya dah siap, tapi aku ambik masa sikit. Lepas subuh, terus aku capai berus cat. Sapu mana yang patut kat frame tingkap tu. Touch up sikit-sikit. Malam hari keempat dan pagi hari kelima ni adalah waktu yang membimbangkan aku sebab terdapat gangguan bekalan air kat sini. Kes minyak tumpah kat sungai hari tu.  Mujur bekalan air tak terputus terus. Cuma tekanan je yang berkurang. Lega...

Tepat jam 11 pagi, aku betul-betul dapat berehat. Mandi, dan tidur sekejap. Nah, kat bawah ni adalah gambar-gambar progress kerja mengecat kat ruang tamu aku.

 Lapisan asas warna putih. Dah siap cat sejak hari pertama lagi.

Waktu ni dah malam. Siangnya aku sibuk mengecat siling sebab ada bahagian kesan bocor yang tak `makan cat'.
 
Nak buat ukuran ni aku kena hati-hati sikit sebab kena ambik kira saiz cabinet tv, kedudukan sofa dan jugak ketinggian/jarak antara dua frame.
 
Belum siap lagi ni. Aku kena bersihkan lantai, kikis kesan cat dan mop lantai sampai boleh baring atas tu. Satu lagi kerja melecehkan.
 
 Ha, yang ni baru boleh dikatakan siap...
 
 Pintu hijau tu aku cat dua tahun lepas. Aku ingat nak cat warna putih sama macam frame tingkap. Tapi ke parit perancangan aku tu. Tak sempat!
 
 Aku harap jiran sebelah tak terganggu masa aku pasang wall plug untuk gantung dua frame tu.
 
Macam ni baru la boleh layan Jeremy Wade sambil lunjur kaki!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

20 comments:

  1. err..pintu hijau botak..? T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..yg atas komen tu bukan komen politik. cuma aku macam..nak komen ke takyah ni..
      nanti kalau komen, ko kecik hati. kalau tak komen, aku tak puashati nak kutuk jugak..
      hihi..

      sebenarnya, mcm tak cantik la.. hihihi.. ;p
      mcm tak kena kombinasi cat dinding+pintu dan langsir..aku nak pengsan..hahaha

      Delete
    2. err..ko deletelah komen aku atas ni. mcm tak behave je pompuan ni, komen..sorry tuan blog.. maafkan patik penghuni bumibukansfera.. hihi..jgn marah ye..

      Delete
  2. Hahaaa! Lawak siot kau ni. Apa ada hal. Dulu pintu hijau ni memang blend dengan dinding dan langsir lama. Tapi sekarang macam hampeh. Masalahnya aku tak sempat nak cat baru, warna putih.

    Kawan aku pernah suruh aku buat bulatan putih kat pintu tu. Hahahaaa! Harrem betul...

    ReplyDelete
  3. kurenung-renung dinding rumahku. letih memikirkannya...

    rumah luas, 2 orang saja penghuninya. tidak ada apa yang menggembirakan selain menikamti apa yang ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah saya ni memang sampai tahap kena make over dah...

      Delete
  4. PERGH... TERBAIKLAH.. RUMAH AKU PUN, AKU CAT SENDIRI.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar comot, janji puas hati. hehee...

      Delete
  5. Dah 3 tahun tak cat rumah. Cadang nak cat sebelum Raya Puasa baru2 ni tapi tak jadi. Nampaknya tangguh utk dicat sebelum Raya Puasa tahun depan pula la. Kalau masih tak jadi nampaknya akan dicat pada tahun 2020 lah agaknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe bang. ada rezeki, cat rumah baru. insya allah...

      Delete
  6. aku rasa elok jugak kalau ko tambah bulan putih kat pintu tu..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku takut ada orang salah sangka ini markas parti pulak...

      Delete
  7. Wah...cantik buat 2 tone gitu..warna pun tenang je. Pasni kena gak tukar warna pintu tu bg serasi dgn yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea 2 tone ni last minute. pintu yang ralat sikit...

      Delete
  8. macam aku kata pada fairus, aku tak reti seni, tapi aku reti kritik. hahaha.

    btw, warna pintu dengan dinding macam tak kena aje. warna pintu itu menenggelamkan warna pink dan menyebabkan warna pink itu nampak kotor dan suram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak permintaan ni. kalau macam tu, minggu ni jugak aku cat. hahaa...

      Delete
  9. perghh...buat sorang2 ke bro??gagah gak kau cat rumah nie..rumah aku dekat 4 tahun dah kot tak cat..tapi lawa gak warna pink tu, rasa cam tenang jer...hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. Saya cat 1 bilik pon rasa nak pitam. Kalaulah 1 rumah, pitam bangun pitam bangun jawabnya :D
    **bulatan putih di pintu tu buat la bahagian dalam, komfem x de yg syak itu sebuah markas.. Ehehehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pulakl pitam tiga kali sehari...

      Delete