Selangor Power 2-1 Johor FA

23
11:06 AM
Perlawanan peringkat kumpulan dah selesai semalam, tapi sebagai seorang yang mengaku penyokong pasukan Selangor sejak di dalam perut ibu, aku cuma berpeluang menjadi penonton kat stadium semalam. Lain-lain perlawanan tu aku terlepas nak saksikan, sama ada disebabkan kesibukan mengejar kekayaan duniawi atau pun disebabkan aku terlupa nak semak jadual perlawanan. Ceh!

Sehari sebelum perlawanan, aku ada terpandang status pada satu Fan Page pasukan ni kat Facebook. Menyeru semua penyokong turun ke stadium, memberikan sokongan padu biar pun pasukan ni dah berjaya mengesahkan tempat di luar stadium untuk peringkat kalah mati (suku akhir) walau apa juga keputusannya.

Nah, kebetulan! Hari Sabtu malam Ahad aku memang takde apa-apa perancangan menyelamatkan negara daripada bahaya kemuflisan. Jadi dengan senang hati, aku pun whatsapp aku punya sebelah kaki lagi yang biasa join aku tengok bola.

"Ok, kang aku confirm balik" tulisnya dalam balasan Whatsapp...

~~~~~

Macam yang dijanjikan sebelumnya, aku keluar rumah lebih kurang jam 8:15 malam. Aku kira, perjalanan dari rumah aku kat area Petaling Jaya ni melalui Federal Highway tak la berapa jauh sangat. Paling lama kalau kayuh pakai kaki pun ada la dalam 20 minit. Mujur road tax Belalang Tempur aku baru je renew minggu lepas. Kalau tak, tak pasal-pasal aku kena interview dengan brader JPJ sebelum tol Batu Tiga.

Tepat 10 minit sebelum game, aku dah tongkatkan Belalang Tempur aku kat perkarangan stadium. Timing cantik. Orang tak ramai, jadi senang sangat aku nak cari parking. Terlalu senang sampaikan aku boleh tertinggal kunci Belalang Tempur kat seat. Dah 15 minit game bermula baru aku perasan yang kunci aku takde dalam poket, tu pun aku secara tak sengaja seluk poket seluar sebab nak cari gula-gula. Ceh, padan la kempis je poket aku ni!

Mujur brader jaga pintu tu boleh kawtim lagi, bagi aku keluar sekejap walau pun gate dah nak tutup dah. Kalau tak, mau aku panjat keluar lepas tu rempuh masuk balik...

~~~~~

Separuh masa pertama, game play kedua-dua pasukan boleh tahan jugak menghiburkan. Walau pun kurang aksi badut sarkis kat tengah padang, tetap jugak menghiburkan. Terutama sekali dengan kelincahan sorang player nombor 24 yang aku tak tau namanya. Badan kecik macam budak sekolah rendah, lebih kurang macam anak kawan aku yang ikut masuk stadium malam tu. Tapi dia punya speed, memang kalah bas yang Keanu Reeves pandu dalam filem.

Dengan saiz badan yang mini macam tu, senang-senang je dia mencelah dan mencuri bola di kalangan pemain Johor FA. Hahaha, nampak sangat player dari selatan ni lembab buat kerja... Cuma malangnya, keadaan fizikal dia itu yang menjadi kelemahan. Kalau badan dah cinonet, orang bagi siku sikit dah tak boleh buat apa.

Keseluruhan separuh masa pertama, biasa-biasa je pada aku. Sebelah sini serang, sebelah sana bertahan. Sebelah sini bertahan, sebelah sana lari laju-laju tanpa tujuan. Standard bola sepak Malaysia.

~~~~~

Masuk separuh masa kedua. Aku terlepas insiden yang menyebabkan Johor FA diberikan sepakan penalti sebab sibuk bertwitter. Maklumla, selalunya kalau masuk stadium line internet ni berserabut sikit. Lembab macam siput khinzir. Jadi aku cuma perhati je sepakan yang diambil dua kali tu. Bengong, nama je pemain professional, ambik penalti pun tak reti. Tak pergi kursus ke apa?

Kemudian, dalam minit ke-62 kalau tak silap aku, rentak permainan berubah seratus perauts. Ini gara-gara sorang pemain pasukan yang jersinya tak cantik kena buang padang. Ketepek! Sampai boleh dengar bunyi dia sauk kaki player Selangor tu. Memang patut la kena kad merah.

Lepas dari insiden tu, baru la pasukan Selangor nak main betul-betul. Sebelum tu, diorang sengaja je tak nak ajar budak-budak Johor FA cara main bola dengan betul. Buktinya sepakan dari sudut sukar oleh Kunanlan berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Memang real siot! Betul-betul depan mata aku dia buat volley tu. Kedudukan Kunanlan masa tu membelakangi aku, jadi aku nampak arah bola yang selari dengan aku tu. Mulanya aku ingat dia nak buat crossing, rupa-rupanya bola tu terus masuk gawang. Sama ada sengaja atau tidak, aku tetap nak ucapkan tahniah. Gol tu memang cun. Tapi hati aku lebih berat mengatakan dia memang ada niat nak score, sebab beberapa orang yang ada kat depan gol tidak berada pada posisi yang baik. Jadi lebih baik dia try.

Untuk gol kedua.... Aku rasa tak payah la aku cerita. Gol tu pada aku memang makanan Amri Yahyah. Lebih kurang sama macam dia buat masa lawan Barcelona hari tu. Siapa tak kenal Amri Yahyah yang power ni. Dah main Malaysia sejak aku study lagi. Main dengan Selangor pun dah 12 tahun. Masa tu presiden PBNJ pun tak habis sekolah lagi.

~~~~~

Secara keseluruhann, aku berpuas hati dengan game malam tu. Lebih-lebih lagi bila pasukan Selangor menang (walau pun memang dah tak layak) sampaikan aku tanpa segan silu ikut bersorak bersama-sama beberapa ratus penyokong lain lagi yang turut membanjiri stadium. Cewah! Macam ramai sangat.

Apa pun, aku berbangga jadi penyokong Selangor sebab aku dapat tengok ramai lagi rakan-rakan seangkatan yang bagi sokongan tak berbelah bagi. Biar menang, biar kalah. Sokongan tetap ada. Tak macam pasukan lain, yang ramai akan mengaku penyokong bila pasukan diorang ada beli pemain power je. Bila tiba zaman gelap dulu, jangankan bayang, stadium pun tak tau kat mana! Podah, plastik semata-mata.

Anak kawan aku, baru darjah satu dah rajin ikut abah dia tengok bola. Untung la. Aku dulu jangankan stadium, fun fair tak kenal!


Game dah habis. Budak kecik jersi 24 yang aku maksudkan.


Aku lupa sape nama mamat ni. Tak sempat aku nak rebut jersi dia.


Hah, ni bukan player tapi peminat fanatik. Buat aksi stunt dengan melompat naik ke atas palang yang di bawahnya ada parit sedalam (lebih kurang) 10 kaki.

Meraikan kejayaan dengan roti banjir dan kopi ais.


Jumpa lagi tahun depan.


...season over (gambar dari instagram)


~Malam tu kira kejayaan berganda sebab JDT pun kalah dengan PKNS FC 2-0, kat tempat sendiri pulak tu. Hahahahaaa.... Rasakan korang! Hahahaaa.... Power betul la team dari Selangor ni.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

23 comments:

  1. merah kuning keberanian menempuh segala halangan... tegak bulu roma bila lagu ini dimainkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ultrasel yang ada kat situ cuma dalam 30 orang je. tapi semangat ada beratus ribu...

      Delete
  2. BILALAH MELAKA NAK MAIN BETUL-BETUL.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. relax bro. aku harap anak saudara kau yang menang mencari ramli tu dapat teruskan sampai jadi profesional.

      Delete
  3. terbaik...Bilalah juga Sabah nak main betul2

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat zaman kebangkitan sabah awal 90-an dulu...

      Delete
  4. JDT hero..hero kalah dulu..

    Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa, diorang dapat masuk kalah mati...

      Delete
  5. ko bukan org johor ke botak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kelahiran munich (jawa jerman). hahahaa...

      Delete
  6. Dan Kedah rebah lagi di hadapan puluhan ribu penyokong yg balik dgn mulut penuh sumpah seranah!

    ReplyDelete
  7. apa yang best nya menonton perlawanan di stadium dari menonton di rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh! sluurp... (tu je jawapan yang aku boleh bagi) hahaa...

      Delete
    2. itu aje jawapannya?

      aku tetap tak berselera nak pergi. hahaha

      Delete
    3. johari je kenal maniam. hahaha!

      Delete
    4. haa betul tu. aku ni jiran johari pun bukan, jiran maniam pun bukan.

      Delete
    5. joyam.
      johari + maniam.

      Delete
    6. haah. tapi jangan tanya gender apa. sebab dia mengalami kecelaruan jantina.

      Delete
  8. mamat yang ko x sempat rebut gambar tu adam griffth kalau tak silap aku...hehehe #VivaRedGiant

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia punya defend ok, cuma ada la beberapa mistake...

      Delete